Hari-hari fikir bila nak start tulis pasal roadtrip
semenanjung Malaysia.. Sebelum roadtrip haritu semangat sangat, rasa tak sabar
nak tulis. Tapi bila dah habis roadtrip terus tak menulis.. Lepas tu rasa bersalah dekat diri sendiri, ni semua salah sendiri sebab pergi transfer gambar takdan habis tapi terus delete gambar dekat henfon.. Waktu jumpa
Eju dan beritahu dia pasal gambar hilang, nampak kekecewaan yang teramat sangat
dimuka eju.. Sebabnya, hampir 80% gambar exciting sepanjang roadtrip ni ambil
pakai fon. Pakai tab Eju tak banyak..
Macam mana sejarah roadtrip Eju dan Dayah
bermula…
Dah hampir bertahun saya mengidamkan
roadtrip naik viva secara santai. Maksud santai ni, bersama kawan yang sekepala
dan tak rushing-rushing, kengkonon nak cover semua tempat best.. Yela, waktu
jadi student semua benda nak explore. So, sebelum ke Jepun dah cakap dengan Eju
siap-siap, “kumpul duit so lepas je aku balik dari Jepun dan habis viva, kita
ON terus”.. Yela, kena start cepat sebelum masing-masing ada komitmen lain,
maybe Eju akan start keja tak lama lagi.
Habis viva hari Rabu, Jumaat tu saya ke
USM, nak diskusi serius dengan Eju… Bincang #lovehaterelationship terus Eju
kata kita pergi lepas raya Cina… Tapi nak kena rancang tarikh gedebuk gedebak
sebab saya dah booking slot TEM di UTP masa tu dan ada training ISO kat opis,
so kena anjak-anjak.. (Patut aku buat keputusan keluar projek ISO awal lagi, boleh
enjoy roadtrip ni kaw-kaw)…
Tapi kata Eju: “Mak Eju mesti tak lepas
kalau kita pergi berdua jek Dayah, mesti mak Eju suruh bawak adik lelaki EJu…
Kalau Dayah ada kawan lelaki nak ajak sekali, ajak la…”…
Saya: “Masalahnya aku ni takda kawan
lelaki… Takpa, bawak la adik-adik hang, kita cover transport and makan..”
Eju: “Dayah sedia la kot-kot kita gerak
lepas raya cina.. Eju rasa adik-adik Eju cuti lama time tu.. Nanti print out
peta eh.”
Saya: “Eju apa-apa hal bagitau awal. Nak prepare
kereta apa semua lagi”
Tengah sedap cuti raya Cina, Eju whatsapp…
Eju: “Dayah, adik Eju cuti lama raya cina
sampai Ahad ni.. Apa kata kita gerak lepas raya Cina? Hari rabu pagi-pagi tu
bertolak dari Kulim.”
Mau tak kelam-kabut saya dan nak dijadikan
cerita, kereta pun tak sempat nak servis betol-betol. Belasah je la. Yang
excitednya adalah family saya. Haha… Siap bagi bekal nasi kenduri untuk pagi
rabu.
Rabu (10 Februari 2016)…. Tarikh yang
bermakna
Pagi dimulakan seawal jam 5.30am, Eju sampai
kulim bersama dua orang adiknya.. Pergi ambil depa di stesen bas Kulim dan bagi
depa siap-siap mandi bagi fresh sikit. Then kami pergi breakfast di Kedai Paklong.
8.00pagi- Bertolak dari Kulim, melalui
jalan Baling/Gerik terus ke Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan.
Sepanjang perjalananan, Eju dan adik-adik
dia masih dalam mood atas bas. Eju je la sibuk cerita pasal cerita-cerita dia
pergi umrah, cerita dia dah habis PhD dan macam-macam lagi. Adik-adik dia kat
belakang memang membuta. Sampai je kat Grik, “Eju rasa macam tak percaya kita
dah mulakan roadtrip kita”… Eh, baru nak percaya? (Alamak, sambil typing ni pun
dok rasa excited nak repeat lagi roadtrip ni)
Nak dijadikan cerita, bila sampai ke puncak
Titiwangsa tu, kabus tebal-setebalnya sampai tak nampak jalan. Wah, best
sangat.. Excited la kami, sebab Kedah kan panas ya amat.. Waktu tu pulak dok
viral Kelantan akan alami musim sejuk.. Kitorang memang dah hampir percaya
sangat-sangat dah masa tu, sebab selama ni ke Kelantan tak pernah jumpa kabus
tebal macam tu. Peghak sangat hang ni… So, kami singgah jap kat puncak
Titiwangsa tu, pakai earmuff bulu-bulu tu, pakai handglove comel then tangkap gambar
banyak-banyak.
Kereta saya kan tak sempat servis, dan
kereta tu memang tengah bermasalah. Tapi Allah tu maha baik.. Eju sorang ja
boleh start kereta tu tanpa masalah. Masa tu ada masalah dengan switching suis
kereta dan saya tak sempat nak contact Perodua untuk servis, nasib la Eju dah
jadi macam technician Perodua. Dia godek-godek kereta sikit je terus enjin
hidup tanpa masalah.
Then, kami teruskan perjalanan ke Rantau
Panjang. Itu checkpoint pertama. Dan, kesilapan kat sini adalah bilamana saya
mintak Eju (Orang yang tak pernah ke Kelantan dan Terengganu melalui Gerik,
sediakan itinerary)… Masalah utama kami adalah, bilamana kami terpaksa habiskan
pengembaraan kami dalam masa 4 hari setengah dan kami perlu melalui jalan
dalam. Means kami tak akan ambil highway langsung. Dan, Eju cuba bayangkan
jalan yang kami akan lalu umpama highway, masa banyak cutoff.
Kami singgah makan dan cuci mata di Rantau
Panjang sekitar jam 1.00 petang. Pukul 2.30 petang dah kena keluar dari Rantau
Panjang. Nak stretching bagai, nak makan lagi, nak jenjalan tengok-tengok
barang walau tak beli. Memang telah diingatkan awal-awal, “Kita travel naik
viva 4 orang, barang penuh bonet dan kita perlukan keselesaan, jadi, please
jangan shopping…hehe”… Semua orang patuh arahan, makanan je banyak dibeli buat
kudap-kudap dalam kereta tu…
Next stop adalah Kampung Tok Dor, Ajil,
Besut, Terengganu. Kami nak melawat sahabat sewaktu belajar di USM, Memey.
Memey ni sebenarnya kerja di penang, tapi masa raya Cina tu dia balik ke
kampong di Terengganu, maka kami gunakan peluang yang ada untuk singgah melawat
Family Memey. Dulu waktu Memey kahwin, takda sesapa dikalangan kawan-kawan yang
turun Terengganu, saya jadi pengapit Memey di Kedah je. Perjalanan dari Rantau
Panjang ke Tok Dor terpaksa dilajukan, sebab kami perlu sampai pukul 5petang
untuk taknak menyusahkan family Memey. Penatnya la tekan minyak. Sampai je rumah
Memey, memang saya ambil peluang bersantai, rehat-rehat sambil makan keropok
lekor. Lepas solat dan bergambar beramai-ramai, kami keluar bersama Memey sebab
Memey ajak makan tepi pantai. Apa lagi, dah sampai Setiu, kena la makan
celop-celop.
Dari rumah Memey ke pantai, adik Eju
takeover drive. Saya jadi mem besar kat belakang, ini la masa nak tengok
pemandangan best-best, nak tangkap gambar gempak-gempak (tapi gambar hilang,
padan muka!!!!)
Kami ke Pantai Penarik, Setiu, Terengganu.
Angin sangat kuat, dan selepas maghrib hujan turun.
Lepas makan, kami terus berpisah dengan
Memey. Janjinya akan jumpa di KL sebab kami akan sama-sama singgah melawat baby
newborn seorang lagi kawan USM. Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Menginap satu malam di Kuala Terengganu.
_______End of Day
1_________________________
No comments:
Post a Comment