Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Friday, March 29, 2013

Kawen, Rezeki, dan Kelas agama

Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair
 
Akhirnya sahabat seaktiviti dengan saya dah menamatkan zaman bujangnya yang panjang.. Alhamdulillah.. Sebagai sahabat, seronok melihat dia tersenyum gembira pada hari akad nikah tapi sebagai kawan seaktiviti terlintas "lepas ni aku nak pi join aktivitidengan sapa lagi??".. haha
 
Buat Shira & Anuar, tahniah dan semoga jodoh kalian kekal hingga ke syurga dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...
 Orang bila dah kawen, terlupa duit mas kawen.. jadi kita pegang kemas-kemas, pi makan roti canai dengan teh tarik... Seb baik la ada kawan cantik manis macam cik hidayah, sepanjang masa asyik pegang duit tu ja..
Orang dah masuk keja pi hanimun mana hala, saya baru nak update.. poor me!!
 
Bila henfon torchlight istimewa yang harga sewaktu dibeli 2 tahun lepas RM80 terendam dalam air terjun, ku sangkakan hujan hingga ke petang rupanya matahari muncul di tengah hari. Akhirnya minggu ni housemate saya hadiahkan hanfon samsung yang harganya hampir 4x ganda dari henfon torchlight tu.. Ya  Allah.. Rezeki yang tak disangka-sangka. Sapa sangka ada orang nak hadiahkan.. Malu tapi ku ambil juga.. haha..Orang memberi, kita merasa, tak ambil karang dia kecik hati pula..
 
 
 
 
P/S: Bagi sesiapa yang di Kulim dan ingin belajar bahasa arab dan mengikuti kelas tajwid, Islamic Studies Centre, Hi-Tech Avenue berdekatan dengan Bank Islam dan Al-Ikhsan ada menawarkan kelas tersebut.. Harga setiap kelas RM30. Kelas tajwid dewasa adalah pada hari rabu malam, 8.30 hingga 9.30 malam manakala kelas bahasa arab dewasa adalah pada khamis malam 8.00 hingga 10 malam... Kalau berminat telefon 019-3410722.

1 comment:

ex-housemate said...

kayo nya housemate? siapa dia?