Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, September 19, 2024

Tak semena-mena admitted yellow zone emergency department HUSM

Aku ni ibarat jatuh bertimpa-timpa
Maybe badan memberi signal, you are not that young anymore
Atau badan memberi signal, you are not in a healthy emotional level

Rabu lepas (4 September 2024), hanya sehari selepas aku balik dari Kedah ke HUSM, maghrib tu chest pain aku datang semula.
Sejak Ogos tu aku dh start rasa chest pain, tapi sebab the intensity tak high sangat dan the pain tu slowly hilang, aku take it lightly.
Sehingga lah petang rabu, selepas balik dari lab sekitar 6 petang, aku rasa letih benor. Rest kejap, perut pun rasa lapar. Baru teringat, last aku makan berat adalah around 10am dan aku makan pastries selepas solat asar (makan sembunyi-sembunyi dalam lab sambil tulis tesis)... Aku decided untuk mandi awal dan ready for maghrib, lepas maghrib boleh dinner santai-santai, dalam kepala dah terbayang megi goreng.

Around 7 macam tu, Lyla balik dari Gym dan terus masak megi. Wah, bau dia betul-betul buat kepala otak aku tak boleh fokus, tapi masa ni la chest aku tiba-tiba berdenyut sakit. Sakit yang macam kena percikan api, macam burning flame. 

Aku terus kembali ke bilik aku, pakai telekung dan tunggu azan maghrib. Masa ni pain tu memang terasa sangat. Dan aku dah rasa mual-mual. Lepas solat maghrib, buka je telekung, aku terus lari ke toilet. Rasa macam sesuatu nak keluar. tapi bila dah kat toilet, tak keluar apa pun. Arghhhh risau ni. XiangLing baru je turun untuk ke airport, dia akan ke Putrajaya untuk interview naik tahun kerja dia. Maknanya, tinggal aku dan Lyla. If anything happen, minah tu mesti taktau nak buat apa. So, aku decided untuk maklumkan kat dia dan bagitau yang esok pagi aku akan ke klinik staff USM. 

Tau makcik tu punya reaction?
"No kakak, we go to emergency now?"

Terkejut kakak ni. Since the pain is still there, so kami pun segera tukar baju dan ke emergency.

Lepas daftar di emergency, aku pun di panggil untuk screening.

Aku: "nak check apa dik?"
Kaunter: " Kite check bp puan"..
Aku pun hulur lah tangan, adik tu pasang strap tu dan on machine.
Tiba-tiba.......

"teng...teng..teng..."
Mesin tu bunyi kuat
Semua staff kaunter datang tengok, sambil depa cakap-cakap dan tanya adik tu kenapa aku datang emergency... 

Aku: :"Kenapa mesin ni bunyi dik?"
Kaunter: " Tak apa... Puan boleh baring kat dalam, kita nak check jantung"

Aku pun masuk baring dan adik tu mulakan check ECG. Lyla setia mengikut dan bergelak ketawa dengan staff kaunter yang lain. Seronok dia..

Aku: " Adik, kenapa mesin tu berbunyi tadi"
Kaunter: "Tadi bp puan tinggi sangat, mungkin sebab puan tengah tahan sakit"
Aku: " Oh, patut la dia bunyi menakutkan.. Terkezut saya.."

Dah habis check, dia mintak tunggu. Actually masa ni aku dah macam halucination, aku tak boleh nak digest sapa yang tengah bercakap dengan aku.. The funny part is, aku pergi ikut sorang nurse ni ke green zone. Aku ingatkan nurse tu panggil nama aku suruh pergi jumpa doktor kat green zone. Sekali bila dah sampai kat green zone, bila aku tanya dia aku nak kena buat apa, muka dia terpinga-pinga tanya aku semula.

Aku: " Tadi bukan nurse panggil nama saya ke?"
Nurse: " Bila masa saya panggil, tak ada..."
Aku: " Oh, ok.. Saya salah dengar"

Ya Allah malunya. Dan bila aku kembali ke lobby emergency, rupanya staff-staff kat kaunter yang sebut nama aku. Kahkah.. Aku pun bagitau la, aku tersalah ikut nurse, aku ingatkan nurse tu panggil nama aku suruh ikut dia.. 

Kaunter: " Puan duduk dulu, nanti kita panggil"
Lepas beberapa minit, adik kaunter tadi panggil nama aku semula.
Kaunter: " Puan duduk sini yer"

OMG..
Dia suruh aku duduk atas wheelchair. Berdebar terus aku. Aku pandang Lyla. Aku buat muka blur, sebab sememangnya aku blur, tak boleh nak digest what is currently happening.

Dua orang staff kaunter tadi tolak aku ke dalam. 
Kami melepasi greenzone.

Ya, aku kenal green zone, sebab aku pernah ke green zone untuk cuci luka infection surgery aku. 

Tapi ke mana dia nak bawak aku..

Jeng jeng jeng....

Yellow Zone...

Dia tolak aku masuk yellow zone. Yellow zone yang penuh manusia. Chaotic. Aku rasa macam nak lompat lari balik ke asrama. Tapi aku sabarkan diri. 

Lyla tetap setia di sisi. Kami menunggu hampir 2 jam lebih sehingga Dr Tan datang clerk aku. Macam-macam soalan, dan dia tanya soalan ni;

Dr.: " When is your last period?"
Aku: " Last month, middle of the month. When is it Lyla?
Lyla pun check kalendar dan tunjuk kat aku.
Aku: " I think it is around this week, this 17th week."
Dr.: " No, i want the exact date."
eeeeeeeeeee... geram je kiteeee
Aku: "Lyla, give me my phone..."
Aku buka apps aku, dan tunjuk kalendar period aku kat Dr lelaki itu... Nampaknya dia berpuas hati bila dapat the exact date..

Dr.: " How was the pain? is it like burning, or ditumbuk? cuba bagitahu saya?"
Aku: " erkkk dia macam painful, if based on scale i would give scale 7 out of 10, dia macam burning tapi painful"
Dr.: " You ada sakit perut, boleh saya pegang perut?"
Pegang la Dr.. Pegang la mana pun asalkan dapat cari penyebab dia, i taknak hidup dalam miserable... gituuuu...

Tak sebenarnya nak balas kat dia, kalau Dr. berjaya jumpa perut saya, saya belanja Dr. kopi...👱 

Kenapa saya tak belanja Dr. kopi? Sebab.... yang Dr. pegang tu lemak saya, bukan perut saya..hahahaha

Berguna jugak Lyla menemaniku, Dr. tu memang bagi arahan kat Lyla suruh tolak aku untuk pergi x-ray. See, membantu jugak Lyla, takda la nak kena susahkan nurse yang extra busy kat situ. Aku tengok depa berkejaran dalam ward tu, aku pulak yang terasa sakit tumit.. 

Around 12 tengahmalam, aku berjaya dapat katil. Masa ni, aku dah bagitau Lyla, later you balik, ambik barang-barang i. Makanan jangan lupa, air kosong, set baju bersih, tuala, berus gigi dan set telekung. Dia tahu aku tak sembahyang Isyak lagi. Member catat semua pesanan aku. baguih dak Lyla ni. Dalam pukul satu macam tu, lepas doktor dah ambik darah, dah bagi ubat IV (dapat ubat gastrik), Lyla pun bergerak balik ke bilik. Member sejak balik gym, mandi pun dak lagi... Aku tau dia dah rabak gila dah...

Lepas Lyla balik, baru la aku nampak muka sebenar Dr Tan since dia dah buka mask dia masa tu, comel giler.. hahaha

Few times dia datang kat aku:
" Nurse dah bagi ubat kan?"
"Kita tunggu result darah baru kita boleh discharge"
" Result darah you belum dapat lagi"... kenyataan ni bberapa kali la dia datang bagitahu
Entah la, muka aku nampak macam tak sabar nak balik ke? Sebenarnya aku tak kisah pun, and aku memang ok ja duduk atas katil tu sebab katil aku memang betul-betul selang sebuah katil, terus jumpa meja doktor. So, I am feeling safe there.
Sebelah meja kerja nurse-doktor tu, antara katil aku ke meja mereka, adalah katil pakcik yang tengah tunggu nak dapatkan high flow oksigen di red zone. Pakcik tu ada masalah jangkitan baru-baru and they are waiting to transfer him to red zone sementara nak dapatkan katil wad. 

Lyla came in tak sampai sejam selepas dia balik ke bilik. Dia datang balik dengan3 beg besar. Adoi, macam nak duduk seminggu pulak aku kat situ. Satu bag besar penuh makanan. Yang akhirnya dia yang makan sebab member memang lapar sangat. Satu bag penuh baju, tuala telekung dan sejadah mini (pandai dia ambik sejadah mini, sejadah ni aku baru bawak mai dari kampung dan tak pernah tunjuk pun kat dia), dan satu bag lagi penuh dengan miscellaneous. Makcik ni memang baguih la, terharu gila aku. Ada doktor lelaki lalu jenguk-jenguk makanan kami, pastu dia cakap, haaa makan la jangan tak makan pulak.. 

Around 4am, Dr Tan datang bawak berita gembira:

"Ok, kita dah dapat result darah u, semua ok. Tapi nanti saya akan bagi surat untuk you dapatkan appoinment untuk cardio dan stress test, nanti pergi klinik KRK ye"
" Tapi sebelum tu kita cek jantung lagi sekali"

Lepas setel semua, dia blah pergi setelkan apa tah.
Around 5am, nurse datang buat ECG kali terakhir, dan setelah berpuas hati dengan bacaan ECG aku, depa pun cabut semua wayar. Yeay...

"Ok, puan dah boleh balik"

Lets go lyla.... and aku pun melambai-lambai mengucapkan terima kasih kepada semua doktor dan nurse yang ada di kaunter. Lepas ambik ubat di farmasi kecemasan, aku pun drive balik. Kubang Kerian masa ni memang krik krik, sebiji kereta pun tak ada di jalan, manusia pun tak nampak.. 

Elok je aku park kereta dekat parking asrama, phone aku bunyi. Dan naik number hospital.

Dr Tan: " Hello, ini norhidayah ke?"
Aku: " Ye saya"
Dr Tan: "Saya Dr. Tan dari yellow zone. You dah balik ke? Dah ambik ubat?"
Aku: " Yes, saya dah ambik ubat. Tadi nurse dah discharge, so saya dah balik la, dah sampai rumah dah ni"
Dr Tan: " Oh, dah sampai rumah ke. Boleh tak you datang balik jumpa saya?, Ada borang you kena ambil"
Aku: " Datang semula? Erk, saya dah sampai rumah ni. Boleh tak saya datang tengahari nanti?"
Dr Tan: " Nak datang tengahari?,,"
Masa ni dia macam bunyi errrrrrr... pastu diam sekejap
Dr Tan: " Boleh tak you datang sekarang jugak?"
Maigod, aku rasa macammmmmmm
Aku: " Tapi doktor saya dah sampai rumah ni"
Dr Tan: " You kena datang jugak ambil borang ni sekarang"
Aku: " Ok, saya kena datang ambil borang je kan? Tak da kena sign apa-apa kan?"
Dr Tan: " Ye, datang jumpa saya ambil borang"
Aku: "Ok la, saya datang sekarang, bye"

.... "Lyla, let's go back, the cute doctor asked us to come back to collect the form, i don't know why he could not wait until this morning, I can just come later to collect the form..huarrrrrrr"...
Membebel-bebel aku kat dalam kereta, cuci muka sikit dan start semula kereta... Sian Lyla member dah rabak gila babeng dah masa ni

Tiba-tiba phone bunyi lagi,number hospital naik lagi...

Nurse: " Hello, ni Norhidayah ko? yang baru discharge yellow zone tadi"
Aku: " Yer saya"
Nurse: " Tadi Dr. ada telefon kan suruh datang. macam ni la, puan tak payah la datang. nanti nurse uruskan borang tu. Nanti dah dapat tarikh kami akan telefon puan inform yer"
Aku: " Oh ye ke.. Ok. Boleh puan. Terima kasih ye"

Yeay boleh naik mandi. Sempat lagi solat isyak. Tunggu sat ja, dah azan subuh... 

And the next week nya, nurse pun telefon aku inform the date yang aku perlu pergi ke klinik cardio. 
Since date tu tahun depan, aku pun pergi sendiri ke klinik cardio untuk set new date. Dapat la awalkan ke bulan oktober.

Itu la cerita aku masuk yellow zone. Haahaha

Dramatik betul kehidupan aku.

Masa awal2 dapat katil.. kerusi tu tanda meja kaunter kat situ..

Muka tak puas hati dok tunggu bila kakak boleh discharge

Muka kawan rabak gila.. Thank you Lyla for everything. I owe you a lot.. 

Muka macam baru lepas beranak... hahahaha... Masuk air sebotol, kembang satu badan... Gitu punya alasan


Begitu la agaknya fasa kehidupan bila dah nak masuk 40 tahun... 

Happiest birthday to me.








No comments: