Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, April 7, 2020

I am back

Thanks Allah, laptop kembali boleh berfungsi selepas hampir setengah tahun direhatkan. 

Blog ni dah lama tak update sebab laptop rosak, bukanlah rosak teruk, cuma bila typing dia jadi lembab. So, laptop ni ditinggalkan dikampung. Di opis cuma guna pc sahaja, dan bila keadaan memerlukan aku guna laptop, terpaksa la aku pinjam laptop projek kawan sekerja. Dan alhamdulillah depa memahami, aku insan miskin, dapat ler bawak balik laptop pinjam tu... hihi

Terpikir jugak nak beli laptop baru, tapi, if only aku sambung study. Setakat kerja biasa ni, biarlah aku jadi insan dhaif buat kerja menggunakan resources yang ada. Kihkihkih. Best jugak boleh bagi alasan tak boleh nak committ buat labwork sebab takda laptop nak access to the system. Teammate lain ada untuk takeover semua tu (read:zuhana)... oo yeah

Ok, just nak recap semula apa yang berlaku yang aku tak sempat update.

1. Cerita Turki cuma masa awal2 je pastu dah senyap. Aku pn dah lupa itinerary kami. Nanti kalau roh rajin mai, aku upload gambar sebagai kenang-kenangan.

2. Trip besday aku ke Vietnam, Cambodia n Thailand pun dapat part intro je. Tu pun tunggu roh rajin  mai. Aku dok rasa dia nak mai dah ni. Kena la mai, otak aku berkarat dah duduk kampung makan tidoq makan tidoq ja ni.

3. Aku akan ada post khas untuk aku nak meroyan pasal hal kerja. hahaha.. Aku tau boss aku tak baca blog ni. Kalau dia baca lagi bagus, boleh dia paham kesengsaraan jiwa staff dia hat dok asyik tak puas hati ja ni. hahahahaha

4, Covid-19. Still miserable and totally misterious to most of us. Ada satu jalan untuk kita membantu negara dalam situasi kesihatan negara yang sangat meruncing saat ini: #stayathome. The most powerful action setiap dari kita boleh lakukan.

Untuk rekod, harini adalah hari ke 21 semua yang berada di Malaysia melakukan Movement Control Order. Kita Mesti Menang.


No comments: