Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, April 8, 2020

Itinerary sepanjang di Turki

Aku cuba nak upload gambar, selepas hampir 7kali percubaan, aku ambik keputusan untuk givap. 
Tak sure kenapa. Mungkin talian lembab atau terlalu perit untuk laptop ini terima kenyataan dia kena bekerja semula seperti dahulu kala, maka dia mogok dan pura-pura lembab untuk upload gambar. Disebabkan aku pun takda mende untuk dibebaikan, maka aku terima kenyataan bahawa harini aku tak bisa upload gambar Turki. 

So, aku decide nak share itinerary kami sepanjang disana. Kalau nak aku ceritakan secara detail, aku terpaksa angkat tangan menyerah kalah, processor aku tak cukup kental untuk rewind semula apa yang terjadi setahun yang lalu. Tapi, aku agak kalaulah percutian ini dinikmati bersama yang tersayang, konfem, konfem sampai umur aku macam ex-pm ke7 pun aku masih mampu mengingati setiap saat yang aku habiskan di Turki.. Ahaks


Hari ketiga: KUDASASI_PAMUKKALE
Kami melawat tempat berikut semasa di Kusadasi: Ephesus Ancient, Seven Sleepers Cave, Artemis Temple Selcuk, Turkish Delight Shop Selcuk, Leather Outlet Factory Selcuk.

Turki memang terkenal dengan tempat bersejarah kan. 
 Kemudian kami bertolak untuk bermalam di Pamukkale. Macam nama tempat dalam cerita hindustan tak? ke aku yang khayal sendiri..

Hari keempat: PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA 
Lawatan di Pamukkale: Hierapolis Pamukkale, Cotton Castle. Lawatan di Konya: Mevlana Museum Konya, Sultanhani Caravanserai Konya.

Pamukkale satu tempat yang Indah. Cotton castle tersangat indah.
Konya ni aku tak tau bahawa ia satu tempat yang sangat bersejarah dan cantik.

Hari kelima:CAPPADOCIA 
Lawatan di Cappadocia: Caydakli Underground City, Pigeon Valley, Valley & Chimneys, Avanos Village, Carpet Factory Cappadocia, Pottery Shop.

Hari keenam: CAPPADOCIA – AMASYA 
Lawatan di Amasya: Sultan Beyazit Mosque, Octagonal Madrasah.

Hari keenam adalah yang paling best sebab kami menaiki hot air balloon. Dan bukan semua orang naik, sapa yang nak naik kena bayar sendiri dengan kos USD220, hampir seribu ringgit. Since aku rasa entahkan aku akan ada peluang lagi ke tak nak naik hot balloon di Cappadocia yang menjadi igauan ramai manusia ni, aku just pejamkan mata dan hulurkan USD220 tanpa ragu-ragu kepada travel agent. Konon kalau mati boleh pejam mata rapat lah. Hahahaha
Sebenarnya ramai je orang ada duit untuk naik (tak kisah la yang pergi dengan group mana-mana pun, tak tertakluk kepada group saya sahaja), tapi, hanya yang ada rezeki sahaja yang mampu fly. Sebabnya hot air balloon ni terbang dengan schedule yang sangat terhad. Ia terbang bergantung kepada cuaca pada hari tersebut. Bayar lah berapa banyak pun, kalau dah depa kata no trip for today, maknanya, hang tunggu la sampai dia yakin untuk fly. Kalau seminggu, maka seminggu la hang kena sanggup tunggu. Ia bergantung kepada angin, kalau berangin dan hujan takkan fly. Kami bernasib terlalu baik, sebab ia adalah satu-satunya hari yang belon tu terbang setelah beberapa lama tak boleh terbang. Dan esoknya tu dengar kata tak boleh terbang semula. Alhamdulillah, Allah bagi nikmat nak rasa seronoknya berada di udara.

Dan Amasya adalah satu tempat yang sangat special di hati saya. Saya sangat jatuh cinta dengan Amasya. Entah la, tak tau kenapa. Walaupun ada budak-budak Turki suruh kami balik masa kami tengah berjalan sebab depa salah sangka bendera Malaysia dengan bendera USA. ahahaha. Takpa, kita tak kecik hati, nak buat macam mana, bendera nak sama kan.


Hari ketujuh: AMASYA - BOLU 
Lawatan di Amasya: Ferhat & Serin Love Museum, Bimararhane Museum, Green River dan bertolak ke Bolu

Hari kelapan: BOLU – ISTANBUL 
Lawatan di Istanbul: Menaiki Bosphorus Cruise, Suleymani Mosque, Fatih Mosque, Grand Bazaar.

Hari kesembilan: ISTANBUL 
Lawatan di Istanbul: Topkapi Palace, Hagia Sofia, Blue Mosque, Spice Market, Abu Ayyub Mosque. 

Istanbul terlalu indah. Andai Allah izinkan, saya nak teroka Istanbul sahaja lepas ni. Masa haritu tak sempat nak naik tram, nak menyelusuri lorong-lorong kedai di Istanbul, nak minum-minum coffee relaks-relaks, nak santai-santai shopping. Masa pergi tu aktiviti sangat pack. Tak sempat nak solat dan hayati masjid-masjid dan tempat sejarah di sana. I.Allah, pasti Allah mudahkan lepas ni. Nak lawat Istanbul je, tempat lain dah puas dah tengok.

Selepas asar, kami bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Kuala Lumpur. Kami adalah antara kumpulan pertama yang merasmikan airport baru Istanbul. Airport yang kami sampai haritu dah ditutup. Kami diberi bunga dan coklat oleh pihak syarikat penerbangan.

Hari kesepuluh: Kami menempuh perjalanan panjang ISTANBUL-MUSCAT-KUALA LUMPUR


Terima kasih Allah. Mudahkan rezeki dan perjalanan kami. Walaupun saya seorang je, takda geng tapi rasa seronok dan sangat enjoy. Tercapai sudah impian nak pusing Turki dan naik hot air balloon yang sangat diidamkan oleh ramai orang tu.

No comments: