Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Thursday, October 11, 2012

Srikandi-srikandi yang benar :)

Dah lama saya beli buku ni, tapi at that time saya beli buku ni untuk jadikan sebagai hadiah sempena perkahwinan sahabat baik saya. Actually dia nak buku lain, tapi sebagai orang yang nak membeli, saya kurang setuju dengan buku yang dia beli.. Jadinya, saya yang decide sendiri buku apa yang saya nak beli..
 
 
Srikandi-Srikandi Yang Benar
 
 
Serius, buku ni sangat berguna untuk kaum wanita especially ibu-ibu.. Menceritakan tentang 3 wanita yang hebat..
 
 
1. Siti Aminah
 
Selama ni saya cuma tau, Siti Aminah adalah ibunda RasulAllah, tapi tak pernah tau apa yang berlaku, bagaimana salasilah Siti Aminah, keturunan, sejarah pertemuan beliau dengan Abdullah, dan peristiwa-peristiwa sedih dan gembira yang berlaku. Melalui buku ni, kita dimaklumkan bahawa Aminah adalah wanita terbaik dari keturunan terbaik, berharta namun yatim piatu. Cantik dan berilmu tu usah nak dipertikaikan lagi, sementelah beliau bakal melahirkan pemimpin yang menjadi Rasul.
 
 
Kita bakal tau tentang bagaimana kehidupan Aminah setelah Abdullah berdagang, dan bagaimana Aminah wafat. Sangat bagus untuk ilmu seorang wanita sebab setahu saya zaman sekolah dulu, tak banyak kisah Aminah yang dikupas. Jadinya, kita hanya tau tentang Aminah sikit-sikit aja. Baca la untuk tau lebih.
 
 
 
2. Fatimah
 
Semua tau, Fatimah permata hati yang paling disayangi RasulAllah. Sehinggakan rasulallah pernah berkata, Andai Fatimah yang mencuri, akanku potong tangannya.. Bagaimana sesuatu hukum diajar dengan menjadikan Fatimah sebagai contoh. Kat dalam buku, tak diceritakan secara details tentang kelahiran Fatimah sementelah Fatimah dibesarkan sebagai anak yatim kerana Siti Khadijah wafat sewaktu beliau sedang menginjak dewasa.
 
 
Namun dalam buku ini, diceritakan tentang bagaimana Fatimah dijodohkan dengan saidina Ali melalui Allah. Sangat menarik untuk tau dengan lebih lanjut, namun nak tau lebih baca la buku ni... :)
 
 
 
3. Rabiatul Adawiyah
 
Rabiatul Adawiyah dilahirkan sebagai anak ke-4, sebab tu dinamakan Rabiah. Dilahirkan dalam keluarga yang susah, dan setelah menjadi remaja telah dijual kepada sepasang suami-isteri yang zalim oleh lelaki yang menculiknya. Namun berkat kesabaran Rabiah, akhirnya dia dibebaskan setelah sekian lama menjadi hamba dan tuannya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang muslim.. Betapa Rabiah seorang hamba yang taat kepada tuannya walaupun beliau menerima layanan yang sangat teruk.
 
 
Kat dalam buku ni, kita boleh tau, betapa tingginya ilmu dan tahap kezuhudan Rabiah sehingga ulama dan para tabiin juga datang belajar dengan Rabiah, even gurunya dahulu juga datang menuntut ilmu dengan Rabiah. Kita juga dapat tau mengapa Rabiah tidak mahu berkahwin kerana takut dengan perkahwinan itu akan menjauhkan dirinya dari Allah. Namun, untuk manusia biasa macam kita, tak boleh la nak jadi macam Rabiah, nanti kita tak ikut sunnah nabi. Nanti Nabi tak mengaku kita umatnya..Oh, noooooooo...
 
 
So, the best la kalau boleh baca.. sebab kulit dia pun cantik, ada rama-rama dok terbang.. kulit dia cantik, baca pun menarik..
 
 
 
Post a Comment