Rasanya, trip semenanjung Malaysia haritu memang akan ambik sikit masa untuk di
publish.. Dah seru dah semangat 46 suruh mai, malangnya dia tak mai jugak,
dasar ketegaq..
Walaupun tak dinafikan terasa amatlah rugi bila pengalaman
dan trip yang sebegitu berharga dan sangat didambakan tidak diabadikan dalam
blog, tapi, takpala, adalah tu second trip yang lebih best nanti.. Harapnya
second trip nanti tetap ada Dr.Eju kesayangan.. Dr.Eju akan sentiasa menjadi
kesayangan, sangat memahami dan tak banyak kerenah bila travel. Sepanjang
pengalaman saya travel dengan Eju dalam dan luar negara, memang smooth sangat
apa yang dirancang. Dia seorang yang cool dan sangat memudahkan untuk saya yang
malas pikir banyak ni…
Semalam Eju bagitau, dia dah dapat result interview di USM
haritu dan dia gagal. Saya tahu dia mungkin kecewa tapi sebab dia cool, payah
la nak nampak dia kecewa. I.Allah, ada la tu Allah atur rezeki dia kat mana2.
Harap-harap dekat Shah Alam, ada la geng kalau saya nak ke sana…hehe
Last 2 weeks, saya ke Shah Alam dan UPM, balik semula ke
Kulim drive sorang-sorang.. Jadinya saya singgah Ipoh sebab Zati nak tumpang
balik ke Pokok Sena. Pucuk dicita ulam mendatang. Zati ni, nak kata kesian pun
kesian jugak tapi sebenarnya tak perlu kesian pun. Dia duduk sorang-sorang kat
Ipoh tu, nasib baik la uncle dan auntie sebelah rumah tu sangat menjaga dan
mengambil berat kebajikan si Zati ni. Siap bagi nombor phone uncle tu suruh si
Zati ni bagitahu kalau balik lewat malam, nanti uncle akan bukakan lampu porch.
Zati kata kekadang balik kerja, si uncle ni tolong bukakan gate. Ada jugak
karang jadi menantu uncle tu, boleh bawak sorang sedara baru at least…
Zati ni ada masalah duduk dengan orang, jadinya dia tak nak
ada hosmet. Rumah besar duduk sorang-sorang, eh ngeri pulak bila ingat rumah dia
yang sunyi dan suram tu. Budak tu kecik tapi degil ya amat, malas nak layan..
Tapi sebab kawan baik sendiri, terpaksa la layan jugak.. Kalau tak layan kang,
buatnya dia kemurungan, tak pasal-pasal dapat penyakit kanser.. Ok, kita skip
bab perangai tak bermasyarakat si Zati ni, kang dia baca perang dunia ni.. haha
Di sebabkan saya sampai petang, keluar UPM pukul 12.30tgh,
kena hantar staff saya tu ke stesen tren, pastu masuk KL jap dah hujan rebut
pulak KL masa tu… Di sebabkan saya sorang, terus rasa berdebar nak drive balik
sensorang, singgah Sg Buluh rehat solat makan semua sampai cuaca ok balik. Tu
yang pukul 5.00petang baru sampai rumah Zati kat Ipoh. Malam tu dah cakap kat
Zati, nak keluar makan makanan best di Ipoh. So, malam tu lepas maghrib terus
Zati bawak ke restoran Nasi Lemak Ayam Kampung. Happening gila restoran tu.
Sempoi sampaikan kami tak sedar habis borak dah pukul 10.30malam, tapi Zati
macam tak nak balik.
(Aku dah menguap berkali-kali sambil ajak dia balik)…
Kata Zati, dah lama sangat dia tak keluar malam, bila ada
kawan macam saya datang baru la dia keluar makan malam kat luar.. Dah hampir
setahun dia tak dak geng keluar malam.. (Seb baik la I ada Zuhana kat Kulim
yang selang semalam keluar dinner sama-sama, sumber kebahagiaan sangat dinner
sama-sama tu)..Hahahaha.. ---- Zati kalau hang baca ni, aku nasihatkan hang
buat sesuatu…kihkih… Sebab apa aku kata lagutu, sebab hang pelik sangat.. Pelik
sebab bila hang keluar hang macam takmau balik.. Tapi kalau hang taknak take
action pun takpa, nanti aku try la turun Ipoh selalu. Nak jugak merasa naik ETS
turun Ipoh.
Malam tu banyak topik jugak la yang dibincangkan. Topik
paling best simpan nak bincang dalam kereta esoknya time balik Pokok Sena. Kami
ni, topik paling menarik adalah bincang pasal cuti dan rancangan bercuti. Malam
tu topik lebih kepada pasal biz perfume si Zati dan kisah adik dia nak kawen.
Biasa la tu, dekat sapa lagi dia nak bercerita kalau bukan dekat kawan-kawan
terdekat (dan comel serta memahami macam I ni)…
Dah tak ingat apa lagi yang kami bincang tapi dalam semua
yang dibincangkan adalah betapa saya tak sedar antara nikmat paling best yang
Allah bagi adalah sihat… Sepanjang bekerja ni, tak pernah lagi la saya demam
atau sakit yang ambik masa dua tiga hari (Alhamdulillah)… Setakat pening
sikit-sikit sebab angin dan cirit sebab ke Indonesia haritu normal la. Oh, ada
satu, 2 tahun lepas kot saya sakit pinggang sampai tak boleh bergerak. Tapi
masa tu Dr kata sebab berlebihan berat badan (kihkih), stress (sebab masa tu
steress kerja dan belajar) dan kurang minum air putih (ketagihan nescafe yang
keterlaluan).. Tapi untuk orang yang duduk sendiri dan jauh dari keluarga,
nikmat sihat adalah sangat bernilai.
Malam tu lepas makan, konon-konon nak pusing bandaraya Ipoh.
Tapinya, Ipoh celup tu nama saja duduk Ipoh dah hampir 7 tahun, tapi dia tak
hafal jalan langsung. Last-last kami balik rumah dan marathon movie Korea
sama-sama. Movie Korea pun pilih yang dia paling suka, queen control betol,
haha.. habis la kalau dia baca ni… Gelak-gelak sampai near 1.30am, baru tidor.
Esok lepas subuh dah siap-siap (Tapi saya curi-curi lelap
kejap).. Keluar g makan dekat gerai kengkonon sedap menurut orang Ipoh celop
tu. Then terus balik Pokok Sena. Hujan lebat waktu nak keluar Ipoh, so saya
terpaksa drive slow-slow, sebab dah ada bad experience excident dalam hujan,
memang sangat phobia nak drive atas highway dalam hujan.
Ingatkan dalam kereta akan berjaya la nak pujuk Zati ke
Perhentian atau mana-mana pulau tahun ni, tapi hampeh jugak. Si Zati ni dia punya
plan untuk bercuti hanya start tahun depan. Kumpul duit katanya, sebab tahun ni
dia beli emas banyak-banyak. Disebabkan kereta saya kan manual, memang ke
mana-mana pun saya akan drive sorang. So, dalam kereta tu bincang la jugak
kot-kot ada chance boleh upgrade kereta ke auto.. Tapi topik ni tak mendapat
sambutan sebab Zati tak minat nak upgrade kereta kecuali dia dah 40tahun nanti…
Kalau dengan Zu pun tak mendapat sambutan sebab dia nak pakai MyVi biru dia tu
sampai bila-bila katanya… Bohsan la gini…
Lepas hantar Zati kat rumah mak dia, terus balik rumah dan
tengok kat rumah mak dah ada lauk kari ayam kampong, kerabu manga, pajeri
nenas, talapia goreng dan etc.. Yeay, terus tak kisah kalau drive manual pun
asalkan dapat lauk sedap macam tu selalu…. Ish, senang sangat ni nak rasuah
Hidayah, letak je paha ayam terus lupa kejap tadi kena ketuk kepala dengan
hammer..
Hihi…..
Zati, jangan marah tau… sayang
zati, rindu sangat kawan I ni.. mihmihmih
P/S:
1. Zati ni kawan sekolah kat Asma dulu. Tapi masuk form 4 dia pindah balik tengganu. Bila parent dia pindah balik Pokok Sena tahun 2009 kot, kami jadi rapat until now. And Zu (my best travelling partner bila perlu testing luar AMREC, merangkap mypartnerincrime) walau cuma dikenalkan sekali dengan Zati, tapi sangat sukakan Zati... Sebab nya: Depa rancang nak buka Rumah Masih Ada Yang Sayang.. haha.. Rumah orang tua-tua yang takdak orang nak jaga.. And both selain daripada menjadi owner akan juga menjadi penghuni di situ, katanya... Sukati hampa la.. Semoga tercapai niat suci tu.. Nanti i datang melawat with my lovesss onessss...
Bersama bakal owner Rumah Masih Ada Yang Sayang.. Masa ni breakfast makan mee kicap di Ipoh.. |
2. Eju, setelah berkali-kali memujuk sejak tahun lepas untuk berbuka di Puncak Mutiara, seminggu sebelum Ramadhan dah tetapkan tarikh untuk berbuka bersama. Amboih, laju benor dia blockdate... Katanya, jomla kita berbuka kat Puncak Mutriara, dah banyak kali nak kesitu tapi tak pergi pun, lepas ni entah ada chance ke tak... Alolo, kesiannya... Yela, jom la..
No comments:
Post a Comment