Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, May 20, 2019

Ramadhan 2019

Assalamualaikum,

Hola!

Ya Allah, harini dah ramadhan ke-15. Cepatnya masa berlalu.. 
Tinggal lagi 2 minggu je nak berlalu dah ramadhan dan syawal akan menjelma...

Rasa sayu je kan

Sehari sebelum ramadhan, ada jiran kat kampung meninggal, 
Hari ke-5 ramadhan, sepupu bapa pula meninggal, sedihnya..
Masa kami dapat berita dia meninggal, tengahari jumaat, orang dah hampir nak azan untuk solat jumaat,
Kami semua speechless, mak saya terdiam dan terduduk,
Kami semua tak jangka, sebab dia sihat, takda penyakit apa, tak pernah mengadu sakit, 
Cuma pagi bangun sahur tu dia rasa sesak nafas, hantar ke hospital untuk check-up terus kena tahan dekat red zone, and after few hours, dia menghembuskan nafas yang terakhir...

Ini juga ramadhan pertama tanpa bapa,
Sedih, sedih sangat sangat sangat
Sayu sangat masa berbuka first day
I sat at his favorite spot, and rasa terlekat seketul batu dekat kerengkong,
Tapi, hidup perlu diteruskan,
Makan tetap berselera, hehehe

Dalam bersedih, kita kena realistik,
Saya kalau boleh taknak terlalu terbawa-bawa dengan emosi,
Saya selalu cakap kat diri sendiri,
Semua akan mati, masa dan cara je berbeza
So, jangan ikut hati

By the way,
Tahun ni persiapan raya dah hampir siap,
Awal giler kan,
Hehe
Beli dekat giant je sudah,
Sepasang baju kurung baru RM50, boleh pakai hari-hari pergi kerja, tak jangok sangat,


Haritu kan,
Seminggu sebelum puasa, kitorang buat kenduri doa selamat,
Ada makcik tu tenung je saya,
Pastu dia tanya dekat kakak saya

makcik: "tu hidayah ka?"
kakak: "haaa'a, ni hidayah la ni"
makcik: " Ya Allah, awat gemok, sampai tak kenai.. dulu dok tengok kuruih ja"

😈

Ok, tu kes 1 tau..

Then, ada sorang makcik lain datang nak salam sebab dia dah nak balik,

Tiba-tiba dia macam peramah sangat sembang dengan saya, pelik lah jugak kan, dalam hati pikir, "makcik ni ada anak lelaki bujang ke?"  hihihi

makcik: "hidayah dok mana sekarang"
Aku: "keja kat kulim"
makcik: "hidayah sekali dengan anak makcik kan, (dia ada sebut nama mamat mana tah, tak kenal), dia sekarang keja dekat_____..."
Aku: "oh ya ka"
makcik: "Hidayah umuq 27 lah kan, sebab sekali dengan (insert nama anak lelaki dia)?"
Aku: "Hah!!, tak sekali kot.. saya dah 30 lebih dah"
makcik: "lah yaka,, ni tak sekali la dengan (insert nama anak dia lagi sekali).. "

Sebenarnya nak ja mengaku umur 27tahun... hahaha...

Sekarang ni, apa motip hang pi buka cerita pasal kes-kes kat atas ni?
Nak bagitau hang pernah kurus?
Nak bagitau hang nampak muda seperti 27 tahun?
atau nak bagitau hang sebenarnya drive viva?

Eh..

lantok lah

p/s: selamat berpuasa
p/s: Post turki nanti ler bila mood rajin mai kita up lah 4, 5 entry sekali post


No comments: