Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, December 21, 2020

Langkawi 2020- Finale

 25th October 2020 (khamis)

Sadly, pagi ni adalah hari ke-5 dan merupakan hari terakhir percutian aku ke Langkawi. The only percutian pada tahun ini.

Selepas subuh, cik ela sibuk angkut dan adjust barang-barang dia masuk kereta. Aku pulak sibuk calculate pinggan mangkuk dan cokelat untuk semua orang. Kain batik berapa lagi nak kena tambah, sapa yang akan kecik hati kalau tak dapat set pinggan mangkuk baru, haish, banyak nak kena fikir. Tak sempat la aku nak tolong cik ela. hihihi

Kami decide nak pergi SAGA dengan harapan SAGA sudah buka. On the way tu singgah Padang Mat Sirat nak tambah kain batik, then terus ke Kuah. Rupanya, hanya HIG je yang dah buka awal tu. Boleh la HIG pun, masuk tambah apa yang patut. Untuk breakfast kami makan dekat nasi lemak tepi jalan je dan cik ela tambah nasi bungkus untuk kengkonon nak makan dalam ferry. Aku pulak dalam ferry dok tahan nak terkencing, takde nya aku lalu nak telan nasi masa tu. Nak masuk toilet atas ferry tu, erm, aku ada masalah sikit kalau guna public toilet. Sanggup tahan. 

Lepas makan, terus ke terminal ferry nak setel immigresen dan sebagainya sebab banyak jugak ni barang kami, penuh kereta. Resit pembelian memang aku standby siap-siap kot ler kena tahan kan. Yang penting kena ada resit. Tapi since Ela pun barang dia penuh kereta, so, takda masalah sangat la. Bagitau je kena buang kerja and nak balik kampung for good, depa paham and lepaskan. 










Sampai je Kuala Perlis, kami terus menuju ke Alor Setar. Singgah sekejap solat dan tak sabar dah nak balik. Tetiba lapor, singgah la dekat Mergong dekat gerai-gerai depan Shahab Perdana, dan kami pekena cendol mangga dan laksa. Perghh, sedap giler weh.

BTW, cik ela tanggung la perjalanan balik, dia uruskan documentation dan bayar fee untuk bawak keluar kereta dia dari Langkawi. 
Dan sepanjang percutian ni, termasuk minyak, hotel, makan, entry fee, parking dan etc. kami share lebih kurang seorang RM500. 

Terima kasih kepada cik ela, mengikut semua mood swing aku dan relax. Dan sorry sebab ada masa aku asyik fokus kat phone. Sometimes, aku rasa macam aku penting dalam perbincangan group projek tu, padahal sebenarnya aku je yang perasan aku penting. Aku patut nikmati je percutian kita. Sorry sangat, takpa la, aku belajar dari kesilapan. 

So, next 2021, nantikan aku masuk Langkawi...

Sekian.


 

Sunday, December 20, 2020

Langkawi 2020

 Sebenarnya, bila aku tengok balik gambar dalam phone, ada benda yang tak betoi. Ada gambar yang dalam phone appear tapi bila aku transfer dalam laptop dia menghilangkan diri. Dok buat perangai shy-shy cat. Ish, tak paham sungguh la.

Lagi satu, masa hari kedua, lepas keluar dari Pulau tuba tu, kami balik ke rumah cik ela di Pulau Melaka. Balik tu tukaq baju, kami pi mandi ayaq terjun Temurun dulu. Masa kami keluar rumah tu dah pukul 5 petang. Maghrib kita kan awal, dalam pukul 7malam. 

Air terjun Temurun ni on the way nak ke Teluk Datai. Dalam sikit. 
Masa kami sampai tu, memang takda orang. Ada sebiji je kereta dan depa tengah bergambar masa kami sampai. Aku dan Ela naik mandi paling atas sekali, depa pulak mandi bawah sikit.

Kalau tanya perasaan aku, serius cakap, aku tak berani. Tapi sebab kan ada famili yang mandi bawah sikit tu, aku tumpang keberanian depa. Giler la. Tempat tu dalam, terperuk, dan kami naik paling atas. If anything happen, memang sendiri hadap la. Cik Ela pulak jenis takdak perasaan, dia relax ja. Hahahaha.. 

Since tuan rumah relax, kita pun buat-buat relax dan enjoy je la mandi. Walaupun sebenarnya takdaklah enjoy sangat, dok tengok jam dan famili tadi. Kalau depa chow, kami pun kena la ready to chow jugak kan. Masa nak balik, banyak la pulak monyet bertenggek kat kereta, merenyut orang kedah kata. Nasib la kami ni kecik molek (hiks), lari-lari terus masuk kereta. Aku selamatkan diri dulu, cik ela lantak dia la sebab dia ralit dok perati apa entah, yang penting aku selamat masuk kereta.. Agituuuuu.. hahahaha










23 Oct (hari ke-3)

Harini, lepas sembahyang subuh dan sambil berbalas wasap dengan kawan aku sebab dia dok ngadu pasal ada page yang dok membawang pasal colleague kami, aku bagitau cik ela, aku nak makan nasi lemak makcik tepi rumah dia jual je as breakfast. Tak jadi nak smiling buffalo bagai dah. Kalau nak makan kat luar kena siap and keluar awal pulak kan. Aku is malas.

Lepas makan nasi lemak, kami bersiap dan off to Paradise 101. 

Paradise 101 ni requested by cik ela. Dia nak sangat masuk sini, sebab dia kata tempat ni lawo. Aku ni folo je la, sebab aku memang tak study pun tempat mana nak pi, kita ikut orang langkawi la nak bawak kita ke mana. 

Sebelum ke Paradise tu, kami singgah Padang Mat Sirat beli minyak angin dan kain batik dulu. Sunyi je. Harga pun sangatlah berpatutan. Since cuaca kejap terik kejap hujan, kami beli topi untuk OOTD kat Paradise 101. 

                                                   

                                                   

Belakang kami yang pulau tengah-tengah tu la Paradise 101. Beli tiket kat seberang sini dengan harga RM30 dan akan ada boat bawak kita ke pulau tu. Naik boat tak sampai 3 minit, dah sampai. Takdan nak betulkan posisi kamera handphone, tetiba adik yang bawak boat tu kata, 'ok makcik, kita dah sampai'... 
Makcik pun makcik la dik!!!!

Ni entry ke Paradise 101

Aku hantar gambar ni ke group family, dan antara komen yang aku dapat adalah awat aku kelihatan pendek dan beberapa lagi komen negatif lain. Sampaikan sorang anak sedara aku reply "kesian makcik, asal pos gambar ja, mesti ada yang komen gemok la, pendek la, gelap la"... Nak buat cemana, nasib laaaaaaa

                






























Ada kisah sedih masa order pizza ni. Actually, harga tiket masuk ke Paradise 101 ni RM30, dah termasuk kalau kita makan dan buat aktiviti kat situ. means kalau harga RM40, maka topup la RM10. So, sementara fikir nak buat aktiviti air apa, (kami bawak pakaian mandi lengkap sebab nak mandi laut dan buat any water activity just to kill the time sampai petang), maka kami decide nak makan dulu. Dan kami order la satu large pizza dan jus sorang satu. Harga makanan more than RM60. Its okay, kita akan topup la nanti. Ok, after sejam pizza tetap tak sampai, and bila masa berenjak ke sejam setengah, angin aku dah naik kepala. 2 kali kami panggil adik waiter dan dia bagi jawapan kejap lagi sampai. Haish. Terus kami suruh staff situ panggilkan manager. Ela terus sound manager tu, ela kan kerja customer service astro dulu, so, kita bagi dia setel bab hak-hak pelanggan ni. After 5 minit, pizza kami sampai. Lepas makanan sampai, 2 kali manager mai minta maaf dan mintak nak tambah apa2 tak. Ela taknak, aku opkos la nak, aku mintak tambah jus. Then staff dia mai bagi duit RM60. Eh, kenapa bagi duit plak, kami taknak ambil. Then, manager mai bawak duit yang sama dan mintak kami ambil. Kami tetap taknak, kami bukan tak dapat makanan, cuma lambat dan kami panggil manager supaya dia ambil maklum masalah kelewatan makanan. Simple. Manager tetap tak puas hati, dia nak kami ambil jugak RM60. Masa ni la aku cakap, aku kan dah mintak jus, so, aku dah dapat compensate, kalau aku ambil duit tu mana aku nak letak muka kalau aku nak masuk sini lagi, thats why aku mintak jus awal-awal tadis ebagai tanda aku dicompensate setelah makanan lambat sampai. Kami taknak duit, kami masuk situ nak enjoy je pun, bukan takdak duit sangat, hahahahahaha... mungkin dia nampak aku bawak baju mandi dan selipar jepun dalam plastik, dia kesian dan nak pulangkan duit hihihihi... Tapi, walaupun makanan kami lambat, tindakan manager tu memang menambat hati aku.. A great hospitality la kan kiranya...









Since kejadian makanan lambat, masa banyak habis kat situ, kami pun buat keputusan keluar je dari pulau tu. Nak teruskan dengan aktiviti pun jadi segan dengan staff kat situ, mesti depa ingat kami demanding dan annoying.. hihi... 

So, kami terus ke Air Terjun Telaga 7. Kami solat kat situ dan tukar baju pakai baju mandi. Disebabkan faktor berat badan dan kurang reaktif, kami mampu naik sampai tingkat 1 je.. Tu pun macam nak putuih napaih. Dan, malangnya bateri aku habis masa sampai sini. Aku simpan je kamera aku dalam kereta...
Masa kami sampai, ada 4 orang budak lelaki tengah mandi, kami pun join depa sekaki. hihihi
Sedapnya mandi lepas berpanasan dibawah terik. Lepas budak-budak lelaki tu blah, mai pulak pak arab 3 orang. Amboi, depa ni melampau, ambik port mandi kami, sikit-sikit depa buat jadi port depa. Dah lepas asaq tu, kami pun blah untuk check in dekat hotel di Pantai Cenang.

Malam ni kami akan bermalam di Pelangi Beach Resort, Langkawi...







Cantik hotel ni. Ramai orang. Ingat tak malam lepas balik Pulau Tuba tu kami ada round tengok hotel, mostly hotel memang kosong. Dan, ela tak suggest kami stay sebarangan hotel walau harga murah. So, aku pilih resort ni sebab colleague aku suggest sini and it so worth it. 

Malam tu, since both letih sangat, kami order dine-in dinner. Depa mai hantaq ke bilik. Dan makanan dia sangat sedap, banyak, terlalu berpatutan harga dia dan entah la, terlalu best untuk aku komen. Malam tu kami dapat nasi putih, ikan siakap sweet sour, sup ayam yang super banyak, ayam goreng kunyit banyak jugak, sayur goreng, dan telur dadar yang bukan dadar kosong.. Dan, paling paling tak boleh percaya, harga dia hanya RM90. Serius murah dengan kuantiti dan kualiti yang sangat awesome. Banyak weh, boleh makan untuk 4 orang. 

Kami lena dalam kekenyangan dan keimanan. hahahaha

24 October 2020 (Rabu)

Konon nak counter balik makanan semalam yang super dahsyat tu, kami bangun awal dan start pusing resort. Tawaf sekeliling resort yang super besar dan sunyi tu. Dan, servis breakfast kat resort ni pun best.
Mandi kat swimming pool dia pun best. Semua best la senang kata.






 Pukul 12pm, kami check-out, dan terus ke cable car. hehehe
 


























Lepas turun dari cable car, aku lapaq tergedik dah. Tak boleh nak angkat tangan dah, gituuuu.
Kami pi makan NASI ARAB KAKI GUNUNG. A must try kalau ke Langkawi, femes ni. Rasa boleh tahan la, ka sebab masa makan tu aku lapaq tahap dewa. 

Lepas makan, kami balik rumah Ela. Mandi, solat dan terus keluar untuk shopping time. Kena rushing sikit sebab kedai tutup awal. HIG memang pukul 9pm dia dah buat perangai takmo layan kita dah, cehhhh. SAGA jugak baguih, dia suruh je kita layan diri sampai puas hati. Geram benor aku kat HIG, dah la aku beli banyak jugak, jenis ambik ambik je sebab depa kalut nak tutup kedai, sekali p SAGA depa relax ja suruh pilih, aku pulak tinggai sejenis je lagi pinggan mangkuk nak kena beli. Beli pi la, ambik balik jiwa geng-geng yang tak restu nak bagi pi Langkawi haritu. Jangan tak tau, balik tu, lepas tengok pinggan mangkuk, depa tanya bila pulak nak masuk Langkawi. Haaaaaa, sapa nak jawab tu.

Balik tu, Ela kemas barang dia, kena clear satu bilik dia malam tu jugak. Dia akan bawak semua barang dia balik kampung, incase, park dia tutup selamanya.
(Sebenarnya masa aku update ni, cik ela dah start keja semula, 17hb Disember park dia buka, alhamdulillah, berangkut la balik dia ke Langkawi, nasib la dia tak letgo bilik sewa dia tu)...

Malam tu kami tidor dalam keletihan.

Aku pun mengantuk dah ni... Esok la pulak aku update finale trip Langkawi aku ni.