Hari Kedua..
Tak banyak aktiviti hari kedua sebab banyak
habiskan masa travel sepanjang pantai timur.
Seawal 8pagi kami dah check out, dan terus
cari breakfast.
Hotel murah yang best.. Dekat tengah Kuala Terengganu, dekat Mydin Mall |
Hotel tu atas pasaraya Hari-Hari |
Malam tu, walaupun penat, sempat cuci mata di Muaz |
Best jugak satu kedai makan ni, murah sungguh. Makan
macam-macam untuk 4 orang tak sampai RM15.
Sibuk adik-beradik ni update dekat family group depa |
Makan macam-macam dan harganya tak sampai RM15 |
Then, kami cari kedai keropok losong
yang femes di kuala Terengganu, BTB Lekor. Disebabkan
kedai dia femes dan harga agak mencekik, kami beli buat kudapan dalam kereta
saja. Tapi, untuk famili, Eju beli keropok basah dan saya beli sedikit keropok kering dengan
harapan akan jumpa keropok kering yang lagi murah.
Eju ni gerak-gerak pulak |
Kedai BTB Keropok Losong |
Lepas habis shoping keropok, kami ke Taman
Tamadun Islam. Pusing-pusing sekitar masjid Kristal jap, beli sourvenir sikit
buat kenang-kenangan. Elok je Taman tu buka pukul 10, zasssss, terus kami beli
tiket dan masuk.
Pintu gerbang Taman Tamadun Islam |
Berempat!!! |
Letak la gambar tiga beradik ni.. |
Tuan belog |
Depan Masjid Kristal... |
Ok semua gambar start dari Taman tamadun
Islam sampai balik semula ke Kulim hilang,… So, bayangkan jela.. Imaginasi kena
kental..
Gambar terakhir dalam simpanan saya.. Sedihnya.... |
Waktu tengah jalan berempat tu, rasa tak
boleh blah.. Haha.. So, saya minta berpecah. Mereka tiga beradik dan saya
seorang. Rasa lebih mudah begitu dan janjinya pukul 12.30tgh dah kena berkumpul
semula di entrance gate.. Bayangkan ada hampir berapa puluh entah senibina
masjid dalam tu dan semuanya kita nak melawat dan bergambar. Disebabkan kami nak
sampai Johor malam tu jugak kerana dah berjanji dengan As (kawan kat USM dulu),
makanya kami sedikit rushing.
Biasa la bila excited semua orang, pukul
1.00 tengahari baru bertolak ke PD. Waktu on the way tu, kami singgah tengok
laut dan bergambar dengan batu yang menyerupai penyu. Sayang sekali takda
gambar nak tempek kat sini. Kami singgah makan tengahari dah pukul 3.30 ptg di
Kemaman..
Then terus shoot, ok, sepanjang harini saya
driver sebab dah request nak adik Eju drive bila malam. Eju saya memang khaskan
sebagai co-pilot tempat melepaskan penat.. Haha, ada maksud tersirat
sebenarnya.. Disebabkan nak kejar masa, Kami berjaya sampai Pekan, Pahang pukul
6 lebih. Sampai ja Pekan, kami berenti rehat sejap dan saya sempat stretching
betulkan urat semua.. Lenguhnya la..
Kami kena cepat sebab nak singgah Casa
Titik, Cherating, lokasi pergambaran drama kegemaran saya “Teman Lelaki
Upahan”.. Sepatutnya kami bermalam di Casa Titik malam tu, tapi disebabkan nak
memenuhi semua impian saya, kami terpaksa korbankan Casa Titik walaupun Casa
Titik juga impian saya. Selain Casa Titik yang saya idam-idamkan untuk bermalam
dan berjalan di pool macam dalam cerita TLU, kami jugak terpaksa korban
keexcitedkan adik-edik EJu yang nak main air di Telok Cempedak. Rasa selfish
sangat.. Kenapa kami korbankan semua tu?
Hanya kerana nak memenuhi impian terbaru
saya, menikmati malam di Selat Tebrau sambil memandang Singapura.. Gila
selfish.. Dan kerana itu, adik Eju drive malam tu melalui segala kawasan Felda
dari Pahang sehingga ke JB. Perjalanan yang sepatutnya menghampiri 4 jam
berjaya disingkatkan menjadi 3 jam. Dah la gelap gulita, dengan jalan
bengkang-bengkok, memang tak sia-sia adik Eju yang lelaki tu ikut. Sepanjang
jalan, kami senyap saja sambil masing-masing membaca segala ayat dan surah yang
dihafal. Punya la takut dan punya la jauhnya jarak felda-felda tu semua… Macam
serik jugak la bila ingat, tapi tetap kena repeat suatu hari nanti.
Setelah melalui malam yang sangat
menyeksakan dalam viva tu, kami berempat selamat sampai pekan JB dan jumpa
dengan As di KFC Selat Tebrau dalam pukul 10.45 mlm.. Hampeh kan, jauh-jauh
merentasi ladang kelapa sawit, As ajak jumpa dan makan dekat KFC je. Tapi,
malam tu first time saya dapat tengok Singapore.. Dulu waktu pergi kenduri
kawan dekat situ, tak pulak kami pergi melepak di Selat tebrau. Masa tu baru
habis belaja, memang bila habis je kenduri terus lepak nak sembang-sembang.
Jadi, malam tu saya sangat puas hati…Dalam hati dah terbayang nak lena dalam
senyuman kepuasan…. Tapi…. Ada jugak tragedy malam tu lepas dah habis lepak
dengan As..
Bila travel dengan Eju, tak sah kalau takda
kisah yang patut diingati.. Hotel kami betul-betul dekat dengan KFC tu,
berdepan dengan Puteri Harbour. As memang dah offer nak escort sampai ke hotel,
tapi memandangkan As pun nak balik jauh ke Pasir Gudang, kami mintak As balik
je dan yakin kami boleh sampai hotel sekali petik jari. As being As, dia tetap
escort dari belakang. Dan saya taktau roh apa yang rasuk Eju malam tu, serta
driver kami, yang membuatkan saya yang dibelakang jugak tercengang, depa boleh
drive masuk Jalan ke Tambat Johor. OMG. Jalan tu memang jalan terus untuk masuk
tol jambatan Johor-Singapore. Melopong kami semua. Driver lagi la gabra,
sebabnya dia cuma ikut arahan co-pilot. Kami terpaksa berhenti betul-betul
depan pondok polis dan bernasib baik polis-polis sangat membantu. Hampir 40
minit kami tunggu di situ untuk mereka sekat semua kenderaan dari masuk supaya
kami dapat reverse keluar. Dan kami di bawa keluar oleh seorang Polis trafik
yang bermisai macam Sarjan Misai cerita Gerak Khas. Encik tu baik sangat, tapi
gambar dia hilang. Katanya, sepatutnya dia kena saman kami sebab buat kesalahan
tu tapi disebabkan kami kelihatan innocent dan seperti pelajar sekolah dia lepaskan.
Siap perli “Kamu semua tak baca ke signboard betul-betul, itukan menghala ke
Singapore”… Hahaha.. Saya kata kat Eju “Kalau dia tahu hang ni lepasan PHD USM,
tak ingin dia hantar anak dia masuk USM, baca signboard pun tak reti”.. As
pulak sibuk kol berkali-kali sebab tak faham kenapa kami boleh masuk laluan ke
Singapore sedangkan hotel tu depan sikit je dari simpang nak ke Singapore… Tapi
saya faham, Eju terlalu sayangkan saya, dia nak bagi saya ada experience
acah-acah masuk ke Singapore…hehe..
Malam tu kami tidor sesungguh hati.. Letih
yang teramat sangat.. Nikmat sangat dapat baring atas katil empuk.
-------------------------End of Day
2-----------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment