Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Saturday, January 8, 2022

Survive first month sebagai Full time PhD student


Dah sebulan setengah aku di USM Kelantan sebagai pelajar sepenuh masa. Tipu la kalau aku cakap aku dah redha dengan status aku ni, kahkahkah, redha pulak dah. Macam kena paksa pulak aku sambung belajar ni. Amboi dayah, syok no put blame on other people.

Semalam, aku ada meeting dengan director salah satu HiCoE di USM. Aku tanya dia, dia nak aku represent as staff sirim atau as usm student. Sebab bagi aku, perbincangan akan berlainan depends on aku akan pakai topi mana. If aku pakai topi sirim, dia perlu hormat aku sebagai customer (since aku ketua projek yang akan bayar untuk guna fasiliti di tempat dia, so, as formaliti dia kena treat aku as customer la walaupun aku much muda and less competent dari dia)... If dia anggap aku as student, ok, it is her right untuk membebel or guna la kuasa dia as director pusat. If dia rasa position dia as director tu dah besar sangat. phuiiii.
Dia nak aku datang ke tempat dia sebagai staff sirim, aku pun OK!

And I must say, dia sangatlahhhhhh tak pandai public relationship. Nak orang collaborate, treat la your potential collaborator nicely, ni buat perangai kerek nak mampos, mampos la kau aku nak collaborate dengan kau.... 
tak, tak, baisanya aku tak segarang ini..hahhaha

Tapi since aku nak guna lab dia untuk develop kit aku, aku dengar and fahami beserta anggukkan je la. Tapi aku bukan guna kosong yer, aku rental all the facilities dlm lab dia dengan bayaran menghampiri 100k.. Bukan sikit and dia layan aku macam tahi, just becoz aku looked young, and takda title. Hazabedah betul manusia kerek macam ni. 
USM mungkin patut lantik director with good negotiation skills, presentable, leadership strong and great marketing mind. 

Boleh ke buat lantikan semula? hahaha

Mampos la kalau SV aku tau aku buat post macam ni, mesti aku kena sound. Bagi beliau, aku kena sesuaikan diri dengan keadaan sebagai student, tak boleh samakan posisi aku as student sekarang dengan title aku sebagai pekerja sirim. Yes, aku paham apa dia nak sampaikan, aku komplen banyak, tapi aku komplen as kapasiti aku sebagai alumni USM, aku bukan baru sebulan jadi student usm, aku buat degree dan master di usm. Opkos la aku tak puas hati bila corak kehidupan student di sini masih di tahap lama.. Maybe inilah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Sv aku apabila ambil student alumni usm kampus lain yang bekerjaya as student dia, kakakakahkahkah...

Ok, dah ler aku membebel pasal director tu. Nanti kalau dia buat hal lagi, aku akan membebel lagi.

Salah satu skop projek aku adalah, aku kena testing kit yang aku akan develop menggunakan clinical sample. Dan untuk aku gunakan clinical sample tersebut, aku perlu memohon kelulusan jawatankuasa human ethic USM. Nak sampai kepada jawatankuasa ni memang sakit kepala lah, sebab form dia more to clinical basic. Aku budak kimia kot, aku rasa macam nak menangis hentak-hentak kaki nak drop je belajar dan projek ni. Masalahnya, aku dah sign all the agreement forms. Huaaaaaaaa. 

Bila aku tanya budak-budak postgraduate lain, diorang semua tak isi sebab form tu biasanya diisi oleh SV mereka, dan SV mereka mostly adalah clinician. Dan, disebabkan aku adalah ketua projek, SV aku kata aku boleh pikul tanggungjawab tu untuk isi as principal investigator dan permohonan adalah atas nama aku. Tah la, aku hadap, hadap sambil sumpah seranah dalam hati awat aku sambung study... kahkahkah. Kalau aku tak sambung study, SV aku tu kolaborator projek aku, as kolaborator itu lah tugas dia untuk mohon kelulusan ethics. Jadi sekarang, aku la pikul segala tanggungjawab, berat gila-gila  responsibility aku bila aku pakai both topi (ketua projek dan PhD student) serentak. 

Permohonan aku pulak perlu melalui Timb. dekan penyelidikan dan pengarah HUSM sebelum boleh di bawa ke jawatankuasa kelulusan. Aku la yang hantar dan ketuk pintu setiap pejabat tu. Huwaaaaaa. tak larat nak huwaaa dah dalam masa sebulan aku kat USM. Tapi alhamdulillah la, dalam masa sebulan, semua benda tu dah berjaya di upload dalam sistem untuk di bawa ke jawatan kuasa yang akan bersidang awal 2022. Mungkin mereka akan panggil aku untuk sesi interview, aku tak pasti, aku tak pasti nak merepek apa nnti kalau diorang tanya dengan lebih detail apa yang aku tulis, sebab proposal dan calculation aku tu based on pemikiran aku berkenaan clinical sample yang sangat dangkal. Nanti bila aku dah dapat keputusan dari jawatankuasa human ethics, aku update k.

Ini masa pagi aku nak hantar form aku untuk mohon kelulusan pengarah HUSM. Aku ajak budak-budak ni teman sebab aku tak pasti macam mana nak ke bangunan pentadbiran HUSM. Sebelum ke sana, kami makan dan minum dulu sebab aku dah lapaq. 

Pejabat pengarah dah jumpa, tapi kena turun semula sebab kena mohon tandatangan dari pengarah pentadbiran dulu. 

Kat USM ni tengah ramai manusia mai cucuk booster. Tapi budak2 ni and SV aku taknak cucuk sebab diorang ada masalah kesihatan dan mengalami post-effect yang teruk selepas cucuk 1st and 2nd dose dulu.

Pagi depa kata depa nak kena cucuk vaksin ni, aku ajak depa breakfast sama-sama lepas cucuk. Masa aku sampai USM pukul 9am, aku baca reply akma kata depa tengah dok pikir lagi samada nak cucuk atau tidak. Aiyooo. Bila aku masuk lab, tangkap dua-dua tengah sembunyi takut ada staff kesihatan datang carik depa.. kahkahkah

Ini SV aku belikan printer baru untuk kegunaan kami. yeay.. tq SV

Port wajib kereta aku sepanjang sebulan di USM. Tapi bila masuk tahun baru, staff mostly dah masuk kerja dan port ni dah tak jadi port tetap aku dah. Aku kena parking jauh n jalan kaki jauhhhh untuk ke lab. Hurmmm, jalan jauh,kurusnya tidak

Masa ni, SV aku buat makan-makan sempena menyambut kedatangan aku dan Bello (sebelah aku).. Kmi bertiga adalah PhD student di bawah SV yang sama

Cuba teka mana satu SV aku, ramai cakap kami nampak sebaya

Yer, disebabkan kami nampak sebaya dan seperti rakan sebaya lah aku berlembut hati nak jadi student di bawah sv aku ni

Makanan yang beliau sediakan.. Aku datang bawak perot yang kosong

Budak prerempuan berdua tu banyak sangat restriction makanan, and sama je pola makan depa dnegan SV aku... Patut la depa kurus2.. Aku? aku tak geng bab2 makan dengan depa

Masa ni SV aku suruh kami tengok gambar2 beliau semasa muda dan ranggi.. Beliau buat degree dan PhD di Aussie, sbb tu dia terer microbiology 

Macam scammer keldai dadah dah aku tengok...hahahhaa

Ini masa kami bertiga keluar minum and lunch dekat kafe sebelah USM... KB ni terlalu banyak kafe2 hipster... Macam cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini gambar last weekend semasa aku keluar dengan hosmet aku dan kawannya.. Sedap jugak and murah la jugak kopi kat sini. Kalau murah tu maksudnya range between RM7-10. 

Aku tengah interview salah sorang staff yang akan bekerja di bawah aku dan akma antara candidate yang di shortlistedkan sebab dia ada experienced and knowledge dalam projek yang aku sedang jalankan. Ada sorang lagi candidate, aku lupa nak snap. 

Sedihkan tengok tempat duduk interviewer. 

Makanan yang kami pilih, dan turn up 2 lauk tak habis.. Singgang daging and masak lemak manis (manih oiiii).... Ni total semua RM50.

Muka 3 budak lepas dengar director tadagune tu membebel perkecilkan kebolehan aku, ceh, tau la aku takda title tapi aku tak bodoh la untuk pilih sapa nak collaborate dengan aku. Pooorah

Breakfast semalam, pagi jumaat, hosmet aku belikan, dan dia claimed this is the best nsi kerabu in KB. Ok, aku admit la, sedap, sedap giler, 

Pagi ni, kami jalan kaki pusing USM dan pergi breakfast makan nasi berlauk dan nescafe beng.... Its ok, itu lebih baik dari selalunya aku makan yang sama tanpa ada exercise langsung...

Good job hidayah and Dr Ain.

Ini la Dr Ain, a specialist in O&G... baru2 ni masa dia dok cerita struggle dia, dia cakap gini, "thanks dayah kau yang jadi hosmet aku, aku appreciate sangat"... aku pun appreciate jugak sebab ada kawan nak jalan petang2 and faham the struggle yang kami lalui. 

Lagi setahun dan dia maybe akan ke hospital lain. Sekarang dia tengah sambung as specialist. Tapi dia memang Dr O&G...


Sungai ni, belakang rumah kami je. Ada coffee shop best, walaupun a bit pricey, tapi taste not bad. 

Thats all... babai, nak sambung extract data untuk paper Bello..

No comments: