Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, October 10, 2019

Kerja + Bercuti di Kelantan (istimewa sebab bawak mak)


2 minggu selepas raya haritu, aku join 1 workshop di USM Kubang Kerian. Workshop tu pulak 4 hari, and aku pergi sorang je. So, beberapa hari sebelum nak pergi, mak aku decide nak ikut. Ni first time dia nak ikut aku ke Kelantan. Since dia nak ikut, kena la bawak bodyguard lain jugak. Malam selepas kami bertolak tu, Afifi pulak bertolak ke Terengganu. Dia akan jalani training di sana selama 5bulan. Keputusan mak aku untuk ikut aku ke Kelantan adalah yang paling terbaik, sebab, kalau tak mesti dia sedih giler Afie nak ke Tengganu. Afie banyak spent time kat rumah dengan dia, and malam2 kalau takda orang kat rumah, Afie akan tidor kat sebelah mak temankan mak. Plus, dia rajin jugak masak-masak and kemas rumah like sapu sampah. Konfem lah jadi cucu kesayangan kan.

Aku tak suka dengan camera Huawei sebab ni lah, front camera dia memang hampeh. Be it P30. Nampak tak mak aku tengah tonyoh gigi dia dengan kulit pinang.
 Masa on the way, kami singgah tapau makanan dekat Baling dan berkelah makan dalam kereta dekat Tasik Banding. Ye la, dari kampung nak sampai ke Tasik Banding pun dah makan masa hampir 3 jam.
Sampai Jeli, kami singgah ke UMK. Tempat Awa study dulu. Bila lagi nak masuk UMK kan. Lagipun, kami tumpang solat sekali dekat masjid UMK. Bersih dan selesa masjid kat sini.

Model-model ni memang tak payah ajar, depa terer bab pose ni. 



Malam pertama sampai, kami tidur di pekan KB. Apa tah nama service apartment kat situ, betul-betul dekat bazar tok guru. Ambik studio house, jadiklah untuk kami berempat. 

Pagi esoknya, selepas beli breakfast dekat Din Tokyo, kami lepak kejap dan terus bersiap. 
Destinasi seterusnya nak bungkus makanan di Nasi Ulam Cikgu yang dekat Pusat Kraf.

Lepas park kereta, terus kami pergi bungkus lauk dan nasi, dah siap nak bayar dengar ada orang tegur. Jumpa pulak dengan Jijie. Jijie tengah training di Pengkhalan Chepa. Rupanya dia tengok komen aku dalam wasap famili dan terus ajak kawan dia datang. nasib lah kami betul2 ke Nasi Ulam, kalau kami tukar fikiran ke tempat lain, haaaaa.. 
Konon surprise habis lah tu dapat muncul depan kami semua. hahaha
Since kami taknak makan lagi sebab masing-masing masih kenyang, kami just ajak Jijie minum-minum. Dan diskas untuk dinner sekali malam esoknya. Jijie pulak tak sure lagi schedule dia macam mana, sebab dia tengah standby untuk balik kuantan anytime.









lepas habis minum, kami semua bergerak ke destinasi masing-masing. Jijie dan kawan dia nak ke shopping mall nak beli barang kawan dia. Kami pulak bergerak ke Kubang kerian. Kami nak check in tempat tetap aku kalau ke KK, iaitu, Hotel Al-Khatiri. Hahaha. Ni memang hotel favourite. 
Lepas check in, aku tinggalkan depa dalam bilik, dan aku ke coffee house dekat area hotel tu. aku ada discussion dengan Dr. Hanim. Kami tengah nak siapkan satu proposal. Lagipun, tujuan aku join workshop ni pun sebab nak lebih memahami projek yang kami rancang nak propose ni. Kedengaran hebat bukan, hahaha.. Takpa, kalau tak setuju pun aku tetap anggap hebat. Eh, sukati aku lah blog aku.

Dah dekat asar baru habis discussion, so, aku balik bilik tengok makanan semua dah habis. Apa lagi, terus paksa semua orang cepat-cepat bersiap untuk kami ke Acu Tera Sotong Celup Tepung di Pantai Sabak. Semua orang kena makan seafood celup petang ni.. Ini adalah arahan.








Banyak giler makanan kami order. Agaknya kenyang ke tak? 

Sebenarnya masa tu kenyang dah tapi masa aku nak ke kelantan, opismet aku yang orang kelantan tu suruh aku try rasa satar di Pantai Sabak. 
Actually, dekat je Acu Tera nak ke kedai sata yang femes ni. Tapi, kedai ni tutup pukul 7pm, so kami kena la laju sikit supaya tidak sampai2 disambut oleh signboard sahaja.

Dan, yeay. Sebagai seorang yang tamak, aku beli banyak lah jugak, dengan harapan semua orang bernafsu gajah macam aku. Kalau tengok saiz mak aku, tepat sekali, dia tak makan sata tu sebab dah kenyang. Aini dan Kinah pulak tak lalu nak kan. jadi, adalah menjadi tanggungjawab aku menghabiskan semua makanan yang dibeli. Malangnya, aku bukan setakat beli sata je, aku beli sekali otak-otak. Dan otak-otak kat kelantan tak sama yer macam yang kat Johor dan selalu kita makan. otak-otak dan sata kat Kelantan kaler putih macam letak santan. Dan rasa dedaunan dia sangat lah kuat, means dia letak macam sayur-sayur yang orang buat kerabu tu banyak sangat.




Hari kedua di kelantan, bermula lah kehidupan seperti seorang student. Pagi dengar talk, petang sesi praktikal. Ok lah, walaupun aku masih noob, tapi masa praktikal tu aku takdak lah kelihatan jakun sangat. 

Ada satu slot tu, speaker dia dari negara arab. Untuk makluman, geng-geng ni ada hat jenis nak betul je, ok lah fine, ko sorang je hebat. Masa pak arab ni bagi talk, aku memang melayang-layang. Tah apa kejadah dia membebel kat depan tu. Siap marah pulak bila kami semua takdak soalan nak tanya kat dia. Malang sungguh nasib dia sebab dalam ramai-ramai tu, dia nampak muka aku macam nak tanya soalan, so dia suruh ler aku tanya.

Pak arab garang: Yes, you. Beautiful lady, what is your question?

Aku: (muka blur) is it me? (aku masa tu tengah tongkat kepala, sungguh tidak sopan sekali)
Pak arab garang: Yes, please ask.
Aku: Doc, is it your last topic in this slot?
Pak arab garang: (seolah tidak paham tapi dia main jawab je) Yes.
Aku: Can we take five?

Padan muka, nak sangat suruh aku tanya soalan. 

Terpaksa lah chairwoman majlis meminta pak arab tu bagi kami rest kejap untuk breakfast. Actually, dia taknak stop. Tapi, apa kejadah suruh aku tanya soalan kalau taknak granted kan? Betul tak?

Dan masa breakfast tu, ada lah beberapa orang participant datang berterima kasih kat aku sebab aku mintak "take five". See, a small gesture that win others heart. Auwwwww







Sepatutnya malam ni, kami lepak dengan Jijie, tapi malangnya Jijie dapat arahan kena ke Kuantan. Dan kedai yang aku nak bawak depa makan pulak tak buka, menggagau lah kami cari kedai makan lain yang aku pun tak pasti tahap kesedapan dia. 
Tapi, mak aku makan nasi habis kat sini, means sedap lah kot. Aku pun dah tak ingat dah aih nama kedai ni.



Sebenarnya, masa hari ke tiga kami di Kelantan, mak aku dan budak2 ni ke pantai senok. Ala, pantai yang cantik yang dipenuhi oleh pokok rhu tu. Cis, sesungguh nya aku nak pergi sekali. Dah lah pergi tak inform, ada hati taknak aku tau depa ke situ. Tak nak bagitau tu macam fine lah kan, masalahnya, pergi share gambar cantik-cantik depa kat pantai tu dalam group keluarga. Opkos lah aku tau kan.


Masa hari last workshop, semua participants telah di invite untuk menghadiri jamuan raya oleh INFORMM USM Kelantan. Tapi, kalau tak jemput pun memang kami makan je sebab ini memang lunch kami.. Hahaha. Kami bayar mahal tau tak untuk workshop ni, tak kira, nak makan jugak. 
Menu depa memang best, siap ada coffee machine lagi. 
Tapi satu je lah nak komplen, takdak menu nasi kerabu. Dah la 2hari kami lunch makan spagetti. Kalau spagetti tu sedap tak pa lah jugak kan, ini, alahai, kuah ceroi. Aku tak boleh digest betol, apa kejadah tengahari jamu salad buah dan spagetti. Aku nak makan nasi lah. Kot yer pun speaker mat saleh, dia takkan komplen aih kalau time lunch jamu nasi. Infact depa lagi suka nak rasa makanan tempatan kita. Aku pun tunggu jugak lah kot-kot depa nak jamu nasi kerabu dari Yati Ayam Percik. OMG. Nasi kerabu dekat Yati Ayam Percik ni memang to die for lah. Sedap menjilat jari, dengan syarat tak makan apa lagi masa tu.







Lepas habis jamuan raya, depa datang pikap aku. Depa dah siap-siap check-out hotel. 

Kami terus ke Pasar Siti Khadija untuk beli kudapan dalam kereta. Paling penting mesti lah kena beli buah salak.



Lepas KB, kami meneruskan perjalanan ke Tok Bali. Jauh jugak rupanya. Tok Bali ni memang dah dekat sempadan ke Terengganu.
Kami check in pulak ke Tok Aman Bali. Nasib lah dia bagi bilik dekat groundfloor dan depan pintu masuk je, jenuh jugak kalau bilik kena naik tangga.
Lepas check in semua orang terus terjun kolam. Sebelum orang lain rasmi, moh ler kita rasmi kan dulu.








Bos pantau keadaan dan bagi arahan kalau terlebih masa

Lepas puas mandi, siap-siap dan keluar. Kami nak cari ikan bakar lagi. Tak puas makan. Sebelum tu, sempat singgah pantai tok bali,...



Ini olang malas jalan, tunggu dalam keleta sahaja

Malam ni, kami dinner di Juara Ikan Bakar.










Keesokkannya, hari last kami di Kelantan.
Aku dan anak buah aku ke pantai depan resort. Nak tengok sunrise. Bukan senang nak dapat sunrise cantik. Tapi sunrise di Tok Bali ni memang sangat cantik. Pastu, tak de orang pulak tu. Memang privacy sangat.






Sebelum check-out, sempat tangkap gambar pool untuk nak bakar Adam. Dia memang suka tempat ada kolam macam ni.




Kami bertolak dari Tok Bali, masuk ke Terengganu kejap pusing-pusing, beli keropok dan bertolak balik Kedah. Sampai kampung elok-elok disambut oleh azan asar.

Mak boleh pulak dok rasa macam dia masih kat Kelantan. Tu lah, masa kat Kelantan tak sabar sangat nak balik. Kan dah rindu. Tapi ok lah, walaupun Afie takdak, takda lah rasa macam kami ditinggalkan sangat, sebab kami yang pergi tinggalkan Afie.. Hahaha..

Well, lagi 2 bulan I.Allah Afie akan habis training. 

Dan Aini pun sekarang dah sebulan sambung belajar di USM. All the best Aini.

No comments: