Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, April 14, 2020

Happy 34 birthday and my Cambodia trip 2019

15 September 2019

A happy birthday to me. I officially turned 34th in Vietnam. Nice wooi 

Pagi ni kami akan naiki bas Mekong Express ke Siem Reap, tapi bus akan transit di Phnom Penh dan kami kena tukar bus. Seawal 6.45am kami dah tercegat depan kedai tiket dan tepat 7.30am, bas membawa kami meninggalkan HCM. Since kami keluar awal sangat, kami tak sempat breakie di hotel, walaupun aku ambil sekali pakej breakfast kat hotel ni. Jadi, bagi mengambil hati  kami, hotel tu tapaukan pisang dan roti sebagai bekalan, best kan. Terasa disayangi di pagi birthday ku ini. haha.

Sebenarnya, aku pilih untuk naik bas sebab aku nak nikmati pemandangan sepanjang perjalanan.
Nandia.
Tipu belaka.
Start bas gerak, aku sarung je aku punya eyemask tu.. terus lamunanku terhenti. Ke langit ke-7 terus aku pergi. kahkah. Serious weh, aku macam minum ubat tidoq tu. Mata aku tak boleh buka. Ada la sekejap aku terjaga, ambik gambar sekeping dua, pastu sambung lena. 

Kami sampai Phnom Penh dalam pukul 1pm tak silap aku. Pukul 2.30pm, new bas akan bawak kami ke Siem Reap. So, masa kami sampai stesen Mekong Express Phnom Penh, sempat lah aku bancuh milo dan makan megi sebagai raikan birthday aku. Wuduk pun ambik siap2, nanti solat dalam bas je. Aku pulak, biasalah, kebongokkan selalu terserlah, aku terlupa nak maklumkan kepada driver kami di Siem Reap yang kami bakal sampai lambat. Tentatively, kami akan sampai around 5pm kot. 
Tapi due to jalan punya condition and buffer time, rupanya kami sampai pukul 9pm. Ya Allah, nasib la dia memang tunggu je kami kat stesen tu. Masa aku on data bila dah sampai homestay, baru perasan mesej dia masuk nak konfemkan betol ke kami jadi sampai. Aku tak boleh bayangkan kalau dia tak tunggu kami masa kami sampai Siem Reap tu, dengan keadaan aku baru bangun tidor, tercengang-cengang, lapar, masalah bahasa, omg. Dah ler Cambodia pakai dollar. Mati ler kalau kena tipu kan. Memang kena pikir paling worst, sebab semua benda aku je yang handle, jadi, tanggungjawab tu atas kepala aku.

And driver kami tu bawak kami pergi makan dulu, bagi kenyang dulu, pastu baru dia hantar kami ke tempat penginapan. Alhamdulillah. Esok punya tentatif, esok je ler discuss. Otak tak boleh function dah malam ni..hihihhi.. 
Ater, letih seghoper tak rest seharian, padahei sepanjang jalan aku membute jer kejenye.. Entah ler komer.






Bas dari HCM ke Phnom Penh ni selesa yakmat, dapat air and biskut, ada steward and stewardess. Pastu dapat internet connection. Cemana ler aku tak belayar jauh.

Border crossing checked













Stesen di Phnom Penh


Dari Phnom Penh ke Siem Reap naik bas buruk giler, dah la seat keras. Cis, kena tipu jugak rupanya.
Tapi, lena tetap lena. Apadehal
16 September 2019

Jam 8am kami akan dijemput oleh driver kami. Kalau sesapa nak contact dia, nanti aku bagi kat bawah k. Bagus sangat, jujur, pemurah, tak berkira, dan tak banyak cakap. Bagus, aku tak berapa berkenan driver yang cakap tak berenti. Aku nak nikmati percutian, bukan nak dengar ko membebel. Driver kami ni dia cerita jugak sejarah tempat tu, tapi cerita secukupnya untuk pengetahuan kami saja, selebihnya kami rasai sendiri.

So, pagi ni pergi makan dulu. Nyum-nyum.



























Pagi ni kami ke tempat pemprosesan sutera. Biasa lah kan. Pastu kena la derma sikit. Aku tak berapa berminat sangat sebab benda macam ni bukan rare bagi aku.



 

 
Gambar kenangan cik Ela dengan driver kami. ehem-ehem
Pastu cik Eju nak tengok laut. Mana ada laut kat sini. So, demi Eju dia bawak kami ke kawasan sungai. Jadi ler lepaskan kempunan Eju yang tah apa-apa tu.















Pastu pergi melawat watt. Ok je. Masa ni lighting memang on point. Panaih lit-lit.









Singgah taman jap tengok kelawar and nak bergambar. Al-maklumlah, kami ni geng tak berapa berduit, kalau nak pergi tempat common tourist pergi, kena bayar entrance fee. Entrance fee pulak dalam usd, hurm, so, kami pilih melawat tempat yang percuma je la. Sementara nak kill the time untuk makan lunch, balik rest kejap dan selepas asar nak pergi beli tiket untuk masuk ke Angkor Watt esok pagi nya. 










Selain sight-seeing, antara acara lain untuk kill the time adalah shopping. Ada satu kedai muslim dalam ni, so, driver kami mintak kami support kedai tu. Oh, bab shopping, kami memang supporter kuat, no hal. 





Petang tu, lepas dah beli tiket dengan harga seorang USD37, kami pusing jap night market Siem Reap, dinner and mintak driver tuk-tuk hantar balik homestay. Esoknya seawal 5am dia akan jemput kami ke Angkor Wat.

17 September 2019

Morning from Angkor Wat.

Rasanya pagi di Siem Reap bermula seawal 4.30am. Semasa kami melalui park rekreasi untuk ke Angkor Wat, telah ramai orang beriadah. Pagi mereka bermula awal betol, sebelum subuh udah eksesais.



Setiap ticket yang kita purchase akan ada gambar kita. Jadi, takda siapa boleh belikan untuk orang lain. Dan dia macam passport kita ler. Anything jadi, akan responsibility sendiri.
























































Ada banyak wat kat dalam kawasan itu, Angkor yang paling utama dan terkenal. Setiap wat ada negara angkat tersendiri, samada US, India, Korea, etc. Dan kerja-kerja penyelenggaraan setiap angkor tu masih gigih dilakukan. Semasa kami disitu, kelihatan para engineer dari luar negara sedang gigih merangka dan memberi arahan. 

Kami cuma sempat melawat 3 wat, termasuk wat yang digunakan dalam penggambaran Tomb Raider. 
Kami surrender by 12pm. lapar, letih, panas, semua bercampur. Tak lalu dah nak masuk wat lain, sama je dah di mata kami. 

Driver kami pun tak rekemen kami teruskan. Dia mintak kami rest. So, kitorang pergi lunch. Tapi, since ada madrasah dekat area kedai makan tu, kitorang singgah solat siap-siap. Dan tengah kami solat, hujan rahmat turun dengan lebatnya. No wonder la panas lit-lit. Kami lunch dalam hujan, cukup rasa betol kami makan. 
Dekat Siem reap, ada kawasan perkampungan muslim. Dan kat situ lah kami makan, emangnya, situ je kedai makan muslim yang selamat untuk tourist macam kita makan, tanpa perlu risau harga. Sebab, harga sangat affordable. Kitorang pernah je masuk kedai yang nampak cantik sikit, dah pegang menu, pikir-pikir, kami keluar ajak driver pergi kedai yang biasa kami makan. Wang enggak cukup deh. Terpaksa buat muka tebal bagitau driver nak makan kedai hat biasa makan, padahal awal-awal tu kami yang request nak try kedai baru. Dasar kan.

Lepas lunch, kami balik bilik, rest, tidor jap dan petang selepas asar kami ke ladang bunga matahari. Saja cuci mata.








Sebenarnya bunga matahari takde. hahaha. Baru habis musim.

So, kami pun continue shopping. Habiskan duit dolar yang ada. Esok pagi jam 8am, kami dah nak kena naik bas ke Bangkok pulak. Lupa nak bagitau, pagi semalam lepas je makan pagi, kami terus pergi beli tiket bus ke Bangkok. Kali ni kami ikut suggestion driver. Nak tau ok ke tak, esok kita checkidout k. 

Final shopping. Malam ni jugak kami last dinner. Dan kami bagi siap-siap souvenir untuk driver tuk-tuk kami sebab esok pagi kami akan dijemput oleh syarikat bas. Taknak la susahkan dia walaupun dia willing je nak tolong belikan breakfast untuk kami. 
Sebagai token, kami bagi semua makanan kami, duit nak bagi pun tak banyak dah, balance sorang 1 dolar je takut kena paw dekat imigresen esoknya. Sebabnya bila dah nak ke Bangkok ni, hati manyak senang. Rasa macam balik negara sendiri. Tak sabar nak shopping dekat 7e diorang.








Night life di Siem Reap sangat luar biasa, fantastic bebeh.

I left Cambodia happily, mabe this is my first and last trip to Cambodia. But it is a nice country.

Untuk sesiapa nak contact driver tuk-tuk kami, namanya Haty, a muslim.
No whatsapp: +85598801787
Sangat recommended k.