Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, July 30, 2019

Turki - 2nd day

Hello,
Harini cuti sempena pertabalan agong baru, sempena agong dari negeri pahang.
Macam tak percaya Tun Mahathir dah 94 tahun sebab dia jalan steady like in his 70s. Gila kental.
Semoga Allah panjangkan usia beliau untuk terus memacu Malaysia mencapai wawasan kemakmuran bersama 2030, sebab macam tak mampu je nak capai wawasan 2020.
hehee

Post Turki ni mungkin takkan banyak cerita sebab dah lupa sangat-sangat dah.
Lagipun pergi lama sangat. So, i decide nak combine je gambar sepanjang kat sana dan compilekan dalam beberapa post. Takda lah nak buat day by day punya post. hehe

AMARAN.

Kepada yang nak ke Turki, dinasihatkan bawaklah serunding atau sambal ikan bilis, kicap, sos dan apa-apa yang berperisa. Sebab makanan depa tasteless. Aku memang perot tong, so, aku takdak masalah nak makan makanan turki tapi ada lah 2 kali time breakfast aku pekena maggi (ni sebab aku taknak angkut balik malaysia). Tapi ada ramai ahli rombongan yang tak makan langsung nasi turki kat sana. Sebab nasi depa macam nasi dagang. Kalau rasa diri bukan seorang yang WORLD, silalah bawak bekalan makanan dari malaysia.

Hari pertama sampai turki dah hampir isyak, selepas makan dinner, kami terus ke hotel dan check-in.

Pagi hari ke-2, dimulai dengan wake-up call pada pukul 4.30am. 
Selepas solat subuh, mandi, dan kami turun breakfast kerana aktiviti akan bermula seawal 7am.

ISTANBUL-BURSA-KUDASASI

Dari Istanbul kami bertolak ke Bursa merentasi benua asia-eropah, dan melintasi laut marmara, mengambil masa hampir 2 jam.
Di Bursa, kami melawat ke Green Mosque, Green Mausoleum dan Ulu Mosque.

Seterusnya bertolak ke kudasasi yang memakan masa hampir 6jam dalam bas. Kami sampai dan tidur di kudasasi.

Tengok gambar je la eh
Masa sampai nasi ni macam nak mengamok je, kita dah la lapaq, sekali portion sikit. Nasi pulak macam nasi dagang. Tapi bila dah start makan, hurmmm... patut ler depa bubuh sikit, memang bercinta nak habiskan.

































Sebesar turki tu, boleh pulak terserempak dengan kaktitik (Indonesian). Ya Allah, macam terkesima masa ternampak kak titik, punya jauh tempat pertemuan kami. Itulah namanya jodoh kan.. Kak titik pun ikut rombongan geng-geng dia.













Monday, July 22, 2019

Saja je

Harini aku balik kerja pukul 3.30ptg,
Sebab kepala aku berdenyut-denyut,
 Lepas lunch, solat, pikir punya pikir, 
Aku decide untuk terus balik rehat kat rumah je...
Alhamdulillah, lepas rest and sebelum maghrib dah tak berdenyut sangat dah,
See, malam ni dah boleh update blog, yeay

And boleh work from home malam ni,
Gituh
Itulah salah satu keistimewaan kerja di SIRIM,
Quite flexible, walau gaji tak setinggi agensi lain, tapi nature of work kat SIRIM kalau digunakan betul-betul memang best,
Kena pandai take advantage untuk self grow,

Mat saleh kata,

"IF YOU WANT TO HAVE SOMETHING YOU HAVE NEVER HAD, YOU MUST WILLING TO DO SOMETHING YOU NEVER DONE"

Honestly, I learnt a lot from year to year. Kadang belajar in a harsh way, hehehe. 

Ada orang dia cepat adapt bila environment dia menekan, and this applicable to me.
Aku jenis kalau leisure sangat, aku pun jadi mandom, 
Tapi kalau terlalu stress, aku akan tinggalkan terus je.. hahaha

Eh, apa aku mengarut pulak ni...

Last week, aku tengok balik post aku yang lama-lama,
Lepas tu aku marah dekat diri sendiri sebab dah banyak benda yang aku tak simpan dekat sini,
Nanti lama-lama aku akan lupa apa yang pernah terjadi dalam hidup aku, especially benda yang exciting.

Dan berapa kali aku pergi Singapore and aku tak coret kat sini,
Post Turki pun senyap dah,
Post Kelantan memang umpama teratai layu di tasik madu,
Ni karang nak travel lagi ni..

Lepas tu,
Ada satu benda yang aku nak tulis progress kat sini tapi sebab lawyer pun tak proceed lagi so aku diamkan dulu lah,
Nak coret pasal pokok getah pun tak boleh menoreh lagi,

Aku aim,
By the time aku resign from SIRIM aku dah ada produk untuk mudahkan aku toreh pokok getah aku tu..
Hahahhaa
Namun, aku nampak aim aku tu kelam dan seolah tergantung sepi,
Nantilah aku suruh Zuhana tolong pikirkan,
Dia kan aim nak jadi successor SIRIM..
Aku dah bagitau dia, by the time dia lead sirim nanti, aku dah resign, tak sanggup aku nak karam bersama-sama ... hahahahha



Ni aku dok type sirim huruf besar ni, maknanya aku saja cari nahas, memang nahas sungguh ni,
Orang kata benda boleh cari buat apa dok senyap..


Sebenarnya aku dah 34 tahun tau,
Tapi,
Ya Rabbi,
aku selalu konpius dok ingat aku baru 33 tahun,
Bongok kan..

BTW, lagi 15 tahun aku dah nak masuk 50 tahun..

Lagi satu, tahun depan tahun 2020,
Tahun kereta boleh terbang,
Korang dah booking ke belum?
Karang orang lain dah sampai Jordan, korang baru dok drive sampai Ipoh, 
Masa tu jangan cakap tak pernah dengar lagu wawasan 2020,
Memang kena gelak lah, hahahahahah

Sunday, July 7, 2019

Raya 2019- First Raya without HIM

Hi all..

hehe, macam ler ada lagi orang nak buka blog ni.. Kalau tengok kepada traffic, memang dah takdak orang nak baca this blog, so, finally, blog ni akan jadi an online diary for me. 

Untuk rekod, weekend ni I tak balik kampung, sebab, Izzati datang Kulim. Oh my, so happy to spend the weekend with her and pusing-pusing kulim. Bestnya, how I wish Zati just live around here, and we get to spend some weekends together. And really, I have to secretly wish Zati to stay alone forever, hahahaaha.. Jahat punya kawan.

Memandangkan aku cuti hari Jumaat, so, Jumaat tu aku habiskan masa lepak kat rumah dan marathon muvie Thailand. Malam tu Zati sampai and kami gi makan Mee Kuah Tulang Kak Su dekat Pekan Kulim. Sabtu after early breakfast, we spent 6 hours di IKEA Penang. Malamnya, kami ber BBQ di rumah Hajar. Dan siang tadi after brunch di Nasi Pak Ya, kami meronda bandar kulim cari pokok dan tanah untuk hobi kami. Then after asar, Zati gerak balik ke Ipoh. 
Great sangat. BESTTT
(:
(;

.......................................................



So, rasa nya masih belum terlambat untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019

Hihihi

Alhamdulillah, gembira raya ni sebab semua sedara mara datang berhari raya.. Walaupun bapa dah tak ada, adik beradik sebelah bapa still datang seperti bapa masih ada.. 

Ada yang tanya apa perasaan first time sambut raya tanpa bapa?

Undescribable

Sejak hari pertama ramadhan dah sebak, tambah pulak bila berbuka dan aku duduk di kerusi yang selalu bapak duduk tika berbuka.. Tahan je airmata dari jatuh, tak manis rasanya menangis depan rezeki.. Sedangkan masa berbuka adalah masa yang patut diraikan..

Beberapa hari sebelum raya, adalah amalan kami membeli keperluan raya untuk insan-insan yang telah pergi meninggalkan kami (tok dan tokwan) dan sedekahkan kepada insan kesayangan mereka. Tahun ini, aku dan kakak belikan pakaian raya yang sepatutnya dibelikan buat bapa dan hadiahkan kepada Abang Man. Abang Man ni sahabat dunia akhirat bapa. Dia sihat atau tak, masa bapa masih ada, dia akan datang ke rumah kami setiap hari tanpa miss. Kalau bapa tak sihat, dia akan datang pagi dan petang.. Mereka naik haji sama-sama dulu, walaupun tak melalui kumpulan yang sama, namun gathering di tanah suci..

Menjelang raya, saat melangkah masuk ke masjid, sebak tu lain macam.. Sinilah tempat terakhir kami bersama sebelum bapa dikebumikan... 

Selepas tu, kami semua simpan perasaan rindu masing-masing dalam hati, hari raya patut diraikan dengan gembira.. 

Yang pergi tetap pergi, kita yang hidup kena gembirakan yang masih ada. Masih ada mak, kakak dan anak-anak sedara untuk diraikan. Hidup perlu diteruskan.. 

Rasa nya semua orang tahu, bila teringat, bila rindu, bila terbayang di mata, cepat-cepat sedekahkan al-fatihah... 

Alhamdulillah, raya telah sebulan berlalu.

Lagi sebulan, dalam bulan islam, bakal genap setahun bapa tiada, pergi selamanya meninggalkan kami bersama memori yang cukup pedih untuk dicoretkan.

Harapnya selepas setahun, aku punya kekuatan untuk mengimbau semua memori kami bersama dan menyimpannya di sini. Terlalu banyak, terlampau. Pedih kerongkong saat memori itu terlayar di mata. 


Untuk bapa tersayang, 

Selamat hari raya aidilfitri.
Tahun pertama kita tak bersama bergembira di hari raya.
Namun  ketahuilah, kami semua menyimpan rindu dan sayang yang terlalu banyak sampai tak terluah. 
Sampai akhir hayat, aku akan tetap merindu dan akan tetap mengenang jasa dan kasih sayang tanpa batasan lelaki yang tak pernah menaikkan suara apatah lagi menaikkan tangan untuk menjentik aku. Paling teruk sekali pun, dia hanya akan diam untuk seketika dan kemudian akan bercakap seperti biasa seakan aku tak pernah berbuat salah. Di mata bapa, selamanya aku adalah an apple of his eyes. 

Dah la, meleleh leleh pulak air hingus ni..

Salam aidilfitri semua...