25th October 2020 (khamis)
Sadly, pagi ni adalah hari ke-5 dan merupakan hari terakhir percutian aku ke Langkawi. The only percutian pada tahun ini.
Selepas subuh, cik ela sibuk angkut dan adjust barang-barang dia masuk kereta. Aku pulak sibuk calculate pinggan mangkuk dan cokelat untuk semua orang. Kain batik berapa lagi nak kena tambah, sapa yang akan kecik hati kalau tak dapat set pinggan mangkuk baru, haish, banyak nak kena fikir. Tak sempat la aku nak tolong cik ela. hihihi
Kami decide nak pergi SAGA dengan harapan SAGA sudah buka. On the way tu singgah Padang Mat Sirat nak tambah kain batik, then terus ke Kuah. Rupanya, hanya HIG je yang dah buka awal tu. Boleh la HIG pun, masuk tambah apa yang patut. Untuk breakfast kami makan dekat nasi lemak tepi jalan je dan cik ela tambah nasi bungkus untuk kengkonon nak makan dalam ferry. Aku pulak dalam ferry dok tahan nak terkencing, takde nya aku lalu nak telan nasi masa tu. Nak masuk toilet atas ferry tu, erm, aku ada masalah sikit kalau guna public toilet. Sanggup tahan.
Lepas makan, terus ke terminal ferry nak setel immigresen dan sebagainya sebab banyak jugak ni barang kami, penuh kereta. Resit pembelian memang aku standby siap-siap kot ler kena tahan kan. Yang penting kena ada resit. Tapi since Ela pun barang dia penuh kereta, so, takda masalah sangat la. Bagitau je kena buang kerja and nak balik kampung for good, depa paham and lepaskan.
So, next 2021, nantikan aku masuk Langkawi...
No comments:
Post a Comment