Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, January 14, 2022

Gali kubur dan bahana lepas makan KFC

4hari lepas, aku balik kerja dah petang dalam pukul 6, aku perasan ada sekor kucing macam terbaring tak bergerak. Aku cuba acah-acah nak halau pun dia taknak gerak. Sebagai seorang penggeli kucing, aku macam arghhhh awat hang mati dalam kawasan rumah aku. 

Nak jadi cerita, malam tu kedua-dua hosmet aku ONCALL. Aku stay sorang je la kat rumah so aku macam stress gila sebab aku tak boleh nak share pasal kematian kucing tu kat sapa2.

Esok pagi, yes, sah memang dia mati. Badan dah start kembung. Kat lab, dah petang tu, aku wasap Ain ceritakan pasal kucing yang mati tu. Dalam rumah ni, aku lebih close dengan ain. Even hosmet sorang lagi pun close tu ain. Apa2 problem pun nak cerita kat ain. Ain kata, takpa la, petang ni kita buang.

Petang tu aku balik lambat, masa nak sampai rumah, aku berselisih dengan kereta ain. Aik nak gi mana pulak si ain ni. 

"Mu nak gi mano ain"

"Aku nak gi buang sampah"

Sampai rumah, masa aku park kereta, aku perasan ada segurumpulan lalat dok terbang atas binatang berbulu hitam. Aik, ain buang kat dalam lubang depan bilik aku ke? Tapi kenapa binatang ni kaler hitam, bukan ke kucing yang mati tu kaler grey. Terus aku tak sabar nak tunggu ain balik dari buang sampahnya tu.

Masuk je dia dalam rumah, aku terus tanya:

"Mu gi buang mana kucing tu"- muka serius ni, nak marah la jugak apahal buang dalam lubang depan bilik aku,  means awat hang buang dalam compound rumah, why not tunggu je aku untuk tanam sama-sama.

"Aku gi buang la"

"Buang kat mana? Tempat sampah"

"Aah, aku buang kat tempat sampah tadi. Nape?"

"Habis tu, apa benda hitam dalam lubang bawah pokok depan bilik aku tu?"

"Hah, benda apa pulak. Jom pergi tengok"

Lepas aku tunjuk-tunjuk lokasi sebenar dari kejauhan, ain pun jumpa. And, surprisingly, memang kucing mati la. Kucing lain. Peliknya, depa ni kenapa nak mati secara berjemaah dalam kawasan rumah aku ni. Aku dah la tak suka kucing. 

Malam tu, mesti la aku serabut mak jemah. Cemana ni, cemana ni... Hosmet aku relax ja, yer masalah kucing ni simple je bagi dia, tadi pun dia angkat kucing yang grey tu siap ada lebihan isi kat lantai dia ambik berus cuci relax ja. Aku memang tak boleh, mau muntah hijau aku kat situ. Lepas isya', aku wasap budak2 lab, akma and amalin, if ada cangkul tolong ler bawak. And aku pun cerita la apa yang jadi. 

Nak habaq mai, baik tak baik la budak-budak dua orang ni, depa bermurah hati, mai rumah aku, tolong korek lubang, angkat and kuburkan kucing. Kucing tu dah besar, macam mak kucing. Aku sangat la berterima kasih kat depa. So, dah habis segala susah payah depa tu, kami gi minum-minum. 

Yeah, sepanjang depa buat kerja, aku menjadi mandor dari kejauhan. Kuang ajo kan.




Menteri sila belajar yer cemana nak bagi nampak seolah-olah kita sangat into the scene. Ni baru posisi yang betul. 

Depa request nak air kelapa, ni je la port yang aku tau.. So, depa approved sedap. And memang sedap, Kami minum coconut shake dan keropok lekor. Dah la lawa dan bijak, pastu baikhati pulak, moga korang dapat la suami yang soleh..Ni mesti bangga ni kalau tau aku doa diorang dapat suami soleh. Aku selalu cakap, korang ni nampak je innocent, tapi stalker, kenal saje Dr fattahamin la, Dr syedsaddiq la... maciam-maciam.

Aku dan zati, hari-hari berkongsi cerita. Selalunya mode kami bercerita adalah melalui voicenote. Pastu mengantok, arghhh, mengantok macam nak hentuk kepala. Zati plak dok suruh aku lena, masalahnya macam mana nak lena. Takda privasi langsung bilik postgraduate ni. 
Masa ni tinggal aku sorang, dah lewat petang, boleh la selfie dalam bilik ni.

Ni dari pointview aku. Depan aku ni DR. Tey, doktor lelaki. Habih tu, hang nak suruh aku lena pakej lengkap air liur meleleh and berdengkur depan dia ka? hahahaha. Mesti la aku jaga ketatasusilaan diri aku kan.

Clinicians yang sambung belajar di jabatan aku mostly akan jadi specialist in pathologist, aku rasa la...

Macam kat rumah sewa aku, aku duduk dengan bakal Specialist O&G dan Specialist in Surgery. So, kalau aku cakap aku taknak makan, depa akan cakap, kami belah perot hang masukkan makanan.

Hari rabu, kami pergi makan dah dekat around 1pm, pastu opkos la makanan dah habis dekat cafe. Kami pulak pergi kafe jauh sikit sebab pagi tu kereta penuh dekat parking tempat aku selalu park, so, aku park dekat area cafeteria asrama student je, jadinya aku ajak la depa pi lunch situ sambil nanti lepas lunch nak ubah kereta aku ke tempat biasa aku park. 
Kami ke cafe satu lagi pun dah habis makanan jugak. Uols tahu la makanan kat kelantan ni, tak banyak variasi. So, lauk tak banyak pilihan, dah yang tu je ada, habis la lauk tu awal, dah habis tu idok ler reti deme nak tambahkan semula lauk tu. 
Sekian, laporan dari aku.

Kami ambil keputusan makan di luar kampus USM.

Kami ke KFC. And selepas makan, sambil berjalan keluar KFC, aku telah terpeleot kaki selepas dari pintu KFC. Ada bahagian tinggi rendah la pulek kat situ. Masa tu macam bunyi pop, dekat telinga aku je la dengar. 
Kat lab, aku dah rasa macam semut-semut dekat buku lali aku, nak bagi cerita makin sedap,  petang tu aku jalan2 pusing USM dengan Ain.

Maghrib, hurm... Dah start sesemut tu makin kuat. 
Esok paginya, dah nak menangis dah aku ni masa solat subuh. Tak boleh nak duduk tahiyat dengan betul, terpaksa ler tahiyat duduk atas kerusi. 

Khamis, aku pun stay at room je la. SV dan budak-budak lab kata rehat je kat rumah. So, aku rehat la, rehat dari melihat dan membaca jurnal. Yeah, i loike. Aku tengok fon je sepanjang hari, bahagianya. Bahagia tu sebab aku dinasihatkan untuk tak payah pikir pasal kerja, rehat je.. SV yang nasihatkan. Mau tak bahagia aku nih, tu yang melampau-lampau aku terbawak-bawak tengok fon sampai harini.

Semalam, aku keluar dinner dengan ain pukul 10pm.


Dah, jangan tanya bila aku akan kurus...

Daaaaaaaaa

No comments: