Kami semua dah sepakat akan berkumpul di sirim shah alam dan naik bus beramai-ramai ke KLIA. Pukul 4.30am, zu dah hantar saya ke sirim. Memandangkan awal sangat, kami ke mekdi roundbout seksyen 2 tu, malangnya McCafe takda lagi, mungkin sebab terlalu awal sangat. So, lepas zu dropped saya dekat bas, dalam pukul 4.45am, bas bergerak dan selamat sampai airport sebelum masuk waktu subuh.
Saya dijadualkan akan sebilik dengan Kak Siti Musalmah. Sebenarnya tak pernah kenal pun kakak ni, pernah dengar nama je. Lagipun kakak ni adalah staff di Sirim Rasa. Dari Sirim Kulim yang join trip ni cuma saya dan En Mansor (bersama isteri). Nasib lah saya kenal isteri En Mansor tu, Kak Nor, since kami pernah join aktiviti kemasyarakatan bersama sebelum ni.
lepas solat subuh, kami check in dan masuk ke balai pelepasan. Saya mintak kak siti temankan saya minum kopi di oldtown white coffee. Entah lah, tekak ni tak serasi dengan starbuck, saya rasa kopi starbuck untuk orang yang pentingkan lifestyle, bukan untuk coffee addicted person. kopi starbuck rasa dia seperti hampas, tak paham kenapa orang sanggup bayar untuk something yang tak worth it.
Kak siti tak minum, dia bukan cafeinated person. Tapi dia bawak bekal karipap.. Sedap sangat |
Dalam flight dari KLIA ke Qatar.. Akan transit sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul. Kak siti tak duduk sebelah saya masa ni... |
Dah sampai Istanbul, terus agen bawak pergi makan malam |
Bersama geng dari kulim.. hehe |
Dekat area restoran.. cantik sangat |
Kami makan kat area sini lah |
Lepas solat, kami terus tertidor keletihan..
Lagipun esok pagi wakeup call kami adalah jam 4.30am.
Goodnight semua...
No comments:
Post a Comment