Flight kami ke Tan Son Nhat
International Airport, Ho Chi Minh adalah pada 12 September 2019 pada jam
6.55pagi.
Malam 11 September tu, aku
dah sampai rumah Ela. Lepas lepak and mandi, dalam pukul 2.30am tu, kami ambik
grab ke TBS dan naik bas ke KLIA2.
Sampai je KLIA2, turun je
bas, terus jumpa Eju..
Macam banyak kali pulak
jumpa Eju tahun ni.. haha
Macam biasa kami
lepak-lepak di OldTown White Cafe dan catch-up perkembangan masing-masing,
walaupun aku cuma ada perkembangan saiz badan sahaja untuk dibanggakan. How
sad.. hahaha
Pukul 5am, kami gerak untuk
pemeriksaan immigresen, lagipun kena lah masuk awal sebab nak solat subuh. Dari
experience masa trip Taiwan, crowded giler lah surau tu untuk solat subuh.
Untuk record, kami meninggalkan Malaysia, sejurus selepas solat jemaah subuh,
semoga berkat ler perjalanan kami ni.
Untuk makluman, berat beg
kami paling ringan aku rasa adalah beg aku. Itupun dah 8.3kg. Beg makcik berdua
tu aku rasa lagi berat, sebab depa bawak almari pakaian sekali. Ela lawak giler,
masa aku sampai rumah dia semalam tu, dia tanya aku bawak baju berapa. Aku
jawab lah aku bawak 5helai je, terus kawan cuak sebab dia bawak 10 helai dengan
harapan akan tukar baju setiap hari. Habis ko ingat aku nak pakai baju yang
sama, tak basuh.. Aku dah bajet nak beli baju kat sana je, thats why lah aku
tak beli luggage. Benda boleh beli kat HCM, buat apa susah payah angkut dari
Malaysia. Aku duit banyak kot, aku bawak duit 4juta.. 4juta Dong..ahahaha
Since berat beg kami adalah
lebih berat daripada 10% lemak masing-masing, maka, kami agak gugup bila hampir
semua yang beratur kat depan aku (aku kan ketua kumpulan, so, aku kena la
beratur kat depan) kena timbang beg masing-masing. Muka paling cuak jatuh
kepada Ela.. hahaha.. Cuak giler doh muka member. Nasib lah bila turn kami
bertiga, mungkin berkat cahaya selepas solat jemaah subuh pagi tu, kami berjaya
melepasi immigresen dengan semua beban tu.
So, after 7am, flight kami
take-off dan kami dengan bangganya sebagai penumpang AirAsia telah breakfast di
awanan biru sambil menikmati Nasi Chicken Teriyaki (yang sangat lah sedap,
sedap mamps weh!!) dan sebagai ketua kumpulan jugak haruslah aku kena lagi up
daripada depa kan, aku menikmati kopi panas dan depa aku orderkan air kosong
(sesuai lah dengan imej blur depa)....
After 2 hours,
Alhamdulillah
So, yeah....
We are there!!!!!
No comments:
Post a Comment