Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger
Showing posts with label Roadtrip semenanjung Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Roadtrip semenanjung Malaysia. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

Roadtrip semenanjung Malaysia -Finale

Hari last ni, saya berazam nak ambik half-day cuti.. Sebabnya saya belum mohon lagi cuti pada hari last tu.. Yela, kalau ikut tentative awal, kami sepatutnya last day roadtrip kelmarin lagi.. Hari ni saya dah boleh masuk kerja macam biasa.. Terbabas rupanya rancangan kami.. kihkih

Kami check-out hotel dalam pukul 8.00 pagi dan bertolak ke destinasi seterusnya sambil mencari tempat makan best untuk breakfast.. Kami memerlukan heavy breakfast sepanjang roadtrip ni.

Hampir sejam bergerak, saya dah tak ingat nama tempat tu, nampak satu warung tepi jalan yang ramai orang.. So, kami decide untuk breakfast di disitu.. Saya ambik nasi lemak ayam dan roti canai, sebabnya nampak ramai sangat beratur nak beli nasi lemak. Mesti sedap ni. Memang best la makanan kat kedai tu.. Roti canai dia, kuah tu memang thorbaek…

Destinasi kami seterusnya adalah Menara Condong, Teluk Intan.. Dalam perjalanan, Eju tiba-tiba nak tambah satu tempat lagi, Kellies Castle. Yela, menjunjung perintah, Eju… Patik ni driver sajer..

Sempat lagi Eju telefon sorang kawan kami yang kerja di Perak, iaitu Yanie.. Eju ni memang sentimental orangnya, dia kalau boleh nak jumpa semua kawan-kawan yang kebetulan kami lalu kawasan rumah mereka… Malangnya, Yanie ke Selangor masa tu, ke rumah abangnya… Tapi saya sempat berborang dengan Yanie (masa ni dah sampai Menara condong)….
Yanie: “Dayah, nanti update dalam blog eh roadtrip korang…”
Saya: “OMG, hahahahaha… hang baca blog aku ka?... malunya…..”
Yanie: “yela, hari-hari aku buka tunggu post baru kau….Kau pergi Jepun eh haritu?”
Saya: “Ok, nanti aku update.. aku letak nama hang sekali (yanie, see, aku dah kotakan janji aku)”

Kami bergambar lebih kurang kat bawah Menara condong… Mula-mula tak nampak sangat yang Menara tu condong,. Tapi pada angle yang betul memang akan nampak yang Menara tu sangat condong.. Kami jugak ambik peluang untuk naik sehingga ke atas Menara sambil mebaca sejarah-sejarah yang di tampal di dinding-dinding.. Cuma, kami tak buat la aktiviti karut baling syiling dalam telaga tu…

Seterunya, kami menuju ke Gopeng untuk ke Kellies Castle.. Panas lit-lit masa sampai tu.. Nak masuk kena bayar, parking kereta pun kena bayar.. hurm…
Kat Kellies Castle lama jugak la kami bergambar, posing tak ingat dunia.. Segala ceruk kami masuk.. Tapi memang cantik bila bergambar dalam panas.. Waktu nak keluar tu, masing-masing beli aiskrim sebagai tanda puas hati sangat-sangat, kami buat keputusan yang tepat untuk singgah..

Tak lengkap rasanya roadtrip kami kalau kami tak singgah Bandar Diraja Kuala Kangsar. Kami singgah solat dan makan aiskrim (second round) di Masjid Ubudiah yang sangat-sangat lah cantik tu… Berehat sekejap dan yeay, tamatlah penjelajahan kami..

Seterusnya balik ke Penang….yeay lagi.. (melalui jalan dalam pastinya)

Terpaksa saya ambik cuti full day, nasib la bos approve.. Pukul 2.30 masih di Kuala Kangsar, dan hanya selamat sampai di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pukul 5.30 petang.. Jambatan ini adalah checkpoint kedua terakhir penjelajahan kami (sepatutnya yang terakhir) sebelum saya hantar Eju kembali ke USM.

Waktu turunkan Eju di hostel dia, terus rasa bangga.. Termakbul impian kami… Roadtrip yang sangat awesome walaupun penat.. Dan saya teruskan perjalanan pulang ke Kulim berseorangan.. Sempat singgah di opis pada remang senja untuk checkpoint terakhir roadtrip (nak jugak tuuuu)…

Berakhirlah sudah roadtrip yang dok tunggu-tunggu selama ni.. Yeay.. mission accomplish..

Malamnya, tiba-tiba eju whatsapp

Eju: “Dayah, mandi dan basuh semua baju yang pakai tadi tau.. Lepas tu cek badan ada tak lebam-lebam”
Saya: “Kenapa? Aku dah setel semua… Takda lebam pun.. kenapa.. kenapa?”
Eju: “Badan eju ada lebam-lebam… rasanya kena kat Kellies Castle tu la”
Saya: “OMG… dah la duduk kat rumah ni sorang-sorang… “
Lepas tu dok mesej-mesej dengan zilah… Zilah kata tempat tu memang keras.. omg… tempat tinggalan mat saleh yang mati sebab sakit…

Takda apa la……..

Thanks Eju menjadikan trip ni satu realiti yang best… pasti akan di repeat lagi.. pasti, andai panjang umur dan sihat tubuh badan, pasti akan berulang…


Friday, June 3, 2016

Roadtrip Semenanjung Malaysia -Part 4

Malam ni mood saya sangat ok. Mungkin sebab siang tadi Madoka emel.. Kahkahkah.. Padahal emel pasal kerja…

Lepas subuh, Eju masuk berbincang dengan saya samada nak bergerak awal atau bagaimana. Pikir punya pikir, kami ambil keputusan untuk gerak awal. Semalamnya Eju minta gerak lewat sebab adik-adik dia yang lain akan sampai lewat pagi Sabtu tu. Dia tu berhajat la pulak nak jumpa adik-adik dia, walaupun hakikatnya dia balik kerap.. Nasib baik Eju ubah fikiran, risau betol saya kalau betol-betol kami bertolak sedikit lewat. Checkpoint kami masih banyak. Melaka ke utara masih jauh dan semakin memakan masa bila melalui jalan dalam.

Untuk negeri Melaka, kami perlu ke Masjid Cina. Cantik dan terpegun saya dibuatnya. Kebetulan, waktu kami sampai ada pasangan mahu bernikah di situ. Penuh warna warni Masjid Cina pagi tu. Lepas solat dhuha dan bergambar kenangan, kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Tak jauh pun sebenarnya dari Melaka ke Port Dickson. Dalam sejam setengah, Kami sampai di Teluk kemang, PD.. Hajat di hati nak main jetski, tapi sebab masa tak mengizinkan, kami cuma minum air kelapa dan makan laksa sambil cuci mata. Lepas bergambar dan beli sedikit cenderamata, perjalanan di teruskan.

Selepas PD, destinasi kami seterusnya adalah Litar F1, Sepang, Selangor. Masa kami sampai di Litar F1, cuaca sangat terik. Disebabkan hari cuti, kami cuma dibenarkan bergambar di Showroom. Bolehla labu, asalkan ada gambar. Tak lama pun kat dalam tu, lepas setel bergambar dalam kereta F1 dan melawat muzium F1, kami ke Putrajaya.

Zuhur ditunaikan di masjid Besi. Rupanya ada ceramah agama oleh penceramah terkenal petang tu. Ramai VVip dan tetamu dah datang. Kami brsesak-sesak dengan mereka menjamu selera di kafe bawah masjid tu. Eju, dia ikut aje, bila ajak makan, dia terus boleh capai makanan dan makan dengan bersunguh.

Lepas habis makan, kami bergambar di bangunan pentadbiran Putrajaya.. Ala, bergambar biasa je, so, sekejap je la.

Lepas habis Putrajaya, next point adalah padang depan Bangunan Sultan Abdul Samad. Kami memang dah set, apa pun terjadi, situ adalah post wajib. Tapiiiiiii.. masa tu la bateri fon saya habis. Charger pulak buat hal. Lepas gabra ke saalauna-kesini, powerbank dapat berfungsi semula, itupun selepas charge dalam public toilet dekat dataran tu. Maka, bergambar la kami macam orang tak pernah masuk KL. Sikit lagi ja, saya dan Eju nak buat adegan kuch-kuch hota hai, berguling atas padang depan bangunan sultan abdul samad tu. Lepas dah puas hati dengan kualiti dan kuantiti gambar yang diambil (tapi akhirnya tak berguna sesen pun), perjalanan di teruskan ke Utara.

Selepas pujuk-pujuk Eju, dan akhirnya berjaya, kami decide untuk tidur di Sekinchan. Saya bayangkan kami akan tidur bersaksikan pemandangan sawah padi, hurmmmmm. Lepas beli cendol bakar, Eju suggest ambik motel. Punah harapan nak tidur dalam homestay fancy-fancy tu.

Malam tu, kami keluar makan dekat Sekinchan Ikan Bakar. Sedap..

Balik, terus tidur.. Letih drive seharian..

Esok akan mengharungi sehari lagi, dan esok jugak adalah penutup roadtrip.. 



-----------------------End of Day 4-----------------------------------------------------------------------------  
 

Thursday, June 2, 2016

Roadtrip Semenanjung Malaysia -Part 3

Selepas melalui pengalaman yang lawak tapi bangang tu, kami berazam nak bergerak lewat sikit esoknya.. Kami bangun seperti biasa, tapi selepas subuh masing-masing rehat baring-baring sebelum bersiap untuk breakfast dan check-out. Dalam pukul 9.30 macam tu kami check-out dan terus melawat Puteri Harbour. Masa ni dah nampak Singapore clearly dan tertanya-tanya Dr Madoka tengah buat research ke? Ala, Japanese yang kerja di Singapore yang saya jumpa di Conference di Mie, Japan dulu tu. Lepas dah pusing dan bergambar di Puteri Harbour tu, kami teruskan perjalanan kami ke Pitstop seterusnya.

Tanjung Piai, tempat paling hujung dalam kawasan Asia Tenggara..

Ini adalah tempat wajib lawat dalam pusing-pusing Malaysia. Tak lengkap roadtrip tanpa ke Tanjung Piai. Hampir sejam perlu memandu dari JB ke Tanjung Piai. Kami sampai di Tanjung Piai tepat pada masanya. Sempatlah kami meniti sehingga ke pondok di hujung Tanjung Piai. Kat pondok tu dapat lihat 3 negara, Malaysia, Singapore dan Indonesia. Lepas bergambar sakan dan berehat menikmati angin Selat Melaka, kami perlu mencari masjid. Hari tu adalah hari Jumaat,adik Eju nak solat Jumaat. Disebabkan masa tu dah time rehat, pekerja dah keluar rehat, dan gerai jual cenderamata pun dah tutup. Sedikit terkilan saya dan Eju sebab tak dapat beli fridge magnet. Eju tu lagi la, siap ajak datang balik lepas pukul 3 petang.. Tak da keroje pulak. Perjalanan kami masih jauh sebenarnya. Kami nak kena terus ke Melaka.

Lepas hantar adik Eju ke Masjid, kami singgah rehat di petronas untuk solat. Adik Eju habis solat je, terus kami pickup dan kami singgah makan tengahari di kedai apa nama tah. Masa tu lauk pun dah takde, cuma ada ayam goreng. Dah makan baru ingat, kami kena jugak cari Nasi Beriyani Gam. Moh ler kite ke Muor. Berpandukan waze, kami sampai ke satu kedai nasi briyani Gam, yang saya pun dah tak ingat kat kawasan nama apa. Makan lagi kami. Walaupun kenyang, paksa jugak semua orang makan.. Pekena nasi briyani sememangnya salah satu agenda roadtrip kami. Lepas makan, terus kami menghala ke Umbai, Melaka.

Alhamdulillah, sebelum maghrib lagi, kami dah selamat sampai di Umbai. Rehat dan mandi, makan sikit dan terus saya tidor nyenyak. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bermalam di rumah keluarga Eju. Saya pernah ke situ beberapa tahun lepas. 2012 tak silap saya masa tu. Naik bas bersama Eju dan Memey.

Untuk roadtrip ini, adik-adik Eju hanya bersama kami sehingga ke Umbai, untuk kembali ke utara, perjalanan akan diteruskan oleh saya dan Eju.




--------------End of Day 3-----------------------------------------------------------------------