Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, September 7, 2020

Saja suka suka

 Assalamualaikum,


Ni baru terasa nak betul-betul menulis.
Well, lately ni macam tak cukup tanah nak pijak, berjalan atas angin, geng kayangan la katakan.


Berangan pi la macamkan dok ada dalam air asia. 


Aku pun tak tau la apa yang aku sibukkan, tengok-tengok dah bulan september. Dah nak habis 3/4 daripada tahun 2020. Eh, 2020 ni kan tahun yang paling di nantikan. 

Aku dok terasa lagi debaran malam penghujung tahun 2019. Macam debaran dok tunggu Wan Emir bernikah dengan mira filzah malam jumaat lepaih. Kot2 la ada jejaka lain mai bawak mesin gun tembak pengantin lelaki kan, dah tak pasai-pasai mira filzah sekali dengan warga FB-net meroyan.. 
Lagi satu, sepatutnya aku ni tengah dok mencongak date nak pi bercuti atau tengah dok berkemas kain baju nak pi bercuti. Biasa la, kalau tengah mengemas kain baju nak pi bercuti di bulan september ni, maksudnya, ha, maksudnya apa? Maksudnya, usia aku bakal bertambah. kahkahkah


Takpa, malam esok, aku akan kemas kain baju, pastu park kereta kat airport penang dan melangkah ayu menaiki anak tangga firefly. Boleh la aku buat video tengah dok kunyah kacang atau cookies masa di atas langit negeri perak. Yes. Lepas tu, masa sampai airport subang, totet totet totet totet, aku book grab, aku di arahkan menunggu di pintu ketibaan, dibukakan pintu setelah grab sampai betul-betul depan pintu dan abang grab bersembang ramah di dalam kereta beliau. Sampai di hotel, kelihatan bidadara tersenyum kacak menyambut dan aku melakukan process check-in di kaunter receptionist.


PANG!


Baru tersedar, aku datang atas urusan kerja setelah dia bertanya adakah bayaran hotel akan dijelaskan oleh pihak syarikat. Aku memandang sayu ke pintu masuk, dan kelihatan bidadara tadi melambai penuh mesra. Abang grab sudah tiada. Dengan semangat yang masih bersisa, aku melangkah ke lif, menekan butang lif. Ting! Lif terbuka, aku melangkah masuk dan menekan nombor seperti yang di arahkan sewaktu dimeja receptionist tadi. Terlalu lama rasanya di dalam lif, sempat aku menyanyikan lagu penyanyi Aisyah bertajuk "pulang". Dan, Ting!. Pintu lif terbuka dan aku melihat ke atas pintu lif dan melihat nombor yang dipaparkan seperti 2 nombor pertama pada kepingan kad yang terselit didalamnya kunci automatik pembuka pintu. Aku melangkah, kelihatan seorang jejaka, bercelana seolah ingin berenang di kolam renang milik hotel. Argh, aku terlupa, warga negeri ini semestinya ingin melepaskan rindu dendam terhadap air setelah lebih 4 hari keputusan air. Aku memandang wajah jejaka itu, dan tanpa sedar bibirku menghadiahkan beliau senyuman paling manis yang pernah aku berikan kepada mana-mana lelaki. Serius, andai ditanya, itulah senyuman paling manis aku pernah lemparkan kepada lelaki bukan anjabi. Kalau dosa senyuman semanis itu balasannya adalah neraka jahanam, bagaimana?. Ke neraka jahanamkah aku, kerana memberikan senyuman termanis yang aku ada?  

Tuhan, maafkan aku.

Seketika.

Aku tersenyum.


Aku kan pakai mask!


No comments: