Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, May 21, 2019

To Turkey ler pulok kite... travelling day

Kami semua dah sepakat akan berkumpul di sirim shah alam dan naik bus beramai-ramai ke KLIA. Pukul 4.30am, zu dah hantar saya ke sirim. Memandangkan awal sangat, kami ke mekdi roundbout seksyen 2 tu, malangnya McCafe takda lagi, mungkin sebab terlalu awal sangat. So, lepas zu dropped saya dekat bas, dalam pukul 4.45am, bas bergerak dan selamat sampai airport sebelum masuk waktu subuh.

Saya dijadualkan akan sebilik dengan Kak Siti Musalmah. Sebenarnya tak pernah kenal pun kakak ni, pernah dengar nama je. Lagipun kakak ni adalah staff di Sirim Rasa. Dari Sirim Kulim yang join trip ni cuma saya dan En Mansor (bersama isteri). Nasib lah saya kenal isteri En Mansor tu, Kak Nor, since kami pernah join aktiviti kemasyarakatan bersama sebelum ni.

lepas solat subuh, kami check in dan masuk ke balai pelepasan. Saya mintak kak siti temankan saya minum kopi di oldtown white coffee. Entah lah, tekak ni tak serasi dengan starbuck, saya rasa kopi starbuck untuk orang yang pentingkan lifestyle, bukan untuk coffee addicted person. kopi starbuck rasa dia seperti hampas, tak paham kenapa orang sanggup bayar untuk something yang tak worth it.


Kak siti tak minum, dia bukan cafeinated person. Tapi dia bawak bekal karipap.. Sedap sangat

Dalam flight dari KLIA ke Qatar.. Akan transit sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. Kak siti tak duduk sebelah saya masa ni...




Dah sampai Istanbul, terus agen bawak pergi makan malam

Bersama geng dari kulim.. hehe

Masa awal-awal tengok nasi tu, terus terdetik dalam hati, 'awat sikit sangat, aku dah la tengah lapar ni, mana cukup'... Tapi bila dah makan, kenyang sangat, patut lah depa letak nasi sesenduk je, nasi ni kenyang macam makan nasi dagang, .. Tambahan pulak, beras depa mahal

Dekat area restoran.. cantik sangat

Kami makan kat area sini lah
Lepas setel dinner, kami naik bas dan bergerak ke hotel.. 

Lepas solat, kami terus tertidor keletihan..

Lagipun esok pagi wakeup call kami adalah jam 4.30am.

Goodnight semua...

Monday, May 20, 2019

Ramadhan 2019

Assalamualaikum,

Hola!

Ya Allah, harini dah ramadhan ke-15. Cepatnya masa berlalu.. 
Tinggal lagi 2 minggu je nak berlalu dah ramadhan dan syawal akan menjelma...

Rasa sayu je kan

Sehari sebelum ramadhan, ada jiran kat kampung meninggal, 
Hari ke-5 ramadhan, sepupu bapa pula meninggal, sedihnya..
Masa kami dapat berita dia meninggal, tengahari jumaat, orang dah hampir nak azan untuk solat jumaat,
Kami semua speechless, mak saya terdiam dan terduduk,
Kami semua tak jangka, sebab dia sihat, takda penyakit apa, tak pernah mengadu sakit, 
Cuma pagi bangun sahur tu dia rasa sesak nafas, hantar ke hospital untuk check-up terus kena tahan dekat red zone, and after few hours, dia menghembuskan nafas yang terakhir...

Ini juga ramadhan pertama tanpa bapa,
Sedih, sedih sangat sangat sangat
Sayu sangat masa berbuka first day
I sat at his favorite spot, and rasa terlekat seketul batu dekat kerengkong,
Tapi, hidup perlu diteruskan,
Makan tetap berselera, hehehe

Dalam bersedih, kita kena realistik,
Saya kalau boleh taknak terlalu terbawa-bawa dengan emosi,
Saya selalu cakap kat diri sendiri,
Semua akan mati, masa dan cara je berbeza
So, jangan ikut hati

By the way,
Tahun ni persiapan raya dah hampir siap,
Awal giler kan,
Hehe
Beli dekat giant je sudah,
Sepasang baju kurung baru RM50, boleh pakai hari-hari pergi kerja, tak jangok sangat,


Haritu kan,
Seminggu sebelum puasa, kitorang buat kenduri doa selamat,
Ada makcik tu tenung je saya,
Pastu dia tanya dekat kakak saya

makcik: "tu hidayah ka?"
kakak: "haaa'a, ni hidayah la ni"
makcik: " Ya Allah, awat gemok, sampai tak kenai.. dulu dok tengok kuruih ja"

😈

Ok, tu kes 1 tau..

Then, ada sorang makcik lain datang nak salam sebab dia dah nak balik,

Tiba-tiba dia macam peramah sangat sembang dengan saya, pelik lah jugak kan, dalam hati pikir, "makcik ni ada anak lelaki bujang ke?"  hihihi

makcik: "hidayah dok mana sekarang"
Aku: "keja kat kulim"
makcik: "hidayah sekali dengan anak makcik kan, (dia ada sebut nama mamat mana tah, tak kenal), dia sekarang keja dekat_____..."
Aku: "oh ya ka"
makcik: "Hidayah umuq 27 lah kan, sebab sekali dengan (insert nama anak lelaki dia)?"
Aku: "Hah!!, tak sekali kot.. saya dah 30 lebih dah"
makcik: "lah yaka,, ni tak sekali la dengan (insert nama anak dia lagi sekali).. "

Sebenarnya nak ja mengaku umur 27tahun... hahaha...

Sekarang ni, apa motip hang pi buka cerita pasal kes-kes kat atas ni?
Nak bagitau hang pernah kurus?
Nak bagitau hang nampak muda seperti 27 tahun?
atau nak bagitau hang sebenarnya drive viva?

Eh..

lantok lah

p/s: selamat berpuasa
p/s: Post turki nanti ler bila mood rajin mai kita up lah 4, 5 entry sekali post