Start awal minggu lepas, kulim dah semakin hijau. Dah tak seperti sebulan yang lepas. Saya suka betul musim selepas kemarau 3 minggu lepas.. Setiap hari excited datang kerja sebab nak lalu kat jalan yang cantik ni.. Tengok, sambil drive sambil capture gambar.. |
Bila saya tunjuk gambar ni dekat anak sedara, dia tanya :Eh, ni kat negara mana? (sambil mata ke atas!!!!)
Tapi...
Walaupun Kulim ada tempat jual durian yang femes, namun tetap tak boleh menandingi Pokok Sena..Balik kampung minggu lepas, tengok-tengok, durian kat rumah mak dah start luruh.. Sedap giler-giler... Tengok kaler pun dah mengancam.. Isi dia, fuhhhh, mabeles habis la..
Mungkin balik minggu ni dapat makan manggis pulak... Hujan-hujan ni lagi la cepat manggis tu kembang...
No comments:
Post a Comment