Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, June 11, 2016

Roadtrip semenanjung Malaysia -Finale

Hari last ni, saya berazam nak ambik half-day cuti.. Sebabnya saya belum mohon lagi cuti pada hari last tu.. Yela, kalau ikut tentative awal, kami sepatutnya last day roadtrip kelmarin lagi.. Hari ni saya dah boleh masuk kerja macam biasa.. Terbabas rupanya rancangan kami.. kihkih

Kami check-out hotel dalam pukul 8.00 pagi dan bertolak ke destinasi seterusnya sambil mencari tempat makan best untuk breakfast.. Kami memerlukan heavy breakfast sepanjang roadtrip ni.

Hampir sejam bergerak, saya dah tak ingat nama tempat tu, nampak satu warung tepi jalan yang ramai orang.. So, kami decide untuk breakfast di disitu.. Saya ambik nasi lemak ayam dan roti canai, sebabnya nampak ramai sangat beratur nak beli nasi lemak. Mesti sedap ni. Memang best la makanan kat kedai tu.. Roti canai dia, kuah tu memang thorbaek…

Destinasi kami seterusnya adalah Menara Condong, Teluk Intan.. Dalam perjalanan, Eju tiba-tiba nak tambah satu tempat lagi, Kellies Castle. Yela, menjunjung perintah, Eju… Patik ni driver sajer..

Sempat lagi Eju telefon sorang kawan kami yang kerja di Perak, iaitu Yanie.. Eju ni memang sentimental orangnya, dia kalau boleh nak jumpa semua kawan-kawan yang kebetulan kami lalu kawasan rumah mereka… Malangnya, Yanie ke Selangor masa tu, ke rumah abangnya… Tapi saya sempat berborang dengan Yanie (masa ni dah sampai Menara condong)….
Yanie: “Dayah, nanti update dalam blog eh roadtrip korang…”
Saya: “OMG, hahahahaha… hang baca blog aku ka?... malunya…..”
Yanie: “yela, hari-hari aku buka tunggu post baru kau….Kau pergi Jepun eh haritu?”
Saya: “Ok, nanti aku update.. aku letak nama hang sekali (yanie, see, aku dah kotakan janji aku)”

Kami bergambar lebih kurang kat bawah Menara condong… Mula-mula tak nampak sangat yang Menara tu condong,. Tapi pada angle yang betul memang akan nampak yang Menara tu sangat condong.. Kami jugak ambik peluang untuk naik sehingga ke atas Menara sambil mebaca sejarah-sejarah yang di tampal di dinding-dinding.. Cuma, kami tak buat la aktiviti karut baling syiling dalam telaga tu…

Seterunya, kami menuju ke Gopeng untuk ke Kellies Castle.. Panas lit-lit masa sampai tu.. Nak masuk kena bayar, parking kereta pun kena bayar.. hurm…
Kat Kellies Castle lama jugak la kami bergambar, posing tak ingat dunia.. Segala ceruk kami masuk.. Tapi memang cantik bila bergambar dalam panas.. Waktu nak keluar tu, masing-masing beli aiskrim sebagai tanda puas hati sangat-sangat, kami buat keputusan yang tepat untuk singgah..

Tak lengkap rasanya roadtrip kami kalau kami tak singgah Bandar Diraja Kuala Kangsar. Kami singgah solat dan makan aiskrim (second round) di Masjid Ubudiah yang sangat-sangat lah cantik tu… Berehat sekejap dan yeay, tamatlah penjelajahan kami..

Seterusnya balik ke Penang….yeay lagi.. (melalui jalan dalam pastinya)

Terpaksa saya ambik cuti full day, nasib la bos approve.. Pukul 2.30 masih di Kuala Kangsar, dan hanya selamat sampai di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pukul 5.30 petang.. Jambatan ini adalah checkpoint kedua terakhir penjelajahan kami (sepatutnya yang terakhir) sebelum saya hantar Eju kembali ke USM.

Waktu turunkan Eju di hostel dia, terus rasa bangga.. Termakbul impian kami… Roadtrip yang sangat awesome walaupun penat.. Dan saya teruskan perjalanan pulang ke Kulim berseorangan.. Sempat singgah di opis pada remang senja untuk checkpoint terakhir roadtrip (nak jugak tuuuu)…

Berakhirlah sudah roadtrip yang dok tunggu-tunggu selama ni.. Yeay.. mission accomplish..

Malamnya, tiba-tiba eju whatsapp

Eju: “Dayah, mandi dan basuh semua baju yang pakai tadi tau.. Lepas tu cek badan ada tak lebam-lebam”
Saya: “Kenapa? Aku dah setel semua… Takda lebam pun.. kenapa.. kenapa?”
Eju: “Badan eju ada lebam-lebam… rasanya kena kat Kellies Castle tu la”
Saya: “OMG… dah la duduk kat rumah ni sorang-sorang… “
Lepas tu dok mesej-mesej dengan zilah… Zilah kata tempat tu memang keras.. omg… tempat tinggalan mat saleh yang mati sebab sakit…

Takda apa la……..

Thanks Eju menjadikan trip ni satu realiti yang best… pasti akan di repeat lagi.. pasti, andai panjang umur dan sihat tubuh badan, pasti akan berulang…


No comments: