Assalamualaikum
I am just back from Turkiye! Erdogan Territory!
(Aku ambik masa nak update sebab tetiba laptop aku tak boleh nak log in blogger, sikit lagi je aku nak hempuk laptop dah lebih 10tahun ni.. dah kategori warga emas laptop ni)
So, sekarang ni
memang tengah excited nak cerita pasal trip Turki.
Aku pergi Turki 10H7M. 2 hari khusus untuk dalam flight je.
Sakit tulang dan lemak-lemak ni.
Walaupun trip ni seolah kelihatan macam trip yang alone,
yes, sebab aku pergi sorang without any friends, tapi sebenarnya trip ni sangat
best.
Aku folo team SIRIM (yer, mostly 40an and above, pangkat
besor-besor, asyik membeli-belah je keje mereka).. Tapi sebab aku memang nak pergi
Turki sesangat, aku dah tak kisah dah nak kena pergi dengan sapa pun. Konsepnya
mudah saja: kebahagiaan tu bukan dengan siapa kita nikmati saat tu, tapi
bagaimana kita nikmatinya. Aku memang niat nak pergi bercuti dan bersukaria
(huha huha dasar sosialis) dan memang aku betul-betul lah bercuti.. kahkahkah.. Walaupun masa sebelum pergi aku ada perasaan tak best, takut aku menyesal pergi trip macam ni, tapi end up, trip ni hollaa.. Nasib la aku tak tarik diri dulu
Paling best sebab :DAPAT NAIK HOT AIR BALOON.. Oh my gosh..
Dulu, masa tahun 2012, masa trip first time pergi umrah,
masa tu pun alone jugak, tapi pergi dengan sorang officemate lagilah, cuma, sebab
dia lelaki kita tak consider lah sebagai peneman kan. So, titik tolak dari
situ, aku memang dah tak kisah nak pergi memana, even kalau tak ada kawan
sekalipun.
Masa buat umrah tu, ada lah satu peristiwa yang berlaku..
hihi.. nak gelak gedik kejap.. hehe
Satu masa tu, lepas solat zuhur rasanya, aku tengah rest
sambil melihat kaabah.. cewaaah
Tiba-tiba ada 2 orang makcik dari Malaysia datang tegur.
Makcik tu dalam 50an lah.. So kami pun borak-bborak, perkenalkan diri memasing.
Salah sorang makcik tu peramah. Dia bagitahu lah yang group
dia singgah Turki sebelum sampai ke Mekah. Wow, menarik kan. Masa tu, trip
umrah singgah Turki cost around RM7.5k, tak terlalu mahal sangat kan!
Makcik tu pun dengan ceria nya tunjuk lah gambar dia kat
depan Blue Mosque, Istanbul. Aku yang first time keluar dari Malaysia ni ofkos
la teruja melihat gambar tu. Makcik tu pulak, dengan sangat-sangat ceria, slide
gambar dalam phone dia ke gambar seterusnya. Guess what?
Gambar seterusnya adalah gambar 2 orang lelaki. Salah sorang
lelaki tu lebih kurang sebaya dengan makcik tu, yes betul, itu suami dia.
And, lelaki seorang lagi tu kelihatan muda dan ermmmm quite
good looking. Seingat aku lah!
Aku tengok gambar tu sekali imbas je.
Respond aku : Cantiknya makcik. Bestnya. (normal lah kan,
takkan aku nak buat reaksi kerek, kecoh lah makcik ni)
Dan, seperti biasa, sapa-sapa pun kalau jumpa mesti akan
tanya, aku pergi ke sana dengan siapa. Tambah pulak kalau nampak aku duduk
seorang, alone and lonely macam tu kan. Opkos lah kelihatan lonely, depan
kaabah kot, takkan nak berborak bergelak bertepuk bertampar sakan sampai keluar
suara jantan kan!!
Tetiba makcik tu buat soalan cepu cemas. Cemas lah jugak.
Bertambah cemas dan rasa nak makan orang lepas dengar komen dari makcik sorang
lagi.
Makcik: “Itu anak lelaki makcik, kami datang bertiga. “
Aku: “Oh, ya ka”
Makcik: “ Hidayah single kan!.. Hidayah nak tak dengan anak
makcik?”
Aku: “…………………………”
Kawan Makcik: “Eh, kau pun. Anak kau tu muda sangat kot. “
[Ye la, aku paham maksud makcik tu. Tapi tak perlu kot nak
mention tua atau muda, nampak macam ada nada jeles di situ. Aku syak makcik tu
nak jodohkan anak dia dengan anak lelaki makcik tu]
Makcik: “Aah lah, anak makcik tu tak kerja lagi, belajar
baru habis. Hidayah dah bekerja”
Sebenarnya anak makcik tu dalam 22 atau 23 tahun lah masa
tu.
Kalau tak dah boleh tulis novel. Hahahaha
Eh, bukan. Kalau tak dah sama dah dengan kisah Irma Hasmi.
Welll
So, sedikit sebanyak kisah makcik tu menjadi titik tolak
kenapa aku nak ke Turki. Tapi, semua orang pun tahu, Turki adalah sebuah negara
yang sangat cantik dan kaya dengan sejarah.
Turki juga sebuah negara yang unik, kerana Turki adalah
negara yang berada di dalam 2 benua, Asia dan Eropah. Sekejap kita berada di
Asia, dan sekejap lagi kita boleh berada di Eropah.
Namun, aku percaya!!
Kecantikan dan keunikkan Turki akan menjadi lebih menarik
kalau kita dapat menikmatinya dengan insan tersayang. Hihi
Dengan kata lain, sila lah berhanimun ke Turki.
kuikuikui
No comments:
Post a Comment