Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, January 7, 2021

Tolong jadi penjamin scholar anak officemate


Hai,

Minggu lepas seminggu aku di kampung. Habiskan cuti 2020. Dan merasa sambut tahun baru di kampung sambil celcom kedekut line, malam tahun baru tak naik walau 1 bar pun line celcom. Shadap celcom. 

Sepanjang cuti, aku sempat ke saloon Hannan Medispa untuk buat treatment rambut.. Secara jujur, harga kat sini memang meletops ok, namun, atas kapasiti support member, aku pergi la jugak try. Yes, the owner yang kat kedah perlis perak dan penang ni kawan sekolah aku. Masa dia buka kat Kulim, member dah siap simpankan baucer untuk kami kengkawan yang stay kulim tapi malangnya aku tak terjejak kaki ke spa dia. So, kalini kita support lah. Walaupun mungkin dia tak kisah pun kami support ke tak kot, hahaha, member dah success sekarang. Sebagai kawan, aku tumpang berbangga. 

Gambor tak boleh nak tempek la. Gambar before and after yang macam puteri kayangan yang nak diriakkan, kihkihkih.


Hari khamis sebelum masuk tahun baru, aku dapat surat dari poslaju.

Berdebar jugak aku buka surat berdaftar ni. Guess what? Ya Allah, aku lupa yang aku jadi penjamin untuk scholar anak officemate aku. Anak dia dapat scholar TM dan perlukan penjamin. Kata dia, ahli keluarga yang dia mintak jadi penjamin mintak nak tengok macam-macam. Pastu dia tanya aku boleh tak jadi penjamin anak dia. 

Agaknya apa respon aku? 

Aku terkejut sebenarnya sebab famili member dia mostly educated and kerja besar-besar, means, gaji berganda ganda dari aku. Bagi aku, scholar belajar bukan macam buat personal loan. Ini pasal masa depan. Aku pun pernah dapat scholar masa study dulu and penjamin aku yang gaji seribu lebih tu relaks je jadi penjaminaku. Tu tera beberapa semester penjamin aku dapat surat warning sebab aku tak capai pointer 3.50. Hahaha. JPA memang sangat strict, walaupun zaman aku dulu cholar JPA cuma RM3k setiap semester, berbanding loan PTPTN kawan-kawan aku RM3.5k per semester, itu pun ada kawan yang dapat PTPTN pinjam duit aku..Jadi, bila kawan aku mintak jadi penjamin tu, aku terus je setuju jadi penjamin dengan pesanan, sila maklumkan kepada anak dia untuk study sampai habis dan jangan main-main (kalau nak kawen sila maklumkan awal-awal kepada aku, so, aku boleh tentang)... hahaha.. Nak belajar buat cara nak belajar, sila ingat orang lain yang takda blood related yang sanggup jadi penjamin nak bagi hang belajar sampai berjaya.

The problem bila aku dah setel isi semua forms was, the wife of the officemate, got jealous. Jealous for what? Pelikkan? Tak boleh nak hadam aku bila bini dia jeles aku tolong jadi penjamin anak dia punya scholar. Kalau ikutkan bukan aku ambik duit laki dia? Masa tu aku cakap kat officemate, kalau bini encik jeles, saya ok ja tak payah jadi penjamin... Gilo apo orang nak tolong tanpa anything in return, hang nak tarik muka. Tak paham aku, dan aku pun lepas ni kena be selective, jangan nak kesiankan semua orang. 

So, in future, if anything happen to me, I hope someone from my family members will read this, and know about this agreement. Aku jot down kat sini sebagai rujukan incase aku terlupa atau ada the third party claim apa-apa, sila rujuk sini yer. Aku sincerely helped and hope the girl will graduated with lots of wisdom and empathy. 

Ni sampul surat. Agreement nya ada kat office.


 

No comments: