Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, September 21, 2020

Happy Birthday to me!

Assalamualaikum.

Seperti saban tahun, hari lahir aku datang lagi.

Cuma tahun ni, aku tak dapat nak arrange satu trip untuk diri sendiri. Tapi mana mungkin aku biarkan sambutan ulangtahun kelahiran aku berlalu tanpa sesuatu yang exciting untuk aku. 

Aku dah booking satu malam staycation kat Batu Feringghi, and aku decided mengajak anak sedara aku join sekatil sebagai jurugambar. Kahkah... Ada yang tanya, kenapa tak bawak mak aku join aku ke hotel? Mak aku adalah wanita yang tak boleh tinggalkan tilam dan halaman rumah dia. Padahal lepas bapak aku meninggal, dia macam berangan nak tour stay kat rumah anak-anak.. Hurm, nan hado. Kami pernah pergi tidor satu malam rumah kakak aku last month, dan balik tu dia mengadu sakit badan sebab tak boleh lena and dia taknak dah tidor rumah orang lain selain rumah dia. Last year masa aku bawak dia stay kat Royale Chulan Penang, punya la dia masam muka sebab dia ingatkan kami just nak pergi jalan-jalan pusing Penang and balik tidor kat rumah. Padahal kami yang lain ni dah excited nak mandi swimming pool kat hotel. Nak taknak dia kena la stay jugak kat hotel tu. Sama la macam masa dia folo aku pergi kelantan, mak aiii, punya la dia tak seronok hotel hopping masa tu. Dia kalau boleh biarlah percutian tu cuma dalam kereta, pastu balik lena kat rumah. Walau ke Terengganu sekalipun, dia nak pergi, ronda2 dalam kereta dan terus balik. No staycation kat hotel bagai. A big No. 

Itu la sebab aku tak pergi staycation dengan mak aku. Dan aku terus spent the rest of the holiday kat kampung. Itu pun dia terkejut aku balik, sebab dia ingatkan aku takkan balik sepanjang aloq staq lockdown. 

Ok, berbalik kepada cerita birthday treat aku. 

Nak jadi cerita, a day before, yakni 14 September, aku ada interview kenaikan pangkat. TAK, aku belum naik pangkat. Aku cuma dicalonkan dan layak untuk hadiri interview, and this is my second time attend the interview. Luck dah jarang menyebelahi aku, hurm. Aku tak letak hope, let alone membayangkan sesuatu yang indah sebab aku tak happy pun dengan the process and soalan provokasi yang aku dapat. Sangat tak menggembirakan walaupun aku boleh jawab soalan teknikal, unlike last year. Kalau aku dapat interview tu, memang rezeki aku la, tapi kalau aku tak dapat, aku percaya, it must be because the other candidate is competent enough to be promoted. No regret. I have done my very the best. Cuma, aku tak suka dengan provocation yang aku dapat, membuatkan anxiety aku kembali. Better not attend it rather than have to struggle with the negative thought on my mind. 

Pada 15 September, on my birthdate, my 12am start with loadssss of messages. Exaggerate enough, right? hiks.

Ada la sorang dua wasap, and zuhana shout in our department group, so, like everybody pun are force to wish me la jugak. Hahahaha. 

On my birthday morning, i have to present my proposal (fundamental work) to the almost the same panel that interviewed me a day before. I dont want to say that i regret be in the meeting, but, i must say, i felt apologetic to myself because i didnt do my very best. I still have the regret feeling until this moment. But, i tried to calm myself, told myself, masih ada banyak peluang untuk aku cuba, aku kena atasi kelemahan diri dan buktikan that im better than that. Sometimes we win, sometimes we learn. And that is the learning process. Ni masalah orang yang terlalu berharap. Tapi one thing yang aku proud of myself, aku melihat kegagalan ini sebab aku tak yakin nak jawab soalan panel and not properly pay attention to what i read. Benda ni berlaku sebab aku rasa aku boleh multitasking padahal aku tau aku tak boleh, and research shows that we need to focus. Do one thing at a time. Do not rush, but do not move too slow. Takpa, cuba lagi hidayah. 

Ok, lets move on to apa yang jadi on my birthday.

After presented the proposal, aku called colleague from other department and told them its my birthday. Hahaa. Muka tak malu kan. And they bring me out for birthday treat. Tapi malangnya aku dah takde selera nak makan. Kek atas ni pun bercinta nak habiskan. Special thanks to Kaknina dan kakfazira for this special treat. Im touched.

This year, aku book 1 malam kat Golden Sand Resort, Penang. 

Lepas habis makan kek, aku balik tukar baju, pakai dress dan terus gerak ke Batu Feringghi.

Enjoying the windy evening. Nice view kan!








I got birthday cake from Golden Sand Resort. Masa tu aku tengah landing atas katil, suddenly aku dengar ring pada bilik aku. Aku ingatkan aku berhalusinasi so aku abaikan je la. Then, aku dengar lagi. Kalini memang aku tak berhalusinasi la kan. Aku terjerit jerit "kejap, kejap,kejap" kelam kabut la aku cari tudung, dan, seperti biasa masa ni la tudung aku tak jumpa. Dah pakai comot-comot tu (padahal setiap hari comot), aku pun berlari la buka pintu. Nampak pakcik housekeeping tengah pegang kek. Auw, my birthday kek. Thank you so much.

The next day, after breakfast...............

Seronok budak belakang tu 

Enjoying the slide. Macam takda orang kan. Padahal semua budak2 bagi chance aku enjoy benda ni. Mesti depa tengah digest, auntie ni 35 tahun ke 5 tahun?




TerjuN!



Mandi laut pulek!


Terjun kolam semula

Lepas main kolam, main slide satu lagi pulak. 



Kan aku cakap, semua orang tengok je aku main sorang2









After checkout, terus balik kampung..


Balik kampung, masak gilai ayam+betik. My bestest lauk

Masuk kerja tengok ada parcel atas meja. Cik Ela pos hadiah besday.

No wonder la few days before dia tanya design mana yang cantik. Rupanya dia nak hadiahkan tudung ni. And tudung ni sampai tepat2 hari besday tapi masa aku kluar pagar tu maybe guard lupa nak maklumkan. Tu la, sapa suruh nak buat surprise. Cik Ela bila dah petang sikit, dia tanya dapat tak hadiah dari dia. Dia dok track parcel dah sampai opis aku, tapi, aku diam kan je, Padahal aku tak tau and opkos la aku tak check dengan guard if ada parcel untuk aku ke tak. Aku cuma check dengan guard kalau aku ada beli something personal and aku letak alamat opis. Last sekali, cik ela yang tersurprise. kahkahkah



 


Monday, September 7, 2020

Saja suka suka

 Assalamualaikum,


Ni baru terasa nak betul-betul menulis.
Well, lately ni macam tak cukup tanah nak pijak, berjalan atas angin, geng kayangan la katakan.


Berangan pi la macamkan dok ada dalam air asia. 


Aku pun tak tau la apa yang aku sibukkan, tengok-tengok dah bulan september. Dah nak habis 3/4 daripada tahun 2020. Eh, 2020 ni kan tahun yang paling di nantikan. 

Aku dok terasa lagi debaran malam penghujung tahun 2019. Macam debaran dok tunggu Wan Emir bernikah dengan mira filzah malam jumaat lepaih. Kot2 la ada jejaka lain mai bawak mesin gun tembak pengantin lelaki kan, dah tak pasai-pasai mira filzah sekali dengan warga FB-net meroyan.. 
Lagi satu, sepatutnya aku ni tengah dok mencongak date nak pi bercuti atau tengah dok berkemas kain baju nak pi bercuti. Biasa la, kalau tengah mengemas kain baju nak pi bercuti di bulan september ni, maksudnya, ha, maksudnya apa? Maksudnya, usia aku bakal bertambah. kahkahkah


Takpa, malam esok, aku akan kemas kain baju, pastu park kereta kat airport penang dan melangkah ayu menaiki anak tangga firefly. Boleh la aku buat video tengah dok kunyah kacang atau cookies masa di atas langit negeri perak. Yes. Lepas tu, masa sampai airport subang, totet totet totet totet, aku book grab, aku di arahkan menunggu di pintu ketibaan, dibukakan pintu setelah grab sampai betul-betul depan pintu dan abang grab bersembang ramah di dalam kereta beliau. Sampai di hotel, kelihatan bidadara tersenyum kacak menyambut dan aku melakukan process check-in di kaunter receptionist.


PANG!


Baru tersedar, aku datang atas urusan kerja setelah dia bertanya adakah bayaran hotel akan dijelaskan oleh pihak syarikat. Aku memandang sayu ke pintu masuk, dan kelihatan bidadara tadi melambai penuh mesra. Abang grab sudah tiada. Dengan semangat yang masih bersisa, aku melangkah ke lif, menekan butang lif. Ting! Lif terbuka, aku melangkah masuk dan menekan nombor seperti yang di arahkan sewaktu dimeja receptionist tadi. Terlalu lama rasanya di dalam lif, sempat aku menyanyikan lagu penyanyi Aisyah bertajuk "pulang". Dan, Ting!. Pintu lif terbuka dan aku melihat ke atas pintu lif dan melihat nombor yang dipaparkan seperti 2 nombor pertama pada kepingan kad yang terselit didalamnya kunci automatik pembuka pintu. Aku melangkah, kelihatan seorang jejaka, bercelana seolah ingin berenang di kolam renang milik hotel. Argh, aku terlupa, warga negeri ini semestinya ingin melepaskan rindu dendam terhadap air setelah lebih 4 hari keputusan air. Aku memandang wajah jejaka itu, dan tanpa sedar bibirku menghadiahkan beliau senyuman paling manis yang pernah aku berikan kepada mana-mana lelaki. Serius, andai ditanya, itulah senyuman paling manis aku pernah lemparkan kepada lelaki bukan anjabi. Kalau dosa senyuman semanis itu balasannya adalah neraka jahanam, bagaimana?. Ke neraka jahanamkah aku, kerana memberikan senyuman termanis yang aku ada?  

Tuhan, maafkan aku.

Seketika.

Aku tersenyum.


Aku kan pakai mask!