Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, April 9, 2020

Wawasan 2020

Boleh pulak aku tak perasan yang aku belum ada intro untuk tahun 2020. Punya dok rasa aku masih muda, padahal dalam semua surat menyurat dah kena tambah setahun.

To be frank, masa hari terakhir Disember 2019 tu, aku seram sejuk membayangkan how it will be bila tarikh masuk 2020. Berdebarnya, rasa dip-dup-dip-dup, adoilah.. Kita dari kecik dok tunggu tahun 2020 kan!

Lepas tu bila masuk new year, dapat berita pulak menteri pendidikan letak jawatan, facepalm sungguh la. Masa tu aku rasa macam, eh, apahal nak letak jawatan, buat je la kerja tu sampai kena buang.. Dah Atok kena take over jawatan tu. FYI, Atok tu Perdana Menteri pada ketika itu lah. Bagi je la credit kat atok, dia nak sangat kan.
Kita paham sangat dengan dasar pendidikan kita, cantik, semua bersemangat tapi campur tangan politik menjadikan pendidikan kita mewangi taik di mata awam.

Lepas tu, masa bulan Feb, disaat aku tengah keciwa tak boleh bercuti ke Phuket disebabkan COVID-19 dah start outbreak, mak nenek, tetiba politik malaysia bertukar. Wow sangat. Giler. Kalau nak paham susunan politik macam mana kerajaan ni boleh bertukar, kena banyak tengok blog dan baca pandangan politik dari expert. Aku tak pandai nak ulas sebab aku ni baca jurnal pon merangkak lagi.

Dan sekarang, kerajaan Malaysia diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin. Tan Sri ni orang lama dalam politik Malaysia, berada di belakang beberapa perdana menteri Malaysia dan aku sangat yakin beliau ada pengalaman yang sangat cukup untuk memaju Malaysia ke arah yang lebih baik. Ada satu lagi info yang Malaysian kena ambik tahu, iaitu dia adalah seorang cancer fighter (ada orang kata dia cancer survivor tapi tak silap aku dia masih lagi seorang fighter, its not easy to be declared as survivor).


Kerajaan baru malaysia diwakili oleh Pakatan Nasional. Gabungan UMNO, BERSATU dan PAS. Kerajaan baru ini lebih nampak dinamik dan teknikal. Cuma, mereka memulakan tugas dengan tanpa gaji selama 2bulan, sebab dimaklumkan semua menteri tidak akan menerima gaji selama 2 bulan dan akan disumbangkan dalam tabung prihatin covid. Terima kasih diucapkan. Rakyat Malaysia sangat menyanjungi budi baik yang ditunjukkan. I.allah tindakan ini akan menjadi rujukan kerajaan yang akan datang.


Masa awal tahun 2020, kerajaan lama asyik kena troll. Sebab PM ke-7 dan PM ke-4 adalah individu yang sama. Masa saya lahir, adalah zaman PM ke-4 sehingga lah saya masuk universiti. Barulah PM bertukar. Zaman sekolah dulu, kami telah dimomokkan bahawa pada tahun 2020 nanti, dengan kemajuan teknologi yang bakal sangat dahsyat, kita akan memiliki kereta terbang. Wow kan. Kami siap ada lagu wawasan 2020, sangat meremang bulu roma apabila teringat balik semangat kami masa menyanyikan lagu tersebut.


Fast forward, kita satu dunia melalui fasa awal 2020 dengan sesuatu yang tak terjangkau. The unpresedented situation (in term of virus) in history, where whole world lockdown. 

Cuma sejak 2017, aku dah exposed dengan virus, pathogen and the medical diagnotic term. So, bila benda ni start, kita dah boleh nampak where it will go. It is uneasy, especially nak educate orang yang tak paham macam mana complicated n contagious this virus can be. Aku ingat lagi, setiap kali kami spike the blood with dengue virus (dalam setiap eksperimen kami di USM Kelantan), aku pasti tak tenang sampailah balik dan mandi. Aku risau, adakah virus tu tertransmit sekali masa kami run the eksperimen. Kot2 la ada terpercik. Macam mana kalau dapat demam denggi, takut woo. I never shout to anybody tapi for few days memang dok terpikir. 
So, melihatkan betapa sesetengah orang ambil lewa adalah sangat menyesakkan fikiran. 

Ada je kengkawan aku travel obesi dengan alasan kat negara tu takda pun yang kena covid19. Yes, macam mana kita baca cerita orang share kat social media pasal betapa ignorance nya Malaysian to justify tindakan mereka pi bercuti ke luar negara walaupun wabak tengah melanda, aku juga hadapi benda yang sama. My opismet lagi. And she came back working like nothing happened. Our management team pulak takda satu kesedaran macam mana bahaya nya tindakan membenarkan staff ke luar negara walaupun negara tersebut masih belum ada kes boleh menyebabkan masalah kepada staff lain. Its so sick. Selfish, kalaulah aku boleh share lebih detail kenapa aku kata dia selfish, arghhh.
Alhamdulillah, kami semua takda alami simptom. Aku bukan pikirkan aku sorang, opismet kami yang lain ada anak2. Kesian doh.


Ok la... Aku rasa kalau aku teruskan ni banyak pulak cerita yang aku tershare nanti. 

Sampai sini saja.

Aku nak cerita pasal gomen baru, tapi, dalam masa yang sama aku dok geram pasal covid 19.

By the way, kami dah successful hasilkan protocol for virus detection using colorimetric method. If kami diberi kesempatan, might be, kami boleh work something to help the gomen. Dalam keadaan sekarang, rasa useless bila tak meyumbang kan. Takpe la, kita duduk rumah bela badan je la.. kihkihkih




Kepada kerajaan Malaysia yang tidak pernah diundi oleh seorang Malaysian pun, I want you to know, I am glad you became our government. Thank You for being our superhero. This might be the best moment to show how great you guys are. A special goverment at special time for special purpose. 


Oh, aku mungkin kedengaran bias, tapi, aku memang mengaku aku bias.. hahahahhaha.. sukati lah..Walaupun ada beberapa menteri dan stake holder yang aku tak berkenan, tapi what to do. Dalam setandan pisang mesti ada jugak sebiji dua yang busuk.


Tahun 2020 akan menjadi sejarah yang takkan dilupakan. 
2020 mengajar kita menjadi seorang manusia. 2020 is all about humanity and emphaty.
2020 mengajar kita pentingnya hidup bertuhan.
2020 mengajar kita at the end of the day, kita adalah berseorangan. 
2020 mengajar kita, harta, duit, teknologi, tak dapat membantu kita selamanya.
Kita baru di trimester pertama 2020, more to come....

No comments: