Assalamualaikum,
Mode: Pilihanraya
Sekarang semua orang bermood nak berkempen. Orang yang tak
berminat nak bercakap pasal politik pun nak bercakap pasal politik (include
me)..
Sewaktu proses penamaan calon, saya berada dikampung.
Esoknya, saya keluar bersarapan pagi bersama kawan digerai roti canai kat pokok
sena tu. Ops, pokok sena pada PRU12 telah ditawan oleh abang PAS makanya
terpaksa la pakcik BN bekerja keras untuk memastikan pada PRU13 ni dia berjaya
menakluk semula pokok sena. Nampaknya kedua-dua abang dan pakcik bekerja keras
menggantung bendera, ceramah politik melebihi ceramah agama dan artis-artis pun
dah kenal kampung saya. Tahun ni, baru
nampak masyarakat malaysia sangat kreatif, bendera tu boleh dibentuk membentuk
macam2. Ada bentuk cincin berlian 24K, ada bentuk jam rolex 2juta, bentuk
roket, bentuk ambulan, bentuk helikopter, bentuk kapal terbang, bentuk kapal
selam, bentuk macam-macam lagi.. banyak betul duit depa semua cetak bendera
banyak-banyak nak buat bentuk-bentuk tu semua.. patut la tahun ni bila isi LHDN
terasa sangat ketidak pengurangan bila dah claim.. Walau dah claim segala yang
patut claim seperti dulu2, kalau dulu dia boleh cover sampai dekat RM200 tahun
ni dia Cuma cover tak sampai RM20 dan saya still terpaksa bayar the rest..
tension betul. Apa yang hampa buat ni kerajaan.. kata rakyat didahulukan..
nasib baik kena isi LHDN betul-betul sebelum pilihanraya....
Eh, terlupa pulak, pasal makan roti canai kat gerai. Tengah
saya dan izzati makan, tetiba datang segerombolan pakcik2 dan makcik berpakaian
segak bergaya. Kami pun boleh la mengagak, mesti depa nak pancing undi, depa
pun datang tanya orang mana apa semua.. Then, pegi duduk tanpa order makan dan
minum dan pastu blah pergi. Kemudian datang la adik gerai tu kira semua dan bagitau
pakcik tu bayar untuk semua orang, dia belanja.. Alhamdulillah syukur tapi
balik tu terpikir adakah dia belanja tu dikira sebagai memberi rasuah supaya
mengundi pakcik BN tu atau bagaimana? Kalau tetiba hari mengundi saya tertukar
fikiran taknak mengundi dia macam mana? Nak kena pi bayar balik dekat pakcik tu
ke? Pening kepala pikir (cewah).. Sebenarnya pakcik BN tu bukan setakat
bayarkan harga makanan dan minuman semua kat gerai tu tapi dia dan
kawan-kawannya juga telah mendepositkan sejumlah wang waktu awal-awal depa
masuk kedai ke dalam apron abang yang tengah masak roti canai, abang yang
tengah bancuh air dan adik tukang kira harga makanan termasuk sesapa yang pakai
apron kat dalam gerai tu, dan itu adalah deposit bukan harga makanan..
Banyaknya duit pakcik.. Kalau pakcik duduk makan sekali kat gerai tu mungkin
saya tak nampak sangat kekotoran strategi tersebut tapi sebab pakcik pun tak
makan kat gerai pastu pakcik belanja kami yang makan kat gerai tu, pakcik tau
tak yang saya terasa sangat.. (pakcik buat saya dan kawan saya macam tak
berharga, hahaha).. Saya tau pakcik dan kawan-kawan tak makan kat gerai, mesti
pakcik dan kawan-kawan makan kat Nasi Kandar Yasmeen (kecik hati lagi)
Semalam saya ke rumah kakak saya dan saya tau kakak saya ni
pengundi atas pagar dan sangat berkemungkinan besar dia taknak pegi mengundi
sebab dia konon-konon nak menangkan pemimpin yang disokong suaminya tapi dalam
masa yang sama dia nak sokong pemimpin lain jugak. Adiknya yang ilmu sejengkal
ni pun mula la berkempen... Berkempen supaya dia mengundi..
“Kak, mengundi ni tanggungjawab.. Kat TV tu siap ada lagu
lagi suruh pi mengundi, bila dah jadi tanggungjawab dah jadi kewajipan. Kita
kena pilih pemimpin bukan untuk kita sorang tapi untuk ni budak-budak tak cukup
umur yang tak boleh bersuara untuk depa sendiri. Hampa budak-budak yang tak
cukup umur ni jangan menggedik sangat pasai politik, tunggu dan lihat, umur 21
nanti pi mendaftar dan pastu pilih sapa yang hampa rasa terbaik (ini untuk
anak-anak sedara).”
Pastu kakak saya pun suarakan yang dia tak suka pembangkang
kerana depa buat macam-macam manifesto yang tak logik.
“Sapa kita nak tau benda tu logik ke tak selagi kita tak
cuba. (Bila anda seorang penyelidik, anda hanya akan percaya benda tu doesnt
work hanya apabila keputusan eksperimen mengesahkan, teori tak akan diterima
selagi praktikal tak mengesahkan.) “
“Kita mengundi bukan ikut ideologi politik keluarga.. Kita
mengundi berdasarkan hasil pemerhatian dan kajian kita tentang pimpinan yang
kita nak pilih. Sepatutnya, kita kena banyak membaca, kaji dan teliti setiap
parti dan pemimpin yang kita nak pilih, Tapi kita ni malas dan kita tak banyak
membaca. Macam mana kita nak tau sapa betoi sapa tak berapa betoi. Kita tak
boleh dapat maklumat dari TV, TV tu macam lalang, sapa bayar lebih dia dapat
siaran lebih. TV pun nak bayar staf dia, nak bagi bonus banyak macam petronas,
jadi depa kena la bijak jugak berpolitik. Kita ni yang kena be serius. Kalau
dah tak membaca, tak kaji kita nak pilih macam mana? (ini adalah pandangan peribadi
saya) Jadinya kita tengok ustaz-ustaz pakar-pakar hukum hakam agama kata apa,
apa pilihan depa.. Kita tengok dimana ulama-ulama tu? Sapa lagi kita nak ikut
kalau bukan ulama. Sekurang-kurangnya kita ikut orang yang pandai dan kaji
tentang Islam, mesti depa dah kaji semua sebelum buat keputusan. Depa adalah
golongan yang banyak membaca dan banyak mengkaji, bukan macam kita kaji TV dan
paper..”
Betul tak? Dah kita pun tak membaca dan mengkaji apatah lagi
memahami, ikutlah golongan agamawan dan ilmuan yang telah menjalankan kajian
dan mesyuwarah. Kata Ustaz Hasrizal, “seorang penulis perlu lebih banyak
membaca dari menulis (izzati yang bagitau)”. Saya sangat kagumi ustaz hasrizal,
dia seorang yang banyak membaca dan mengkaji, walaupun sibuk berceramah.. Dan
dia seorang yang lantang bersuara (yang ni melalui buku, blog dan facebook).
Akhir kata, buatlah pilihan yang terbaik. Selamat mengundi.
Selamatkan bumi kita, warisan kita kepada generasi selepas ini.
GO GREEN..
1 comment:
wah...
pilih pemimpin ni bukan utk kesenangan dunia saja, kesenangan akhirat lah yg lebih utama..
pemimpin skrg membawa kita ke mana..
selagi x bagi peluang kite tak tahu, kalo x ok, tukarlah next pru. jgn takut utk berubah.
Post a Comment