Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, April 4, 2012

Kemana hala tuju kita?

Saya sekarang sedang belajar secara part time di USM, tak tau la tahun bila saya akan habis belajar ni. Takpa la ek, asalkan saya istikamah dengan apa yang saya buat kan. Chayok hidayah. Tak habis tak boleh kawen tau! Ayok, takmau2.. nak kawen jugak even belum habis.. haha. Kenapa saya nak sambung belajar jugak??Its my dream since young, eh, forever young.. haha maybe sweet 17. hehe. Banyak sebab musabab, sebab ex-bos yang sangat menggalakkan saya sambung belajar suatu ketika dahulu, sebab saya, sebab famili, sebab-sebab-sebab.. but its happen for a reason right? Suatu ketika dahulu, sewaktu saya masih lagi dibawah penguasaan bos lama saya, saya hampir resign sebab saya nak sambung belajar (saya dah hantar surat resign dah). Tapi lepas tu saya fikir balik yang saya mungkin tak mampu nak tanggung bebanan kereta dan sewaktu dengannya kalau hanya sekadar dengan gaji RA yang sebanyak RM1300. Jadi, saya terpaksa kol bos lama saya balik untuk batalkan surat resign tersebut. haha. satu AMREC tau tu time tu, tapi kita lagi tau kan kemampuan diri kita sendiri. Tapi, bila saya dah permanent dalam sirim ni, saya hampir terlupa yang saya perlu sambung master sehingga saya diingatkan semula oleh ex-bos saya. Jadi bila saya dah pilih supervisor sekarang sebagai bos saya di USM, saya mula sedar perjalanan seorang pelajar postgraduate tidak semudah yang saya sangka. Bukan sekadar wang yang perlu dikorbankan (eh, itu pun nak berkira kan), tapi masa, dan supervisor. Oh! lupa pulak. Kesungguhan diri sendiri jugak adalah faktor utama. Sampai tahap ini saya semakin sedar diri saya adalah faktor utama. Wang bukan segalanya, tambahan pula sebagai pelajar memang kita kena kena percaya Allah akan bantu tanpa kita sedar. Bukankah ada 3 golongan yang akan dibantu oleh Allah:
1. Golongan yang akan berkahwin
2. Golongan yang berjuang dijalan Allah
3. Golongan yang menuntut ilmu
Tahun pertama, saya bayar sendiri, tapi untuk tahun kedua ni, saya akan mendapat biasiswa untuk bayaran yuran dan thesis. Tapi, bila dah selesai bab wang, masalah lain pulak timbul. Tapi apa la sangat kehidupan tanpa masalah kan. Masalah tu macam perisa supaya kita ingat yang kita pernah rasa macam dan pahit. Biarlah saya simpan apa yang saya lalui sebab each daripada kita pun melalui perjalanan yang beranjau dalam hidup mereka.
pertama kali saya datang lab postgraduate kat skul kimia, saya tau memang saya kena habiskan dan sambung lagi keperingkat yang lebih tinggi. Waktu saya datang, hampir 97% yang kat dalam lab tu adalah cina dan foreigner. Mostly foreigner. Lecturer kat skul kimia, hampir 70% adalah cina dan foreigner. Sedey sangat, tambahan pula kimia adalah subjek yang agak kritikal dalam student life. Waktu saya undergraduate dulu, peratusan pelajar melayu-cina,india,indon adalah 50%-50%. Bayangkan lagi beberapa tahun, ntah-ntah semua pelajar adalah cina time tu. Subjek kimia adalah sangat tough dan USM adalah universiti yang gah. Mereka sangat mementingkan akademik pelajar, maka adalah tidak mustahil nanti tenaga pengajar dan pelajar USM adalah orang luar atau cina. Sedangkan USM di penang adalah untuk mengekalkan orang melayu pulau pinang. Itu saya sangat pasti. Sedey kan melihat situasi ini. Jadi di mana role saya? AMREC ni hampir 98% adalah melayu dan tidak mustahil melayu akan terus cemerlang disini. Tapi, apa peranan saya? Mungkin sekarang saya hanya watak picisan tapi saya juga ingin meyumbang sesuatu untuk bangsa dan agama saya. So, berkorban sedikit mungkin tak mengapa kan?sekurangnya saya mencuba.
Perjalanan saya masih jauh (selagi saya masih hidup la)..
Oh, satu lagi. Saya ternampak dr nasir (my supervisor waktu FYP) di skul kimia. i think dia still the same. Paling menakjubkan dia masih pakai honda lama dia BER288.. sampai mati pun saya harap2 saya masih ingat no. plat kereta dia. Nostalgia sangat kot kereta tu. Saya kagumi Dr Nasir. Dulu2, kami takut gila dengan dia, and i guess sampai sekarang pun student masih takut dengan dia. Tapi saya dengar dia dah kurang cerewet sekarang, maybe sebab pertambahan umur kot. Kereta tu saya tak sangka masih kekal dinaiki oleh Prof Madya Dr Nasir. Itu kereta second hand saya kira. Bertahan. Kagum!!!! Dulu waktu saya 3rd year, Dr Nasir pernah dapat offer dari UTP sebagai Prof Madya dengan gaji RM12k.. waktu tu RM12k adalah macam bilion2 lemon. Tapi beliau tolak. Lepas tu terus USM upgrade dia dengan Prof Madya. Sekarang gaji USM adalah gaji korporat dan Dr Nasir selalu mendapat insentif dari USM (projek dia sangat excellent). Boleh bayangkan tak bahawa dia sebenarnya sangat mampu kalau nak naik kereta yang lagi-lagi hebat dari BER tu. Tapi masih lagi BER tu kekal di USM. Bila saya tengok kawan-kawan yang gaji hampir2 sama dengan saya bergaya sakan dengan kereta hutang pastu dok menyindir saya, rasa nak tergelak sangat.. hahaha
p/s:
1. Saya nak cakap lain tapi dah lari tajuk, pastu terus lupa nak cakap apa
2. Saya curi masa kerja taip entry ni, sangat tak bagus kan. Dr Azmi, saya curi tulang kejappppp ja
3. kehendak kita tak mungkin melebihi kekuasaan Allah

No comments: