Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, December 6, 2021

Lunch with kak ily cantik- owner Dr Elle's formula

 Aku ada upload gambar matriks card di instagram dan salah seorang yang komen adalah kak ili, my former colleague di Kulim dulu. Tapi kak ili berenti sirim in 2012 dan sambung belajar (PhD) di USM kelantan. 

Kami berbalas mesej di instagram dan decided untuk lunch bersama pada ahad, yaitu kemarin lah.

Kemarin, aku jumpa kak ili, dan dia bagitau akan ada sorang lagi kawan collaborator dia akan join lunch kami.

Betapa kecik nya dunia ni, kawan dia sebaya aku, pernah belajar di usm school fizik dan satu sekolah dengan anem. Anem ni bff aku masa di usm. Dia kata dia pernah nampak aku dalam gambar-gambar anem dan masa belajar time aku ambik course fizik (aku x minat fizik, aku failed fizik dan lecturer aku nasihatkan aku untuk tak repeat paper fizik sebab walaupun result fizik failed, result keseluruhan aku still boleh cari makan... Hanya ada 2 je student failed fizik dalam beratus yang ambil kelas fizik tu, aku salah sorang and aku takdak perasaan kecewa pun sebab aku memang tak suka fizik)...Pastu, kawan kak ili ni mengajar UMK, and labmate aku masa buat master dulu (budak tu buat PhD) sekarang ni mengajar satu department dengan dia. 

What a small world kan!


Alamak kak ili pejam mata la pulak..

Ini la kawan kak ili yang aku maksudkan.. Dr Asanah..
Sedap giler makanan dekat Dorm&Desk ni.. eh, betul ke nama kafe ni.. Kafe ni dekat kawasan perumahan, memang rumah yang diubahsuai menjadi kafe.. Jangan tanya aku pasal rules perumahan di kelantan ni.. 

Lepas ni, aku kena cantik macam kak ili...hahahaha

Terima kasih kak ili jumpa and sudi belanja lunch. Next trip should be my treat ok.

Semoga jumpa lagi Dr Asanah, dia berkali kali sebut nak belajar pasal quantum dot.. I.Allah.




Sunday, December 5, 2021

Minggu kedua di Kelantan - Jom tengok apa jadi dari first day

 Keadaan become much much comfortable.

Bilik baru aku saling tak ubah macam kat kulim dulu, even lebih selesa sebab aku takda banyak barang sekarang, trying my very hard to be minimalist.. hahaha

Nak tengok tak kehidupan aku sepanjang aku di Kelantan for this 2 weeks. Liza dah beberapa kali peringat aku, aku kena tulis sepanjang 3 tahun khidupan aku ni di blog, aku kena abadikan segala kenangan pahit manis ini dalam satu diari online. And, kata-kata Liza mengingatkan kenangan aku sewaktu aku di jepun, di mana hampir setiap minggu aku tulis apa yang jadi di blog ni. Sampai saat ini, bila aku rasa alone, lonely, down, aku akan baca balik dan rasa betapa tabahnya aku menghadapi kehidupan di jepun sorang-sorang, hidup dalam apartment sorang-sorang dan boleh travel merata. 

Orang kata, untuk menulis, kita kena train otak kita menyusun ayat, kita kena train otak kita to articulate the situation dengan baik supaya pembaca kita boleh merasai seolah turut berada disituasi tersebut. So, menulis blog ni harapnya dapat mengasah bakat menulis aku nanti. Kelemahan aku adalah menulis in english, arghhh. Memang bengap giler.

So, lets go. Kita flashback dulu k.

Ini masa aku on the way, dekat jalan Sg Tiang. Since aku bertolak awal pagi, and its raining that night, so pagi ni awan sangat tebal. Cuba bayangkan kabus di atas Titiwangsa...

Ini adalah stesen minyak yang aku akan stop untuk isi minyak kalau aku bertolak dari Kulim. But, kalini, aku tak stop sini. This stesen minyak will become memories.

Nampak tak sign Royal Belum.. Im trying my very best okay to capture this picture.

My first rumah sewa.. I stayed here for 9 nights, and my worst 9 nights in kelantan. 9 nights yang membuatkan aku mempersoalkan keputusan aku untuk sambung belajar, kenapa aku tak bersabar, kenapa aku kelam kabut confirm rumah tanpa inspecting, arghh, if only aku boleh putar semula masa... Tapi budak rumah ni, Nad, sangat baik. Nad ni budak SP yang tengah buat PhD di PPSG. 

Ini lah bilik yang horror gila. Bilik ni dia pasang fixed window, no aircond, poor ventilation. Memang the worst experienced la untuk permulaan kehidupan aku di Kelantan. Katil tu tilam dia nipis sangat, tilam yang lipat tu.. So, dengan berat badan aku, bila tidur memang merasa la lantai katil. Sakit setiap isi urat tulang aku..Itu pun salah satu sebab mood aku tak stabil. Aku dah la jatuh terduduk atas lantai deck dekat Pulau Tuba, memang sengal kesan jatuh tu masih ada sampai sekarang. Bila duduk/tidur atas permukaan keras, satu badan rasa berbisa. 

First lunch aku di USM kelantan, makan kerabu megi. Aduh, masam sampai tak habis makan.

Budak berdua ni tengah buat master. Pakai spek Akma, non-spek tu Amalin. Dua-dua ni sopan je, tapi depa tak selalu la masuk lab, since labwork master dah habis. Depa sekarang tengah kerja dengan Clinician yang buat masters, depa run projek master Dr tu.. Amboih, senang noh kerja Dr tu, dah la bayar gaji sikit. Tapi by Januari, Akma akan jadi staff projek aku nanti.

Ni kat dalam lab, belakang sekali tu Bello, PhD student dari Nigeria. Dia dan aku sama-sama daftar semester ni. So, hopefully kami akan habis sekali. Walaupun sv aku hanyalah co-sv dia, tapi aku rasa sv aku sangat ambil berat pasal dia. Siap nak guna geran aku untuk belikan kit untuk bello sama2 guna... Senang la hang bello, ada aku tolong propose dan cari duit untuk run projek phd hang. Sila tulis nama aku dalam tesis hang k.

Hari-hari, sini la aku parking. Sini dah macam port parking tetap aku. Kat USM ni memang masalah parking tak cukup. Ni pun jauh menapak ke school. Kalau lepas sebulan berat aku masih statik, memang aku bawak kereta naik parking kat depan pintu masuk department aku.

Weekend pertama aku di kelantan, aku memang dok pikir nak chow balik kedah. Luckily, liza dengan senang hati nak datang temankan aku.. Yezza.. Aku bagitau siap-siap, bawak kelengkapan lengkap nak datang rumah aku ni since memang aku sehelai sepinggang je ni..

Ni kedudukan liza solat. Sebelah dinding tu adalah toilet bilik aku.. Bilik aku ni, konon nya bilik master yang ada toilet tapi bilik macam bilik stor je. Bilik yang lagi dua bilik adalah separuh dari size bilik aku. 

Ni toto liza...Tepi tu dah pintu keluar.. Aku ambik gambar ni dari posisi liza solat tadi.. Sebelah tu katil bujang aku. Bayangkan betapa sempitnya bilik ni. Tapi harga bilik sahaja dah 300..Tuan rumah ni tanah dia besar.. dia buat 4 rumah sewa.. Pastu ruang yang besar tu jadi parking je la.. Tak paham aku. At least kalau dia buat tingkap kat bilik ni, ada jugak pengudaraan. Kalau tengok design rumah dia, entah la, tak paham aku..

Jumaat pagi ni, kami pergi breakfast nasi berlauk dekat Kedai Makan Hasanah. ni kedai makan pagi feveret aku.

Lepas makan pagi, kami ke Pekan Pengkalan Kubur. Yeay.. shopping time. Masa ni hujan tapi argh persetankan hujan tu, yang penting aku happy dapat keluar dari rumah tu. Aku tengah survey set Corelle untuk rumah aku nanti. Lepas ni boleh la beli sikit-sikit barang untuk rumah baru aku nanti. Maksud aku, rumah baru di kulim.

Masa aku pergi langkawi minggu sebelum aku ke kelantan, seriously, satu langkawi out of stock Pepero. Daim, pepero and apa tah lagi coklat yang satu langkawi takdak stock. Giler la manusia serbu langkawi sampai habis coklat. Oh, chupa chups aku, aku masuk langkawi nak beli chupa chups, habis jugak weh.

Lepas habis shopping and cuci mata kat Pengkalan Kubur, si liza nak lepak pantai. Gaduh kejap la dalam kereta. Eh, gila apanya hujan lebat nak lepak pantai. Tapi dah kawan sanggup turun temankan aku, aku bawak jugak la dia ke pantai. Not bad pantai dia. Pantai Sri Tujuh nama dia. Kat situ banyak jual lokching dan cucuk-cucuk.

Satu bekas ni, isi la sampai penuh RM6.. Aku hirup je kuah tu, pastu malam tu menggagau gatal..rasain lorhhh

Dia nak fefeeling.. Kita bagi dia feeling sorang-sorang dalam hujan.. Ni la ciri-ciri perempuan yang meminta untuk diviralkan.. hahahaha

Sabtu pagi, kami cuci baju so keluar la keringkan baju kat dobi... Banyakkan baju, malas la nak sidai di musim hujan ni. Kami lunch di Kedai Cikgu, since liza tak pernah makan kat situ. And, dia komplen weh. Dia kata tak sedap, dia pelik apa yang orang dok cakap sedap sangat, kuah ceroi katanya... Betoi jugak, aku terpaksa bersetuju... Aku pun taktau apa yang sedap sangat, aku bawak di liza ni makan sebab nak bagi dia experience makan dekat kedai yang viral sangat ni.

Malam last liza, aku bawak dia makan ikan bakar. Tanda terima kasih sanggup datang temankan aku.. huhuhu...Aku sangat hargai

Aku beli selimut ni.. Worth buy. Sangat sedap digunakan dimusim hujan ni...

Since aku tak bawak booster, aku memang nak beli kat kelantan, so beli la kat pengkalan kubur. Anak sedara aku cakap "eh, taknak kalah bantai dia".. I masih berjiwa remaja okeh.

Elida tanya, elida ni dulu housemte aku kat kulim, pastu dia kawen and pindah shah alam. Dia memang orang kubang kerian. Dia sama-sama sambung PhD fulltime dengan aku, cuma nya dia buat di UM. Bila aku cakap aku akan tukar rumah ke rumah yang dekat belakang gate USM, dia mintak gambar rumah dan send ke mama dia. Sekali, mama dia kata "eh, ni dekat rumah mama ni".. Nak tau tak, pagar coklat ni rumah elida, yang straight rumah kaler coklat tu rumah sewa aku... kahkah.. Jiran paling hampir mama elida... Pasni aku cakap kat elida, mama dia boleh ajak aku kalau nak gi memana tapi takda kawan.. hahaha.. Gambar ni masa aku bawak liza pergi melawat rumah sewa baru aku pada petang sabtu, and she really approved this house. Katanya, hang bukan takda duit sampai nak kena duduk rumah yang tak selesa.. Betul jugak...

Lepas liza balik ahad pagi tu, tengahari aku bawak diri pergi duplicate kunci rumah sewa baru dan minum tengahri sambil layan perasaan. Jangan tak tau, kalau masuk kafe-kafe camni, ramai clinician tengah layan perasaan jugak (termasuk mamat yang duduk depan aku tu)..hahaha

Finally aku pindah rumah baru... Ni la meja study aku.. Straight dari bilik aku, terus aku boleh bagi full report aktiviti keluar masuk mak and bapa elida.. Hahaha.. Habis la pakcik and makcik dah ada paparazi buat live report kepada elida..

Kerusi putih tu adalah hadiah dari mama elida. Masa aku sampai je, ayah dia terus datang bagi kerusi sebab aku bagitau elida meja study aku takda kerusi. hihi.. Terima kasih makcik and pakcik sebab bagi kerusi free dekat saya.

Finally, after 2 weeks aku dekat USM, multiple visit ke IPS (Institute posgraduate studies), siap jugak kad pelajar aku. Baru la senang hati aku nak keluar masuk USM, keluar masuk library dan paling penting boleh show off dekat instagram. kahkahkah

Ini la department aku. Department medical microbiology & parasitology. Ramai tanya, kenapa dari sains kimia (degree dan master) aku shifted to microbiologi. Yes, shifting yang aku ambik ni memang satu risiko yang sangat berani mati. Aku takda basic biology, aku just belajar thru google je, tiba-tiba time PhD aku buat in microbiologi. Macam aku bermula sebagai bayi, kena belajar from scratch, belajar basic fundamental dan paling susah sekali dalam bidang ni adalah nak memahami all the terminologi yang diorang gunakan.. Arghhh im cried..

Once dah pindah rumah, mood aku dah semakin stabil. See, pagi-pagi turun beli breakfast dan breakfast sorang2.. Dah mula adapt..

Wiken kedua, pagi jumaat, selepas keringkan baju di dobi, aku pergi dine-in nasi berlauk... Heaven nya

Tengok semua kedai tutup termasuk aeon.

Ni new experience untuk aku. Tahukah korang, aeon and all the shopping complex di seluruh kelantan akan di tutup dari 12.30-2.30pm bagi menghormati solat jumaat. Cerita dia cenggini, lepas aku breakfast, aku pergi la aeon bersama list yang panjang. Macam-macam ni aku nak beli. Aku pelik jugak masa aku sampai 12.15pm tu, awat orang banyak dah keluar and parking macam dah luak. 
Pastu ada announcement yang aeon akan tutup. Innocent nya aku, aku ingatkan sistem PR tu yang akan tutup, aku pun masuk kaison and beli barang. Masa tengah pilih barang, aku dengar adik kaison tu sembang pasal nak tutup kedai, sekali aku pusing, ambik kau. Tinggal aku sorng je customer dalam tu, dan shutter door tu tinggal sikit je lagidah nak tutup rapat. Cepat-cepat aku bayar bantal yang aku pegang dan keluar. Masa tu keadaan macam huru-hara sebab customer tengah cari jalan keluar, kedai-kedai tengah tutup dan most pintu dah start di kunci.
Aku pun gelabah jugak, pastu aku pikir, apahal aku nak gelabah, ni kan tengahari, jap lagi dia akan buka balik. Aku tried to calm downdan stay je atas kerusi kat dalam aeon tu. By 2.15pm, people start ramai masuk dan kedai start resume by 2.30pm. Aduh, new experience sangat. Bila aku tanya elida and liza, depa pun tak tau weh. Hampeh betul la warga asal kelantan ni.

Ni makanan yang sempat aku sambar once aeon kembali operated.

Ni bantal beli dekat kaison, terpaksa letak bantal sebab bontot aku masih sakit lagi. Tak boleh stay atas permukaan keras lama sangat nanti susah nak bangun.

New bantai since bantal yang aku bawak tu sedikit keras, since dah tua ni tengkok aku manja sikit.

Pagi sabtu, aku ke rumah liza di pasir puteh. Dan rezeki aku, mak liza buat laksam harini. Yabedabedu.. masa liza tanya aku nak makan apa sehari sebelum aku pi, aku cakap kita makan kat luar je (padahal dalam hati, aku sebenarnya nak request laksam)... Tapi most important, aku sampai jugak rumah liza.. Dia ni dok segan sebab katanya rumah dia rumah papan je.. Eh, ingat aku lahir-lair terus duduk dalam istana ke.. lepas solat zuhur, aku dan liza keluar beli barang aku yang tak sempat aku beli jumaat tu. Kami ke ECO, Econsave dan DIY. Padahal kedai tu semua ada kat depan gate USM.. Buat teruk sampai ke pasir puteh aku shopping.

Then, kami pekena mee celup sambil menikmati pemandangan seperti di kampung aku.

Smoothies dia memang to die for la...

Kan sebijik macam suasana kat kampung aku..

Ok, itu je setakat wiken ni.. 

Doakan aku rajin update k.

Yang penting, doakan aku enjoy dengan kehidupan di kubang kerian dan rumah sewa baru aku ni.

Tuesday, November 30, 2021

USM Kelantan ni hampeh sebenarnya.. Yuran student mahal, tapi servis terok..

 Aku dekat bilik post-graduate (PG).. Kat bilik ni ada pegawai sains, student master/phd, dan clinician yang buat master untuk jadi pakar. And kat sini, berlakulah antara dua darjat. Boleh kot bayangkan group mana yang merasakan darjat depa sangat tinggi tu kan. Depa je la yang perasan rasa darjat depa tinggi, budak-budak sains biasa ni tak rasa pun depa istimewa and hebat. kahkahkah

Tadi pejabat IPS call aku, rupanya ada dokumen aku yang tertinggal aku tak sign. Borang tu jadi macam tu sebab aku punya printer memang ada problem sikit. Tapi pegawai-pegawai IPS tu pun buat kerja lembab nak mampos. Serius lembab. Aku send out application tu semua 17 October 2021. Harini, 30.11.2021 borang aku masih belum siap proses. Sedangkan yuran aku berjalan dari sebelum tu lagi. USM kalau ada sesiapa yang terbaca ni, tolong lah, upgrade la kualiti servis tu. Since borang aku tak lengkap lagi, aku masih macam pendatang. Aku takda ID card, since takda id card makanya aku takda email rasmi, tak boleh mohon hostel, tak boleh nak apply ethics, tak boleh nak appoint co-SV dan tak boleh nak pi klinik staff. Hurm.. Bayar mahal okeh, satu semester aku bayar RM4200 okeh, tapi servis hampeh, toilet busuk dan buruk, tempat kat bilik postgraduate ni kecik nak mampos, nak ambik air kat pantry tak boleh sebab katanya untuk staff saja (wtf) and pantry hanya di kontrol oleh staff yang bawak anak-anak depa makan kat situ. Seriously, servis by USM Kelantan ni memang terok nak mampos. 

Sebab tu la awal-awal aku dok rasa awat la aku meninggalkan segala keselesaan di Kulim dan ke kelantan yang serba daif ini. kuikuikui

BTW, harini aku akan tukar rumah sewa. After 9days, akhirnya aku akan keluar dari rumah sewa sekarang. Hopefully, less stressful and akan enjoy dengan berbahagia di rumah sewa baru. Doakan lah. Aku dah bayangkan nak beli lemari dan kerusi study best dah untuk bilik baru nanti. Pastu kena fikirkan menu yang nak masak. Aku dah teringin nak makan spageti ni. Masa kat Jepun dulu, aku ni hari-hari makan pasta.

Kemarin, aku lunch dengan supervisor. 

Kemain kan. 

Sebab aku bagitau dia aku tak lalu makan. And pagi tu aku makan roti je, padahal roti bukanlah makanan kegemaran aku. Aku ni kalau makan roti tu maknanya terlalu malas atau takda mood nak teruskan kehidupan, hahahaha.

Ok la, dah azan. Nak g solat jap pastu nak makan lunch.

Aku ni konpius, plastik makanan aku kat bilik PG ni hilang. Aku baru perasan sekarang sebab aku lapar and nak cari chocolate and kacang2 aku. Aish, sapa pulak yang curi makanan aku ni.


K.. 

 

Saturday, November 27, 2021

Kawan kerja atau kawan

Musim hujan renyai dan mendung sepanjang hari di Kelantan sekarang.

Basuh baju sidai konfem lah tak kering. Dobi pulak penuh orang. Terpaksa la queue kat kedai dobi.

Aku masih dalam fasa adjustment. Adjustment dengan kehidupan di Kelantan. Kubang Kerian dan Kota Bharu ni penduduk agak padat dan boleh dikatakan mostly yang berduit ada di sini.. Bila aku kata orang Kelantan kaya-kaya, budak-budak lab aku kata sebab jugement aku based on situasi di KB dan Kubang Kerian. Rumah besar istana, kereta import mesti la aku anggap kaya kan. haaahaa

Disebabkan ini hujung minggu pertama aku di Kelantan, Liza yang pernah stay Kulim dulu datang menemani hari-hari cutiku. Liza memang orang Kelantan, dia duduk di Pasir Puteh dalam 45 minit perjalanan ke USM. So, since ada kawan maka panjanglah langkah aku. Semalam kami bershopping sakan di Pengkalan Kubur, dalam hujan sampai migrain aku.. hahaha

Walaupun Liza orang Kelantan, aku rasa aku lebih arif dengn jalan dan tempat menarik di KB dan Kubang Kerian. Maka, aku lah yang jadi pemandu pelancong si Liza. hahaha.. Aku pergi melaka bulan lepas pun aku jugak yang jadi pemandu pelancong si Eju (Eju orang Melaka).

Kehidupan aku di Kelantan setelah hampir seminggu dah hampir teratur. Aku harap akan slowly tenang dan aku akan dapat sesuaikan diri.

Aku masih struggle dengan masalah bahasa. Dan masih cuba memahami pemakanan disini.. Ayyo.. hahaha

Aku teringat dulu masa ada colleague aku pindah ke Shah Alam. How worried kmi semua sampaikan aku temankan beliau ke Shah Alam dan aku balik ke Kulim naik ETS.. Haha.. Bila aku pindah Kelantan kawan aku tu buat tak tahu je. Tanya kabar pun tak.. Hahaha.. Thats the value of kawan.. Sadis rupanya, but in a positive way, ada kawan2 baru yang hadir. Alhamdulillah.. 


Liza la ni suruh aku catatkan journey perjalanan aku sepanjang belajar. This might be the first chapter. And many more chapters to come. I. Allah. 



Monday, November 22, 2021

Bersiaran dari Kelantan..now and for next 3years.. doakan semoga aku berjaya memakai topi bulat

 Assalamualaikum..


Seperti tajuk aku

Yes, 

Sekarang, aku dah bermastautin di Kelantan.. eh, boleh ka guna perkataan mastautin.. hahaha

Semalam, 21/11/2021.. Aku memulakan kehidupan aku di Kubang Kerian..


Macam aku bagitau sebelum ni, aku akan sambung belajar and start October 2021, company aku dh bagi pelepasan untuk aku memulakan pembelajaran dan hingga hari ni aku masih menunggu id card siap.. Penat gaduh dengan jabatan bendahari dan IPS (pengajian tinggi), tak larat tengok depa dok tuding jari, aku pendam segala kekurangan mereka kerana dua2 jabatan mmg incompetent.. hampeh..


Semalam, aku drive merentasi banjaran titiwangsa..seorang.. 

Aku tak tau mana aku dapat kekuatan tu, sebab mak aku nak anak sedara aku hantarkan tapi nanti aku pulak yang tak keruan pikirkan dia drive balik.. Biar risiko tu di lesserkan.. Gituh


Setakat sekarang, aku menyewa di rumah sewa, semua salah IPS, bilamana id student tak dapat2 sampai sekarang makanya aku tak dapat matriks number yang wajib ada sewakti mengisi borang permohonan bilik asrama. Aku cadang untuk masuk bilik asrama, to lessen mak aku punya kerisauan. Actually aku pun tak selesa duduk rumah ni.. Aku dah penat nak hadap rumah sewa.. hahaha


Seminggu ni, aku asyik menyesali awat la aku buat keputusan menyusahkan hidup aku. Awat aku pilih kelantan, awat aku gedik nak sambung, awat aku susahkan diri nak buat benda yang sukar, pastu aku teringat kawan-kawan membawang di opis buatkan aku rindu, huhuhuhu.. I miss my old life.. huwaaaaaa... Kerana sesungguhnya menjadi seorang pelajar adalah fasa tersunyi dalam hidup.. 


Terima kasih kepada kawan-kawan yang asyik bertanya kehidupan baru aku.. Tq Liza, Syana, Zati, Cik Ela... huhuhu.. why buatkan aku sedih ni, tah kenapa keemoan menguasai diriku.. Tq Tq Tq kawan-kawan, i really need that, and I will always remember the small gesture yang korang buat..

Tadi kakak aku call, aku tanya la ada hal apa sebab aku betul2 baru sampai rumah masa tu "mak suruh telefon tanya ok dak?" hahahaha...


Ok.. Doakan k.. Semoga dalam masa 3 tahun, aku mencapai apa yang aku ingin capai.. Aminn


Sunday, November 7, 2021

Boss aku pencen.. bekas boss la to be exact

 People comes and go, so, do I,,

Last month, bekas boss aku bersara secara pilihan..

Beliau boss kedua aku, dan pernah menjadi the bigboss di Kulim.

I learnt a lot, a lot, bad and good things...

Banyak pengalaman pahit manis dan pengajaran hidup sepanjang aku bekerja dengan beliau, aku belajar to be careful with colleague.. Colleague can kill you from behind...

Bila aku dapat emel makluman bahawa beliau akan bersara, aku rasa maybe this is the right time untuk to let everything go...why not kan...

Aku whatsapp beliau


Rupanya, bila aku baca balasan beliau, aku rasa sayu

Betapa satu hari nanti, aku juga akan berada di situasi beliau.. itu la kehidupan kan..
Semoga Allah makbulkan doa beliau terhadap aku..aminnnn

Tah la, lately ni memang cepat touching sikit..

Btw, aku nak pergi somewhere esok.. meeting my bestfriend.. nanti tah bila dapat bercuti bersama lagi...



Friday, November 5, 2021

November already!! Haiyaaaa..

 Hi.. hehe

Lama senyap kan.. Aku kadang2 lupa aku ada blog ni.. 

Setiap kali aku On laptop dengan niat na menulis sesuatu di sini, masa tu la otak aku ajak aku buat kerja2 opis yang lain.. hahaha

Dari Ogos ke Oktober 2021, within 3 months, things happened, and, everything happens for a reason.

Ya Allah!!

Ada senior cakap, things happened maybe due to ourself, maybe ada benda kebaikan yang diri kita buat. We never know. Aku rasa macam, ada ke kebaikan yang aku buat, aku ni hari-hari naik minyak marah-marah..hahha

1. My R&D project was approved by MOSTI and the funding was increased from RM400k to RM605k without hassles. Smooth and steady, i must say.

2. My company (SIRIM) dengan baik hatinya, telah menawarkan pembiayaan pengajian saya secara SEPENUH MASA (bergaji penuh). Setelah sekian lama, for almost 10years SIRIM dah tak taja staff for fulltime, kali ini, SIRIM mengambil langkah sewajarnya supaya staff yang ada diberi peluang melanjutkan pelajaran tanpa tekanan kerja yang keterlaluan. 

Aku pernah lanjutkan MASTERS sambil bekerja sepenuh masa, masters part time dan bekerja fulltime.. Its achievable, tapi sakit sangat. Aku bernasib baik, semasa aku buat master, KPT melalui MyBrain15 sanggup menaja aku walaupun aku telah bekerja masa tu dan tempoh penajaan adalah 3tahun. Rezeki aku.

Dan, masa aku sambung master tu, disebabkan aku adalah pekerja full time aku kena propose project macam orang lain. Alhamdulillah projek tu di luluskan oleh pihak MOSTI dan melalui projek itulah aku travel ke Jepun dan menimba pengalaman bekerja bersama orang jepun di sana. What a memories kan!! Bekerja dan belajar di Jepun tersangat berbeza. Tambahan pulak, aku bekerja di one of their best research institution, tentulah pengalaman dan layanan yang diterima tak sama dengan sekiranya kita pergi ke universiti. Profesionalism di universiti dan di research institution, dengan mengambil contoh di Malaysia, adalah berbeza.


Walau apapun, rezeki yang dapat ini adalah ujian.

I have 2 years to deliver the project and 3 years to complete the PhD.


All the best to me.


Btw, pertengahan bulan ini, aku akan ke USM Kelantan dan habiskan 3 tahun aku di sana


Thursday, September 16, 2021

Happy Birthday Hidayah! Version-2021

Assalamualaikum,

Semalam, aku sambut ulangtahun hari lahir aku yang ke 30an. Hehe. Kakak aku cakap rahsia, sampaikan masa dia order kek, dan baker tu tanya ulangtahun ke berapa pun dia takmau habaq. Dia kata biarlah rahsia. Kalau aku yang order, mesti aku bangga nak letak umur aku kat kek..kahkahkah.

Jumaat lepas, aku bincang dengan kakak and mak aku nak buat makan-makan dan distribute ke rumah jiran-jiran. Sebab bapak aku suka makan pulut, so, aku cakap nak prepare pulut dan rendang ayam. Mula-mula, nak masak hari Rabu sempena hari birthday aku, tapi since rabu tu hari bekerja, kakak aku decide awalkan ke Sabtu since its weekend. Dia taknak aku mengelat tolong masak ler tu.

So, sabtu pagi, aku keluar beli barang-barang memasak dan kami start prepare the foods. Petang tu, selepas asar, aku start distribute kepada jiran-jiran. Kakak aku siap explain lagi, sepatutnya nak buat masa hari rabu masa birthday hidayah, tapi buat harini sebab hidayah cuti. Walaupun, sebenarnya tak perlu pun explanation.

Memang masa ni matahari senja terik sangat, kami pack makanan dan start edarkan ke rumah jiran-jiran.

Kakak paksa potong kek sponge sebab nak hantar dalam group famili..hahaha.. Ni masa petang ahad, see betapa excitednya depa..

2 hari sebelum birthday aku, sampai parcel Zalora.. Niece aku hantar kan kasut

Petang sebelum birthday aku, dapat another present.. Kali ni kek buah dari mamasab. Niece sorang lagi (kaklong) deliver ke rumah

Dia deliverykan sekali brownies yang sedap ni

Dan tak lupa jugak kek red velvet

Banyak kan...

Then, pagi birthday aku, selain dari birthday wishes, mak aku dah rancang and siap jemput kawan dia merangkap jiran kami untuk datang makan-makan. So, dia nak kami gorengkan bihun kesukaan dia. Aku keluar tengahari after habis semua meeting dan discussion, beli barang2 nak masak bihun goreng dan ODEN. ODEN ni melampau sangat, habis beratus, tapi makan tak sampai semangkuk sebab kenyang.


Kek yang kakak aku orderkan. Dia memang taknak baker tu letak umur aku. Kek red velvet seperti yang aku request.


Walaupun dah ada kek buah mamasab, tapi kakak aku tetap orderkan kek buah dari baker yang buat kek birthday aku. Kek buah mamasab tu ermmm tak menepati citarasa.. Kek buah yang baker ni buat lebih rich dan sedap menjilat jari.

Tengah ralit makan kek, runner call mintak location rumah.. Aku ingatkan barang shopee sampai, rupanya kawan dan niece aku deliver birthday present. Auw, muka tak bersiap, tudung pulak capai yang nampak depan mata, tah sapa la yang punya.

Auw, sebak sangat baca ucapan tu.

I is pemalu sebenarnya. Tak sangka disayangi sebegini..hahahaha


Oden dan bihun goreng yang dibanggakan


Aku memang dah niat, birthday kali ni, aku nak menderma darah. Jadi, pada pagi 16 September, cukup 3 bulan selepas aku derma darah bulan Jun lepas, aku kembali ke bas bergerak yang datang ke Pokok Sena. Semuanya smooth. Lepas derma, aku singgah market beli ikan dan santan. Tapau nescafe ais. Dah la aku langgar tiang dekat market, ayoyoyo, nasib la bumper kereta tak pecah. 

Sampai rumah, aku start racik bawang, tengah tumis, tiba-tiba badan aku shaking, arghhh sudah. Aku dah boleh agak. Ni bukan kali pertama.. Aku terus duduk dan jerit bagitau semua yang kat dalam rumah tu, aku nak pengsan. Aku tutup dapur gas, dan lari tidur kat sofa sebab masa ni aku dah tak boleh fikir, pandangan aku dah nak gelap, dan peluh sejuk dah merembes keluaq. Aku baring, pejam mata, tak sampai 5minit, segala isi perot keluar nasiblah aku sempat lari ke toilet.

Kemudian aku baring semula atas katil mak aku.. Mak aku tidur kat ruang tengah rumah, open space, aku sempat pejam mata, aku syak aku pitam masa ni.. Bila terjaga, badan rasa tak sedap, sambil bangun, arghhhhh, aku muntah lagi.. Sepanjang perjalanan dari katil ke dapur penuh muntah, adoiiii.. Lembik sungguh.. Terbaring dan terlena sampai pukul 3pm. Mengenangkan ada discussion yang colleague aku dah set, aku paksa diri bangun. Kalau ikut hati, memang aku tidur je sebab bila bangun pun badan aku masih shaking. 
Sambil discuss pun, peluh sejuk masih keluar dan sesekali badan shaking, nasib sempat lari ke toilet untuk muntah, buat kali yang tak terkira. 

Semuanya gara-gara derma darah pada hari 1Malaysia. adududdudu


Alhamdulillah.. 

Semua happy, aku happy, famili aku happy, kawan baik aku happy... Ucapan terima kasih tak dapat menggambarkan betapa aku appreciate mereka dalam hidup aku. Tak sabar nak masuk kerja semula.

Happy 36th birthday hidayah!!!