Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, June 13, 2021

Banyak benda mengecewakan, hurm

 Aku terlepas nak update birthday treat mak aku minggu lepas sebab dari 9-5pm, weekdays, jadual aku penuh.

Line internet dekat kampung pulak, seperti yang aku bebelkan sebelum ni, menyebabkan aku dah tak kuasa nak bebel hahahahha.. Lantok hang la.. Gitu cara orang kedah..

Masa kerja pun sama, time tengah meeting atau presentation atau discussion, line hilang, aku ni bersyukurlah tuhan kurniakan kesabaran yag agak tebal. Aku restart fon berkali-kali, refresh tu toksah dok kata la, melilau tangan aku cari coverage. Tapi, itu tetap tak memadamkan perasaan cinta dan sayang aku pada celcom.. kahkahkah.. muntah kahakhijau....


Tarikh Vaksinasi

Aku daftarkan beberapa dependant di bawah IDUSER aku, ini bagi memudahkan aku monitor tarikh vaksinasi memandangkan coverage di kampung kan umpama pengantin baru lepas shakehand akad nikah dengan tok kadi, malu-malu tapi mahu bagi servis. 

Tapi, mak aku masih ragu-ragu untuk divaksin, sedangkan, dalam keluarga aku, aku boleh katakan mak aku adalah individu yang paling up-to-date dan banyak maklumat pasal kepentingan vaksinasi sebab dia sentiasa dengar radio. Radio merupakan salah satu medium yang sangat berkesan dalam memberikan maklumat mengenai bahaya covid dan kepentingan program vaksinasi. So, aku cuma jadikan mak aku dependant aku, tapi, aku tak daftarkn vaksinasi dia, sehingga dia bersetuju (aku akan tanya dia from time to time, even my siblings will called her and before end the conversation they will asked her on her vaccination status, as half of my siblings has had their 1st dose)

Jangan salah faham ye. Walaupun aku menyokong herd immunity by direct infection, tapi aku bukan lah seorang anti-vaksin. Dan walaupun mak aku taknak vaksin, aku tak paksa dia vaksin, biarlah persetujuan datang dari dia sendiri sebab at the end, she is the one yang akan face the effect by herself. Lagipun, memang dari aku kecik, mak aku sendiri jarang paksa aku, walaupun dia selalu menakutkan aku dengan akibat tindakan yang aku ambik, dan aku rasa i should treat her the same. Kita telah dewasa, dan nobody can force us against something yang kita tak nak. 

Aku cek tarikh vaksinasi aku and my dependants almost everyday. Tapi tahu la system kan, kadang kena update la apa.. Pastu bila kita dah update, dia tak update dalam sistem, especially kalau coverage tak bagus... huargggh. 


Birthday mak aku 6.6 2021 lepas.




Aku telah merajinkan diri bake a marble seeds cake, blueberry cheesetart dan banana cupcakes just to make the day, sounds like a multitalented person kan. Maybe one day, aku boleh apply for early retirement and start baking , kuikuikui.. (In your dreams hidayah!)..... And I uploaded the foods picture on familygroup for reminder to everyone that today is our queen birthday, and I had done my part, gituuuh. Eh, anak bongsu mana boleh kalah!

Lepas tu, kelmarin (12.06.2021), sewaktu aku kemaskini salah seorang depandant aku, aku check balik status semua dependant bawah aku (termasuk aku jugak lah kan)... and, surprisingly, mak aku dah dapat tarikh. Tarikh dia adalah 6.6 2021, its her birthdate a week a go. Arghhhhhh... Why selama ni aku check tak de pun. And, aku rasa sebab mak aku pernah jadi regular patient dekat nearest PKD so automatically nama dia di daftarkan. Bila aku bagitau mak aku hal tu, dia redha. Dia terus setuju. Wow, amazing. Maybe, dia rasa PKD tak lupakan dia and dia appreciate it. Kerja aku sekarang kena tunggu new date la pulak and memang every one hour, aku akan check the status. 

Bila benda ni berlaku kat aku, aku cuba relate dengan kes 10k tak munculkan diri di kelantan yang telah menggemparkan seluruh negara sampaikan ada kawan-kawan aku pun nak jugak into the scene post di media social masing-masing pasal kes tu. I believed, they must had their very own reason, and i dont agreed on how my friends reacted to the situation, what if it happens to your loved one. Now, I faced it myself, lagi lah aku rasa sangat tak adil untuk us yang masih muda nak condemn the situation as we are not in their shoes. Masa aku baca kawan aku post tu, aku dah rasa nak komen kat post dia, if you dont have something nice to share, just scroll the fb. But, then, aku rasa aku pun kena do the talk la kan. 


Kisah wanita yang dicemburui ramai

Beberapa hari lepas, FB aku floaded with status buat bodo-bodo. Mula-mula zati share dengan aku pastu liza pulak share. Since that day was a working day, aku ambik masa sikit sebelum aku blend into the topic. Aku dengar the video myself, and hurm....  Tah apa-apa la si Dr Muhaya ni. Aku memang tak minat dia, dan aku dah lama gila tak follow talk-talk dia since aku rasa seolah perempuan tersangat malang and jahat setiap kali aku dengar talk dia dulu. Cara aku adalah, tinggalkan if it drained my happiness. 

Bila aku baca pulak beberapa post by friends aku, aku rasa, apa ni. Kenapa geng2 bini orang nak komen setuju dengan statement kena buat bodo-bodo ni. Are they just justifying their action dulu2, lantak korang la. Ni masalah tak paham context. Statement Dr tu untuk geng anak dara tak kahwin, tapi, yang meloncat ni geng mak-mak dah kahwin. 
Bila aku baca most of the post, aku rasa, these bunch of married woman, jeles dengan geng wanita bujang. PERIOD. kahkahkahkahkah


Perasaan tak yakin dan stage fright

Last year, masa PKP, aku boleh katakan aku lalui PKP dengan smooth, easy peasy, and tenang sebab nothing stress me out. Aku sangat enjoy. 

But this year, vice-versa. Huwaaaaaaa

Since March 2021, aku dah involved dengan satu program nama frugal innovation project. Untuk project ni, its still new in malaysia, dan we were trained and coached by Germany. The first two session was okay, but later i started developed fright, i started felt stress, pressure, tension, but i dont have a space to complaint and share my grief. If only i have a shoulder to cry on, ceeeewah. Dan this project became my most regretful project that i decided to agree to join. It bring my happiness away, it shown the other side of myself that i tried to overcome for a long time. 

I have stage fright and this project enhanced the symptom. 

Untuk beberapa tahun, aku cuba atasi masalah ni, aku banyak bertanya, aku actively participate in group discussion, but this one project suddenly swept all of my efforts. Arghhhh, it so frustrating, benci..... 
And minggu depan, my last session with them all. Then, my collegue from same group already asked me to conduct an internal workshop to initiate the inhouse project. 

This one project make my 2021 dull... fullstop

Dulu ada satu projek yang aku selalu cakap aku meluat tu, yes, itu projek pertama yang hilangkan semua aura positive aku. Aku jadi low self confident and aku jadi rasa macam aku tak layak to be a leader anymore. It takes a lot of courage for me to overcome that feeling, and this frugal project triggered me, and i failed. Like tsunami, when it hit, everything swept away.

Dan, aku juga start proceed dengan cita-cita aku untuk further study (keputusan otak separuh, haha, dengan keadaan negara yang strict dengan movement control order dan most university do not allowed their students to enter the university). Tapi, itu lah aku kan. Bila aku kata aku nak tu, lantok la. Bior je la aku gerak. Sebab aku akan buat apa saja untuk pastikan aku bergerak.
This one thing I considered as an escapism for me. I will explain later.


For those reading this, please, make a pray for me. May i have the courage and high spirit to overcome my stage fright symptom. 


I really appreciate it, thanks. 






Sunday, July 30, 2017

Peminat SitiNordiana

Zu, sorry!!!!
Tapi nak bagitahu jugak
Semalam Zati dah belasah aku sampai lebam tangan, nasib baik aku tengah drive, aku terpaksa hadap jela.. Tak boleh nak melawan..
Siku si Zati dah la tajam (dia kan kurus kering), hampir sepuluh kali di sikunya aku..
Suka la dia sebab aku tak dapat nak elak..

Hang mesti konpius kan kenapa aku say sorry awal-awal
Aku tak boleh la nak simpan cerita ni lama-lama
Sebenarnya kan


ermmmmmmmmmmm


Muhsin....


Muhsin tu bukan nama sebenar...


Nanti aku tulis novel cerita Muhsin tu
Aku tak sempat lagi, nak kena sediakan proposal cepat sebelum bos hang sound aku dalam meeting lagi
Tapi, hang kena la bekap aku, aku tulis blog ni pun demi nak asah bakat menulis jugak
Technical writing dengan freedom writing perlukan kemahiran yang hampir sama
Writing ni kalau tanpa penyambung kata, tak sedap ayat dia, be it technical or non-technical write-up
Jadi kemahiran memanipulasi ayat tu sangat penting
Macam perempuan cantik, kalau ada value added pembersih dan pandai masak tu kira bonus, tapi  kalau pandai tajwid tu kira perfect la
Nampak tak, kita nak perfect, bukan setakat bonus
Nak hantar proposal juta-juta kena la prepare setahun...hahahaha
Kena ambik cuti sebulan travel pusing europe carik idea

*Padahal gaji 0.003% je dari sejuta tu, jenuh nak ganti kalau projek gagal

Sekarang ni semua nak kena kaitkan dengan perempuan cantik
Ada satu cerita dalam page troll KRT (sebab kawan share paksa suruh baca)
Perempuan tu bagitahu yang dia gemok sebenarnya
"Orang lain gemok kena kutuk tak cantik, aku gemok kena tuduh mengandung"
Padahal dia tak kahwin lagi

Memang kena cili la mulut puaka mana dok tuduh orang gemok mengandung
Sebagai salah seorang ahli persatuan gemok
Hurmmmmmm... cubit peha kanan, peha kiri yang bengkak tahu!!!!!

(Macam aku pergi beli baju kebarung ready made, dah ambik size L nak try... Sekali promoter tu sound, "Kak, try XL atau XXL, tak muat rasanya L"........ End up pakai L elok je, even kalau pakai M pun tak menggelebeh pun......eeeeeeeeeeeeeee macam nak ajak adik promoter tu pergi coffee-coffeee je)..... 


Ok, tarik nafas dayah!!!!!!!!

 

Zu, Muhsin tu watak khayalan 
Tak wujud, so, please jangan tanya i lagi yer lepas ni
Sampai la i update kat you nanti
Dan
Tolong jangan meroyan sekarang
Keep Calm and Keep Zikr....


Ok, berbalik kepada siti nordiana ni
Suara dia kenapa merdu berlemak sangat
Sedapnyaaaaa

Dulu, i tak minat pun penyanyi ni
Tapi, lepas gegar vaganza yang siti nordiana menang tu
I dah jadi die hard fan dia dah

Lagu dia waktu dalam gegar vaganza semua sedap-sedap lemak berkrim

Tah la, bila dengar suara dia, terbayang memori lama
Memori waktu pergi konferens kat Mie Perfecture
Gila lama punya memori
So, bila-bila i pasang je utube lagu sitinordiana kat opis tu
Pepaham jela 
Perempuan ni meroyan lagi ni

Masalahnya sekarang
Hampir hari-hari pasang utube ulang-ulang lagu yang sama
Sampai semua dalam opis cemuih dengar
hahahahahahahahahahaha

Padan muka depa
Pakai la earphone
Sebab earphone i tertinggal kat kampung
kihkihkih


I tengah cari solution sekarang ni
Cemana nak get rid semua memori pasal sitinordiana
Masalah krisis identiti sangat
Arghhhhhhh


I kena pergi balik la ke Jepun
Kena ni
Hantar balik saka ni ke sana



Wednesday, December 9, 2015

Tsukuba semakin dingin serta waktu pantas berlalu

Sebelum saya bermusafir lagi esok pagi ke Mie Perfecture, eloklah kiranya saya habiskan cerita hari minggu lepas.. 

Kamu tahu,
Hari-hari Indah dan Cindy berzikir ditelinga saya,

"Kak Nur, kami mahu pasta lagi, Kak Nur kami teringin pasta Kak Nur"

Budak bertuah berdua itu..

Mereka kata saya bertuah, sebabnya saya lebih happy sejak mereka datang sebab saya ada kawan..
Eh, please.. Sebelum kamu datang, saya sudah happy. Bila kamu datang saya terus transform jadi bibik kamu berdua..

Sampaikan mama Indah di Indonesia sudah kenalpasti saya sebagai penjaga budak berdua tu..

Kamu tahu,
Mulai minggu ini, mereka panggil saya

"IBU TIRI"
"Ibu tiri sudah makan?" "Ibu tiri mau pulang jam berapa?"

Sebabnya, saya kan garang... Saya sudah ingatkan berkali-kali, sebelum nak makan apa, fikir.. 
Tapi, mereka dah makan kenyang baru tanya saya, "Kak Nur, itu boleh makan tidak?, Kohara-san kata kami boleh makan"....

Terus kena jelingan maut dari saya..

Kemarin, mereka ada welcoming party, dan Yamazaki-san serta team bawa mereka makan di Hotel.. 
Dan, balik selepas lunch, saya tanya mereka makan apa..
Kata Indah "Saya dan Cindy sudah tahu, kalau Kak Nur ada, pasti semuanya tidak dibagi makan"

Sebabnya, mereka makan semua jenis desserts yang dihidangkan, kopi yang ada macam-macam bentuk muka binatang cute tu (tengah malam baru saya diberitahu) yang pastinya menggunakan susu atau krimmer..sighhh.. dan paling istimewa mereka tak makan langsung sashimi...

"Sudah, kamu baca doa makan kan sebelum makan tadi?"... terus angguk-angguk sambil sebal sebab saya jeling sebelum tu...

Hari Sabtu lepas, saya tolak pelawaan Catherine dan kawan-kawannya untuk ke Mount Tsukuba. Saya dah pergi 2 minggu lepas, dan kos ke sana agak tinggi, tak mungkin saya mahu repeat dalam masa terdekat..

Pagi-pagi, saya ajak Indah dan Cindy breakfast di rooftop. Janjinya jam 8.00pagi datang ke bilik saya.. Sudahnya, seperti biasa, sudah jam 9.00 pagi saya masih tercongok menunggu.. Hish nak kena.. 

Malangnya, sampai di rooftop, automatic door tu tak berfungsi.. 
Kamu tahu, makan di rooftop, boleh menikmati pemandnagan Mount fuji dan patung buddha terbesar di Ibaraki.. 

"Kamu berdua tak perlu ke Mount Fuji, sebabnya, Mount Fuji tu tak cantik tengok dekat-dekat. Kamu kena tengok dari jauh, baru rasa wah cantiknya.. kalau tengok dekat, hanya nampak batu hitam"

Jadinya, kami turun ke lobby dan menikmati breakfast nasi goreng dalam kesejukkan macam orang bodoh.. Hahaha.. Habis makan, menggigil ketiga-tiga.. Apala yang bodoh sangat kami ni.. 

tengah setup makanan.. "Kami makan beras miskin aja" kata Cindy bila lihat bekal saya. Makanya, berebutlah mereka makan bekal saya


Malaysia di Jepun melihat cerita Korea bersarikata Indonesia... terbaik sekali


Berselera seperti piranha


Saya terus ajak mereka masuk bilik gym. Bukan nak exercise, tapi masuk untuk on heater dan pasang muvie korea.. 

Lepas zohor, kami keluar untuk buat grocery shopping sambil nak cari baju tebal dan kasut untuk saya ke conference. Saya mana ada bawak proper attire, ada sport shoes sepasang, jeans dan t-shirt sahaja.. Lantakla.. 

Lagi sekali, seperti biasa, adegan tunggu menunggu yang tak pernah selesai..

Ke Lala garden dulu cuci mata dan cuci poket.. Tapi dalam perjalanan, pantang sekali nampak pokok cantik tapi tak dimanfaatkan..

Indah memang suka sangat ambik gambar


Nanti kat pokok sena dah takdak daun kaler merah


Momiji tree


Cindy yang kuat berangan.. ada ja idea dia


Ok, walaupun gemok, tetap nak ada gambar


Sebelum daun-daun ni luruh minggu depan, baik abadikan siap-siap


Meaning : Hidayah di Japan

Saya cuma beli seketul snickers sebab lapar.. Mereka? Hurm, ada aja yang dibeli. Sebabnya pagi itu ada carboot sale di parking lot Lala Garden.. Patung kimono guna kertas sampai 4 dibeli. Disebabkan saya boleh la sikit-sikit bernihongo, dapat la pujuk-pujuk auntie tu bagi discount..
Cindy la ni nak sangat main.. Sekali owner keluar offer snapkan gambar kami


kesian budak ni, nak main tapi xpandai


tengah aim nak patung mana


Sekali, pakcik santa ajak bergambar.. Tapi tengah bergambar dia dok sibuk pandang lain macamkan ramai benar kenal dia


Kesian Cindy.. Nak main tapi nak gratis.. Takda maknanya.. Baik aku beli makanan


Indah masih lagi boleh kontrol


Budak ni la yang kesian.. Nama pun budak.. baru 19 tahun, bagi can lah


Dah bagi can suruh main, suruh saya yang belanja.. No, no, saya rela belanja kamu makan dari bagi kamu main game

nasib baik ada carboot ni.. ada jugak benda nak alihkan tumpuan baby tua dua orang tu


Auntie ni lah yang saya berjaya pujuk.. Wah, kemain lagi nak bernihongo


Setelah berpujuk-pujuk dengan auntie, baru perasan orang lain dah bungkus dah barangan depa.. aku jugak tak dapat beli

Dah habis shopping, terpaksa saya guna kuasa veto untuk heret budak-budak ni keluar dari Lala Garden. Sebabnya kami perlu Ke Gyoumu Supaa untuk beli barangan keperluan/makanan..
Mereka ni kan makan macam piranha.. Minggu lepas depa dah beli beras 5kg.. Dah hampir habis.. Dan Kali ni mereka beli beras 10 kg pulak.. Gila lah. Sebulan habis 15kg.. Beza sangat perempuan gemok dan perempuan kurus makan...

Di Gyoumu, kami jumpa ramai student Indonesia. Seronok la depa berdua. Dah ada orang nak tegur. Lepas ni, aci kerat jari, setiap minggu depa pi berwindow shopping di Gyoumu.. Depa kata T langsung tak tegur setiap kali jumpa di NIMS. Saya pulak dah lama tak jumpa T, masing-masing tak bump into each other sejak bebudak ni ada.. 

Saya cakap dengan depa dua "Dia takut kamu mahu tackle dia agaknya, hehe"

Dah habis shopping, pulanglah kami dengan perut yang bergendang-gendut. Kalini saya beli ramen untuk bekalan di konferens nanti..

Sebelum rindu-rinduan tahun hadapan
 
Hey, pandang sini.. Gambar kamu aja yang banyak
 
Matahari yang didambakan.. hujung minggu yang indah.. terang tapi tetap dingin



Depa dah jauh ke depan, saya dok sibuk snap lagi

 Balik tu mereka pujuk saya untuk masak pasta lagi.. Tapi, saya janji akan masakkan esoknya.. 

Malam tu saya goreng leftover cucur udang,sedap jugak cucur udang+bilis yang diperap dalam peti, hehe...

Esoknya, hari ahad, selepas zohor as usual, kami keluar lagi. Kali ini seperti biasa jugak, mereka lambat..Dan saya dah bagi amaran..

"Kamu berdua kenapa asyik lambat??.. Kamu sudah berada di jepang, ikutlah budaya sini, be ontime.. Rugi kamu berada disini tapi tak cedok lifestyle mereka yang baik-baik.. Selepas ni, saya dah tak mahu keluar dengan kamu.. Ini kali kedua terakhir. Kali terakhir, saya ke Akihabara nanti dengan kamu, pastikan waktu itu kamu ontime"

Terus lepas tu dapat panggilan ibu tiri.. 

Paksa Cindy snap.. "Gambar kamu berdua banyak sekali dalam fon saya kemarin"


Jauh pun dia snap


Hoi, hang sengaja yer nak balas dendam cindy?


Nah ibu tiri.. dah beribu saya snap.. kata cindy sambil muka sebal


Yeay, winter winter.. aku dah kat malaysia nanti


Harapnya budak dua tu dapatlah bertahan dengan cuaca sejuk nanti


Indah, apa kaitan pic ni.??? kamu sabotaj saya ya??


Model dah sama besar dengan pokok


Bagi can la


Saya sampai dulu, masih hijau, kemudian merah, sekarang hampir botak dah pokok-pokok sini


Pi dok sana, saya tangkap gambar kamu.. ni upah yer


Tuan punya blog


hurray, nak balik dah..Malaysia, tunggu aku


Jalan yang akan dirindui.. Jalan dalam kalau mau ke Seiyu atau Tsukuba station


Aktiviti weekend budak-budak sini.. Sabtu ahad adalah masa untuk training Baseball



Harini, saya berjaya membeli sehelai baju panas dan kasut. Yeay..

Dan, Indah telah tercicir henfonnya. Hai, jenuh mereka patah balik ke kedai baju sewaktu saya pilih kasut, sebabnya dia hanya perasan henfonnya tiada sewaktu saya tengah pilih kasut.

Kesian Indah.. Malamnya saya masakkan pasta paling sedap.. Habis licin macam biasa, sedangkan kali ini pasta yang saya hampir 2 kali ganda portion sebelum ini..

Isnin,

Saya paksa Indah ambil gambar saya sedang culturekan cell..

"Indah, saya takda gambar sedang bekerja, tolong ya... tolonglah ibu tiri kamu ni.."

Ni tengah sub culture


"Kamu snap tak Indah, sonyap ja"


"Tangkap la ibu tiri, beribu dah ni.."


Tengah prepare untuk viability test.. Kaizuna pula tengah cek cell dia.. Dia ni pendiam.. Tapi, saya suka tengok dia buat kerja. Payah kot nak jumpa lelaki yang buat kerja-kerja cell. Kat opis, dimeja dia ada 3 komputer. Dia permanent staff..


Lepas habis kerja di lab, saya pulang ke ofis.. 

Terus membaca newsfeed berkenaan pemergian Tunku Laksamana Johor, dan seperti biasa, Hidayah yang semakin cengeng..

Dan saat tu la jugak si Shan nak bercakap dengan aku.. ish..

"Hidayah, u tak boleh ka extend lagi at least tiga bulan disini.. Kita habiskan projek ni sama-sama?"

"No Shan, kampeni saya cuma sponsor for at least 3 bulan.." entah la, betul ka tak.. 

Kalau nak duduk lama, baik saya siapkan phd terus. Mungkin akan dipertimbangkan nanti, tapi xnak dah kat sini.. Biarlah saya tinggal bumi Tsukuba dengan kenangan terindah..

Malam tu kat kelas pun teacher berulang kali bagitau saya sudah mahu pulang ke Malaysia.. Minggu depan, adalah minggu terakhir kelas kami.. 

Selasa.. 

Saya tanya Shan macam mana nak cari barang hilang. Tapi saya cakap kawan saya di Ninomiya hilang fon. Budak berdua tu taknak identiti depa didedahkan.. Dan, Shan suruh ke balai polis dan mungkin ada beberapa procedure dan dia mintak saya tanya samada pada Hoshi-san atau kohara-san.. So, saya pun dok pikiaq baiklah tanya pada Magae-san sebab englishnya lebih superb.

Magae-san tu bukan single ok, walaupun kelihatan macam single-mingle. Anak sorang, baru 9 bulan. Dan husbandnya kerja di Osaka sebagai Engineer IT, dan cuma balik ke sini last summer.. Aduh, kalah orang Malaysia..

Lepas budak-budak tu bali dari lunch depa bersama group Yamazaki-san..

Saya: "Indah saya sudah tanya Shan bagaimana mahu cari fon kamu"

Indah: "Kak Nur, kami sudah ketemu. alhamdulillah..semalam kami telefon Kak Nur banyak kali mahu bagitahu, tapi tak diangkat"

Saya: "Lah, yaka, Alhamdulillah. Saya kan ada kelas Japanese semalam. Kamu jumpa di mana"

Indah: "Di kedai tempat Kak Nur beli sepatu. Saya ajak Cindy ke situ semula. Dan mereka memang tengah menunggu saya. Mereka lihat foto saya di picture.."

Saya: "Kan saya dah bagitahu. Di sini fon kamu takkan hilang. Mereka takkan curi telefon kamu.. Kamu bagi tak nombor telefon kamu kepada cowok-cowok itu semua, haha"

Selepas tu, kami bercerita sekiranya perkara yang sama terjadi di negara sendiri..

Saya: "Indah, kalau di Malaysia, dalam mulut pun mereka boleh korek untuk curi tau..."

Indah: "Sama aja kak di Indonesia juga"

Saya: "Sedangkan kita negara islam kan...'

Indah: "Kan saya bilang, rektor Universiti Simbawa cakap beliau belajar mengenai Islam di Jepang"

Dan, semalam saya lepak dan tidur di bilik mereka.. Bukan tidur. tertidur.. Bangun subuh dengan keadaan menggigil. Cek suhu, sudah 0 degree.. Patutlah menggigil..


P/S: Eju, selamat berangkat ke tanah suci esok. Aku pun nak berangkat jugak esok dengan Shan, sebab professor pi harini. Doakan yang terbaik untuk kami semua. Aku menanti cerita-cerita dan khabar istimewa dari tanah suci...