Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, June 22, 2022

Just a short update

 Kesihatan adalah harta yang paling berharga dalam kehidupan

2 minggu kebelakangan ini adalah masa-masa yang agak mencabar. Mencabar minda dan emosi. 

Dan, paling mencabar adalah bila kesihatan kita turut teruji. 

Betullah kata orang, belajar peringkat paling tinggi ni memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. 

Kita diuji dengan pelbagai ujian, keluarga, duit, kesihatan, yang kesemuanya mempengaruhi emosi.

Keluarga dan kawan-kawan adalah cheerleaders yang terbaik. Tapi opkos bila jauh dari keluarga, kita taknak keluarga susah hati, so, kepada kawan-kawan lah kita menumpang bahu tempat mengadu.

Terima kasih kawan-kawan, mengambil berat bertanyakan keadaan hari-hari, eh, sebak pulak..hahahaha


Terima kasih Allah hadirkan seseorang disaat-saat sukar ini. 

Thursday, June 9, 2022

Update kehidupan selepas banyak bulan enjoy cucuk langit

 Assalamualaikum,

Ya Allah, lamanya aku tak update and banyaknya kisah-kisah hati dan kehidupan yang aku terlepas nak abadikan kat sini. 

Tak, 

Bukan kisah kenduri kahwin aku... hahaha


Sebenarnya, aku ni dah sebulan lebih takut nak jumpa SV aku.

Aku takut nampak je muka aku depan pintu lab tu, dia terus mintak review paper aku. 

Arghhhh

Aku tak tulis lagi. Tak tau la kenapa, azab sangat rasa nak start menulis. 

Macam payah nak mampus, merata aku cari tips..

Dari PD, ke Shah Alam, ke UPM, ke Kulim... tetap sampai saat ni, satu page pun tak dapat.. 

Review paper busuk2 pun kena ada 30pages...

Arghhhhh

Stress weh dengan kemalasan dan keprocrastination sendiri ni

Setiap hari aku ber azam nak menulis, tapi tetap takda progress


Meluat!!!!


Jadi harini, aku mula audit diri aku. Kenapa aku jadi writer block tahap kritikal sangat ni, tang mana kekurangan dan silap aku?

Then, TING!!!!


Weh,

Aku dah lama tak tulis blog, so, aku dah hilang salah satu momentum hidup aku.


Jadi dengan terciptanya post ni, aku harap lepas ni aku akan lebih rajin update perjalanan PhD aku.

Apa progress aku?

Berapa paper aku dah submit for publication?

Macam mana respond MOSTI lepas aku present progress?

SIRIM bantu tak aku sebagai student dan ketua projek?

Aku kena abadikan semua moment-moment tu.

Especially moment aku join jamuan raya di USM dan SIRIM. hahaha


Paling manis, moment satu keluarga aku berkumpul after nearly 8 tahun kami tak dapat berkumpul seperti raya tahun ni. 

Dalam kekalutan dan keterjutan kita menyambut raya, sesungguh raya ini adalah raya yang termanis untuk keluarga aku.

ALHAMDULILLAH.


Ok guys.

Sampai ketemu lagi. 

Doakan aku rajin update blog k.