Selepas melalui pengalaman yang lawak tapi bangang
tu, kami berazam nak bergerak lewat sikit esoknya.. Kami bangun seperti biasa,
tapi selepas subuh masing-masing rehat baring-baring sebelum bersiap untuk
breakfast dan check-out. Dalam pukul 9.30 macam tu kami check-out dan terus
melawat Puteri Harbour. Masa ni dah nampak Singapore clearly dan tertanya-tanya
Dr Madoka tengah buat research ke? Ala, Japanese yang kerja di Singapore yang
saya jumpa di Conference di Mie, Japan dulu tu. Lepas dah pusing dan bergambar
di Puteri Harbour tu, kami teruskan perjalanan kami ke Pitstop seterusnya.
Tanjung Piai, tempat paling hujung dalam
kawasan Asia Tenggara..
Ini adalah tempat wajib lawat dalam
pusing-pusing Malaysia. Tak lengkap roadtrip tanpa ke Tanjung Piai. Hampir
sejam perlu memandu dari JB ke Tanjung Piai. Kami sampai di Tanjung Piai tepat
pada masanya. Sempatlah kami meniti sehingga ke pondok di hujung Tanjung Piai.
Kat pondok tu dapat lihat 3 negara, Malaysia, Singapore dan Indonesia. Lepas
bergambar sakan dan berehat menikmati angin Selat Melaka, kami perlu mencari
masjid. Hari tu adalah hari Jumaat,adik Eju nak solat Jumaat. Disebabkan masa
tu dah time rehat, pekerja dah keluar rehat, dan gerai jual cenderamata pun dah
tutup. Sedikit terkilan saya dan Eju sebab tak dapat beli fridge magnet. Eju tu
lagi la, siap ajak datang balik lepas pukul 3 petang.. Tak da keroje pulak.
Perjalanan kami masih jauh sebenarnya. Kami nak kena terus ke Melaka.
Lepas hantar adik Eju ke Masjid, kami
singgah rehat di petronas untuk solat. Adik Eju habis solat je, terus kami
pickup dan kami singgah makan tengahari di kedai apa nama tah. Masa tu lauk pun
dah takde, cuma ada ayam goreng. Dah makan baru ingat, kami kena jugak cari
Nasi Beriyani Gam. Moh ler kite ke Muor. Berpandukan waze, kami sampai ke satu
kedai nasi briyani Gam, yang saya pun dah tak ingat kat kawasan nama apa. Makan
lagi kami. Walaupun kenyang, paksa jugak semua orang makan.. Pekena nasi briyani
sememangnya salah satu agenda roadtrip kami. Lepas makan, terus kami menghala
ke Umbai, Melaka.
Alhamdulillah, sebelum maghrib lagi, kami
dah selamat sampai di Umbai. Rehat dan mandi, makan sikit dan terus saya tidor
nyenyak. Lagipun, ini bukan kali pertama saya bermalam di rumah keluarga Eju.
Saya pernah ke situ beberapa tahun lepas. 2012 tak silap saya masa tu. Naik bas
bersama Eju dan Memey.
Untuk roadtrip ini, adik-adik Eju hanya
bersama kami sehingga ke Umbai, untuk kembali ke utara, perjalanan akan
diteruskan oleh saya dan Eju.
--------------End of Day 3-----------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment