Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, June 3, 2016

Roadtrip Semenanjung Malaysia -Part 4

Malam ni mood saya sangat ok. Mungkin sebab siang tadi Madoka emel.. Kahkahkah.. Padahal emel pasal kerja…

Lepas subuh, Eju masuk berbincang dengan saya samada nak bergerak awal atau bagaimana. Pikir punya pikir, kami ambil keputusan untuk gerak awal. Semalamnya Eju minta gerak lewat sebab adik-adik dia yang lain akan sampai lewat pagi Sabtu tu. Dia tu berhajat la pulak nak jumpa adik-adik dia, walaupun hakikatnya dia balik kerap.. Nasib baik Eju ubah fikiran, risau betol saya kalau betol-betol kami bertolak sedikit lewat. Checkpoint kami masih banyak. Melaka ke utara masih jauh dan semakin memakan masa bila melalui jalan dalam.

Untuk negeri Melaka, kami perlu ke Masjid Cina. Cantik dan terpegun saya dibuatnya. Kebetulan, waktu kami sampai ada pasangan mahu bernikah di situ. Penuh warna warni Masjid Cina pagi tu. Lepas solat dhuha dan bergambar kenangan, kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Tak jauh pun sebenarnya dari Melaka ke Port Dickson. Dalam sejam setengah, Kami sampai di Teluk kemang, PD.. Hajat di hati nak main jetski, tapi sebab masa tak mengizinkan, kami cuma minum air kelapa dan makan laksa sambil cuci mata. Lepas bergambar dan beli sedikit cenderamata, perjalanan di teruskan.

Selepas PD, destinasi kami seterusnya adalah Litar F1, Sepang, Selangor. Masa kami sampai di Litar F1, cuaca sangat terik. Disebabkan hari cuti, kami cuma dibenarkan bergambar di Showroom. Bolehla labu, asalkan ada gambar. Tak lama pun kat dalam tu, lepas setel bergambar dalam kereta F1 dan melawat muzium F1, kami ke Putrajaya.

Zuhur ditunaikan di masjid Besi. Rupanya ada ceramah agama oleh penceramah terkenal petang tu. Ramai VVip dan tetamu dah datang. Kami brsesak-sesak dengan mereka menjamu selera di kafe bawah masjid tu. Eju, dia ikut aje, bila ajak makan, dia terus boleh capai makanan dan makan dengan bersunguh.

Lepas habis makan, kami bergambar di bangunan pentadbiran Putrajaya.. Ala, bergambar biasa je, so, sekejap je la.

Lepas habis Putrajaya, next point adalah padang depan Bangunan Sultan Abdul Samad. Kami memang dah set, apa pun terjadi, situ adalah post wajib. Tapiiiiiii.. masa tu la bateri fon saya habis. Charger pulak buat hal. Lepas gabra ke saalauna-kesini, powerbank dapat berfungsi semula, itupun selepas charge dalam public toilet dekat dataran tu. Maka, bergambar la kami macam orang tak pernah masuk KL. Sikit lagi ja, saya dan Eju nak buat adegan kuch-kuch hota hai, berguling atas padang depan bangunan sultan abdul samad tu. Lepas dah puas hati dengan kualiti dan kuantiti gambar yang diambil (tapi akhirnya tak berguna sesen pun), perjalanan di teruskan ke Utara.

Selepas pujuk-pujuk Eju, dan akhirnya berjaya, kami decide untuk tidur di Sekinchan. Saya bayangkan kami akan tidur bersaksikan pemandangan sawah padi, hurmmmmm. Lepas beli cendol bakar, Eju suggest ambik motel. Punah harapan nak tidur dalam homestay fancy-fancy tu.

Malam tu, kami keluar makan dekat Sekinchan Ikan Bakar. Sedap..

Balik, terus tidur.. Letih drive seharian..

Esok akan mengharungi sehari lagi, dan esok jugak adalah penutup roadtrip.. 



-----------------------End of Day 4-----------------------------------------------------------------------------  
 

No comments: