Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, April 12, 2020

Stay At Home, at war against COVID-19

CORONAVIRUS from bat.

Inilah senario yang pertama yang menelanjangkan kehadiran virus ini pada penghujung tahun lepas. Seperti semua maklum, dunia memandang virus ini sebagai masalah attitude rakyat china yang sukakan makanan eksotik. Semua menuding jari, menyalahkan ketagihan mereka terhadap makanan rare, menempelak rakyat china sebagai pengotor (yes! they are), menurunkan hukum bahawa ini balasan tuhan atas sikap pentingkan diri dan penindasan ke atas muslim di china. 

Namun hari ini, dunia tunjukkan kepada kita, virus ini menyerang satu dunia akibat kecuaian kita, bukan setakat china. (Aku tak racist ok, aku tulis china instead of cina). 

Satu dunia berkabung. 

Termasuklah aku. Aku sedang berlawan dengan virus ni. Akulah superhero kepada diri sendiri. Sedang melawan nafsu nak makan mekdi dan kepsi (kat rumah aku takda delivery), sedang melawan nafsu nak keluar lepak minum kopi santai-santai dengan kawan-kawan, sedang memujuk hati setelah aku cancel semua booking penginapan aku untuk travel bulan 7&8 nanti, sedang sabarkan diri kerana tiket pergi-balik ke Jepun akan terpaksa burn, huhuhu
Semuanya demi menyahut seruan perdana menteri untuk stay at home. 

Bak kata perdana menteri, setiap nyawa tak kira peringkat umur, bukan setakat berharag untuk keluarga dan kawan-kawan, tetapi sangat berharga untuk negara. Sekarang adalah masa untuk berjuang demi nyawa. 

Kalau doktor dan jururawat tugasnya di hospital merawat dan menjaga pesakit covid, tugas aku pula di rumah. Duduk diam-diam dan masak makanan sedap-sedap. hihi

Di saat fronliners bertarung dalam panas dan hujan, aku bertarung dengan perasaan. Tau je la duduk rumah, sentiasa ada ja perasaan malas mandi. Kahkahkah.

Tapi walaupun aku duduk rumah, aku tetap bekerja. Kerja aku adalah reply wasap. Itu tugas ok!


Sempena hari ke-26, aku harap semua orang stay at home. 
Jangan bergaduh pasal menu masakan dengan mak masing-masing k. 
Makan nasi berpada-pada, especially pada yang malas eksesais macam aku ni.
Sentiasa lihat mesej dari MKN (majlis keselamatan negara), mana la tau ada info terbaru...
Dan sentiasa jaga kebersihan dan kewangian diri. Walaupun duduk rumah, jangan masam-masam rambut tak syampoo k.
K tu je..

Nak sambung tengok korean drama pulak. 


No comments: