Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, September 9, 2022

Penangan betui

Kuarantin covid sekarang 7hari kan?
Haritu, aku cuma sempat habiskan 5 hari kuarantin seorang diri dalam bilik.
Masa hari ke-6, kawan aku call. Dan dia tanya keadaan aku. Aku cakap, aku taktau keadaan aku ok ke tak. 
Dia terus offer aku ke rumah dia. Dan aku tanpa bertangguh, macam orang mengantuk disorongkan bantal.. Aku terus siap2, bawak semua kelengkapan dan straight ke rumah dia..haha.. Actually bukan rumah, bilik hostel. Kahkahkah.
Seriously, itu adalah the best offer aku pernah dapat sepanjang aku stay di kelantan. Thanks dude, selamatkan aku.
I cant imagine how traumatic mangsa-mangsa covid berkuarantin selama berminggu-minggu dahulu. Ah, no wonder ramai yang depress.

Aku ingatkan fasa kuarantin akan menjadi fasa aku berehat dan recharge diri.
Rupanya aku SILAP.
Aku lost terus. Dan sampai sekarang aku masih dalam fasa nak bangun semula, jahat sungguh virus covid ni. Seolah virus ni, dia pi kutip semula perasaan was-was, resah, loser etc yang aku dah buang jauh-jauh dari hidup aku.
Sepanjang aku kuarantin 5 hari tu, hanya masa hari pertama aku tidor seharian sebab demam panas.
Mai hari kedua, otak aku berlari laju selajunya, keluarkan semua hormon takut, overthinking dan kegagalan dalam diri aku, jahatnyaaaaaa. Aku tak boleh lena berhari-hari.

Sebenarnya aku ingatkan aku ok, sehinggalah ramai yang tegur.

"dayah, mana hang? awat hang macam lost ni? mana dayah pi menghilang"

"dayah, lain sangat bila naik kereta hang senyap tak bercakap, hang pi mana dayah"

"akak, akak lain sangat bila lepas kena covid, dah tak marah-marah dan tak cakap banyak"

"You, this is not you. Kenapa lagi 2 minggu nak present you dah rasa loser, mana pergi konfiden you yang mencanak dulu tu. You yang dulu, esok nak present, harini you masih relax boleh jenjalan pi merata."

"Eh, awat you kurus ni?" 

Yes, paling ketara adalah selepas seminggu, aku kelihatan kurus. Hahaha...Serious memang aku kelihatan kurus, lost weight. Ini patutnya berita gembira kan? Tapi aku tak suka, I missed my old me. Highly determined and redah segala challenges. 

But, the new me, is a new branding of how I should be.

Apa aku buat dalam fasa ini:

1. Aku belajar meminta bantuan orang. Dulu, semua benda aku nak buat sebab aku tak konfiden bila aku biar orang lain buatkan. Tapi sekarang, aku belajar meminta bantuan orang lain. Aku masih dalam fasa membina semula semangat yang hilang, therefore, aku minta bantuan ahli projek bagi benda-benda yang aku terlalu overthinking sepanjang aku kuarantin. Things yang aku rasa aku tak boleh nak handle, aku mintak staff dan projek member tolong. 
And, surprisingly, aku tak rasa aku loser bila aku terpaksa minta tolong depa. Thanks guys.

2. Aku pasakkan dalam hati, semua orang tak berjaya in one day. Take one thing at one times. There are period where you faced failure and failure is part of learning process. 

3. Aku ingatkan diri aku, aku ada semua benda: duit, resources dan masa. Jangan give up. 

4. Funder dan panel jugak pekerja. Mereka juga manusia. Usaha, doa dan tawakkal supaya mereka memahami dan bertoleransi.

5. Aku take a break.

Aku balik kampung, balik jumpa kawan-kawan dan keluarga yang aku sayang dan sayangkan aku. And that is the best decision ever.

Wah.. 

Dan, aku cuba cari apa yng trigger aku. 

1. Maybe rumah sewa. 
2. Suasana lab.

So, aku try make changes.

And, aku harap aku buat perkara yang betul.

Bak kata kawan aku, "You sebenarnya dah ada keputusan, bila you tanya pendapat orang, its not because you nak pilihan, tapi you just nak dengar orang lain akan buat apa, keputusan you tetap takkan berubah lepas you dengar pendapat orang"

So, this whole month aku cuba setelkan apa yang aku boleh setelkan di Kelantan dan misi seterusnya adalah untuk pujuk sv supaya bersetuju dengan keputusan hidup aku. 

Masa aku dalam perjalanan pulang ke kelantan tadi, perasaan tak seronok, sedih, menggigil cuba nak hadir, arghhh, aku yakin keputusan yang aku dah pilih I.Allah tepat. 

Macam mana kalau SV aku tak setuju dan nak aku stay depan mata dia?

Lantok la kalau hang tak setuju, aku tetap ketua projek..kahkahkah