Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, December 14, 2020

Langkawi 2020- Pulau Tuba again-1st

Pertengahan October lepas, perkembangan kes covid-19 dikedah kelihatan macam makin ok.. kes tak banyak. Kalau ada pun, more to cluster tembok. Jiwa aku perlu bercuti, masa tu aku terbayang semua tempat holiday dah, paling cikai pun, kalau dapat pi Langkawi dah mampu buat aku senyum sampai telinga.

Aku contact cik ela, aku bagitau aku perlu bercuti. Suggest sat. Dan dia maklumkan dia mungkin takkan lama dah kat Langkawi, dan dia suggest aku ke Langkawi. Lagipun dia akan cuti 25hb Oct tu selama beberapa hari. Pucuk dicita ulam mendatang, dengan lajunya aku ON. 

21Oct, aku dapat result kenaikan pangkat. Alhamdulillah. Semakin berkobar aku nak p bercuti. Tak, tak, tak, aku tipu je, walau apa pun result yang aku dapat, aku tetap akan ke Langkawi. Dah nak masuk 2 tahun aku tak ke Langkawi. 

Aku balik kampung, dan maklumkan kepada keluarga aku nak p bercuti ke Langkawi. Well, opkos la depa tak bagi, actually aku nak bagitau aku pi atas urusan kerja, tapi takut jadi anak derhaka aku terpaksa mengaku yang aku nak pi sekadar berpoya-poya. Kalau urusan kerja memang takdak hal, tapi bila bab pi atas urusan peribadi ni, tentangan hebat sikit. Tambah pulak musim penyakit senang berjangkit ni.

25Oct (ahad)

Sabtu malam tu aku spend kat rumah kakak aku di Kuala Kedah sebab esok pagi2 aku nak ambik ferry pukul 8am dari Kuala Kedah. Jadual feri adalah sangat limited. So, cik ela paksa aku ambik 1st trip. Aku ingatkan awal pagi ni tak ramai, tudia aih, penuh feri tu. 

Feri Kuala Kedah-Langkawi (RM23 sehala)

Masa dalam feri tetiba syazana mesej tanya ada kat mana. Seriously, aku pun konpius. Makcik ni macam install GPS kat aku. Everytime aku ke mana-mana, mesti tetiba masuk je mesej dia tanya aku kat mana. Kadang aku baru ingat nak tanya pasal dia or nak share something, Ting!, mesej dari dia masuk. Hebat sangat hubungan Artifical Intelligence kami. 

Aku kengkonon nak buat surprise, biar dia tengok dari pos instagram aku. Tapi tu la, dah nama pun bestfriend kan. Dia nak jugak tau kat mana lokasi aku. Makcik ni selagi aku tak bagitau, selagi tu dia akan korek sebab dia boleh rasa ke suspicious dari jawapan aku. Aku pulak jenis tak pandai menipu.. Eh, ye ke aku tak pandai menipu?

And Syazana caught me red-handed! Aku terpaksa send gambar ni kat dia sebagai jawapan untuk "Hang ada kat mana"..hahaha.. Itu memang soalan wajib sebab aku boleh ada dimana saja, kadang tak masuk akal. Macam dalam kes ni. hahaha

Ela jemput aku dekat terminal Langkawi, beli kopi, dan kami pi menjamu selera di kedai nasi lemak traveller apa tah. Lepas makan, terus ke terminal pekan rabu sebab nak catch-up bot ke Pulau Tuba. Wow, nampaknya sistem bot ke Pulau Tuba dah ada banyak improvement. Dah ada jadual, dah ada sistem untuk bot2 masuk ke Pulau Tuba. Tak perlu kami tercongok tunggu seperti menunggu jodoh turun dari langit lagi dah. Good job, Langkawi. Tambang bot ke Pulau Tuba rm5/sehala. 

Ini Ela, aku tak jumpa pulak gambar aku. Maybe banyak gambar pakai fon Ela, gambar kat terminal feri pekan rabu, dan few lagi semua aku cari tak jumpa. Aku rasa fon aku ni saja buat perangai sejak IPhone keluar model baru, saja nak tengok tahap kesetiaan aku. Atau aku malas nak cari betul2. hehe

Idea ke Pualau Tuba ni idea aku. Aku rindu pulau ni, tah la, tak ada apa yang istimewa pun kat pulau ni, tapi aku rasa tenang sangat bila boleh boleh tengok laut, sejuk mata memandang. Pulau ni hampir bebas pencemaran, bilangan kereta boleh dikira dengan jari.  Aku dah rasa suffocated and kena ke satu tempat yang peaceful. And believe me, Pualau Tuba ni memang a great getaway. Sangat menenangkan, dan cantik sangat. Dapat pulak kawan yang jenis folo je nak pergi mana, memang combo yang bagus.

Lepas sampai je, ambik moto, aku and cik ela terus pergi makan mee udang. Aku tak ambik mee udang, aku ambik nasi. Aku ni selalu sebut nak makan mee udang pulau tuba tapi bila nak order automatik otak aku respond NASI. Aku just rasa mee udang yang cik ela order and bagi kami rasa dia so-so je. aku lagi suka mee udang sungai dua kedai paklong.Eh, kedai paklong ke maklong.

Kami pusing pulau tuba, usha cikgu-cikgu balik sekolah (plan utama, hahahaha), beli jajan kat kedai runcit dan aku rasa seronok snagat. Entah la, perasaan tu susah nak digambarkan. Hanya orang yang ada perasaan bercelaru yang sama dengan aku yang akan faham perasaan content tu macam mana. Sampaikan cik ela suggest aku beli tanah dan buat rumah sendiri kat pulau tuba. Menarikkan? Tapi, konfem la tanah dia mahal.







Masa hari kedua tu, hujan masih lebat. Pagi tu kabus tebal. Actually hujan dari petang hari sebelumnya. Sejuk sampai tulang hitam. 3 bilik lagi ada geng lelaki memancing. Tak lena depa semalaman, siap bbq. Since depa tak lena, kami berdua lena dengan tenang. Tak risau langsung sebab dok rasa ada bodyguard. Hihi. 















Ini pengalaman pertama aku tidur atas chalet terapung, and cukup lah kot. Pening doh. Nama chalet yang aku tidor malam pertama ni adalah Chalet Terapung Tuba, satu malam dalam RM180. Peralatan dalam tu ada water heater, katil queen, rak baju, TV, dan ekon. Itu je. Basic tapi memadai la. Selalunya yang ke situ hanya geng2 memancing. Since bilik dia besar, pihak chalet memang sediakan toto, bantal, selimut extra. Just ask them. And mind you, ada 4 buah bilik je, and hampir setiap hari full.

Malam kedua, sepatutnya kami nak tidur di Noba Resort dan kami dah booking bilik dah pun. Tapi mengambil kira aku dah lama tak pusing langkawi, kami ambik keputusan balik ke Langkawi. Aktiviti padat, kalau ikut plan asal memang tak terkejar aktiviti yang dah di rancang. Dan walaupun kami dah rasa kami dah buat the best decision (pendekkan masa di Tuba dan extend tarikh balik), tetaplah kami terkejar-kejar buat aktiviti. Dalam pukul 1pm, kami naik bot kembali ke Langkawi.

Kami sampai jetty pekan rabu, ambik kereta, bila nak bayar parking takdak sapa pulak nak kutip duit. Then, dua-dua konpius nak makan lunch apa. Last sekali, kami ke kedai dekat area apartment lama cik ela. Aku dah tak ingat nama kawasan tu. Tapi jalan aku ingat. Lepas pekena bihun sup kaki ayam, kami ambik keputusan balik ke rumah cik ela utk rest. Malam ni kami akan pusing cari hotel yang ada pengunjung. Mind you, sepanjang musim covid ni tak ramai pengunjung masuk Langkawi, hotel sunyi, takut kang ada yang lari keluar bilik tengah-tengah malam. 

Lepas maghrib, kami keluar dan tak dapat buat pilihan nak duduk hotel mana. Malam ni biarlah kami bermalam di rumah cik ela. Jadi, dinner malam ni kami pi pekena burger special kat kedai bekas boss cik ela. Support peniaga jalanan tapi harga macam fine-dining restaurant. hahahaha.. Takpa la, kalau bukan kita yang support, sapa lagi nak support kan. jalan pantai cenang tu sesunyi-sunyi alam. Kereta pun tak bnayak, boleh park sesuka hati dan reverse ikut nafsu sendiri. Gitu, perumpamaan dia. 


Lepas makan, pusing-pusing, then balik. Malam ni tidor je la kat Pulau Melaka, langkawi. 

Aku rasa aku transfer gambar tak habis ke laptop. Tak best la nak update post camni. Nanti aku kena tengok balik apa maslaah gambar-gambar aku. 

Stay tune. tunggu post seterusnya.








No comments: