Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, December 26, 2017

Short Getaway - Vistana Penang je pun

Post Singapore tu nanti-nanti la, bila mood rajin dah mai baru kita up
Melaka punya trip tu simpan buat kenangan dalam instagerem je la
Lagipun, Melaka tu konfem akan repeat punya bila Eju kawen

Singapore pun konfem akan repeat 
Pasai ada orang tu kata kalau dia turun Singapore nanti boleh jumpa
Macam kan la Singapore tu dekat sangat dengan Kulim, dah ler mahai nak mampos hotel dia, kita tengok ler macam mana, payah-payah benor, mengkomer turun ler penang, konfem mengkomer suka
Yo yo oooo je terus cakap akan turun ke Singapore lagi lepas aku bagitau aku pergi singapore haritu, and boleh jumpa kat sana, tak turun siapppp, aku carik sampai jepun

Ok, berbalik kepada cerita cuti krismas ni
Ermmmm, minggu ni setelah every weekend balik ke kampung, so, i just thought that i need a little sweet time for myself kat kulim, spend a one whole day dalam rumah, best gila.. Dapat la cuci rumah dengan tenang, tak rushing-rushing, cuci bedsheet and segala mala, anginkan bantal dan karpet dengan santai lama sikit bawah matahari, arghhh bestnya.. Oh, siap marinate, bakar and nikmati keenakkan kambeng for lunch depan tibi.. Its heavenly fun.. Mati la kalau mak baca ni.. anak durhaka... hahahahahah

2 weeks before, dah bagitau zuhana, "lets aku temankan hang holiday", since dia memang memerlukan masa bertenang, yela, orang gaji RM5400 memang keje hectic nak mati kat shah alam tu, sampai kurus lah kata... Tak paham kan... Waktu kat Kulim gaji dia RM5400 jugak, kemain gedempol lagi sampai pipi berlapis... Sekarang gaji sama jugak, tapi dah kurus, 2kali tengok risau pulak kalau ada sakit lain..... hahahahahhahahahahaha... eh, lawak je la, karang makan dalam pulak zuhana tu.. terus bos kick out aku dari group sebab kecikkan hati anak buah dia... 

So, ahad lepas, zuhana sampai je dari shah alam, kitorang lunch kat kulim, get ready and terus punch out...Well, selain dari nak bercuti rehatkan minda, kitorang jugak nak diskas isu projek denggi yang zuhana tengah handle sekarang... projek denggi ni la yang membawa kami ke singapore (for free)

So, lewat petang tu, kami check in di Vistana Penang... Saya dah cakap dah dalam hati nak belanja dia satu malam disini sebab dia tumpangkan (tanpa kerelaan aku sendiri) seminggu waktu saya di shah alam sebelum kami fly to singapore end of last month

Surprisingly, bilik dia not bad la... sangat berpuas hati walaupun tak paham napa dia letak lcd tv dia dalam gobok kayu
Sesuatu yang misteri ... Tapi sukati hang la dah hotel hang kan!!!!!
Lepas setel maghrib, kami get ready untuk keluar... Rancangan utama nak dinner di Deen Maju Jalan Gurdwara, lepas tu pusing-pusing Georgetown, then supper sup kambeng dekat Hameed Sup Georgetown...

Lepas mengharungi kesesakan yang sangat huru-hara dekat bulatan yang dekat Bukit Jambul tu, lapar kemain la pulek

Dah sampai georgetown, boleh pulak kedai Deen Maju tak bukak... Eh, nasib la iman i kuat

So, terus set ke Hameed Sup je la... Biasa la Georgetown cuti-cuti sekolah ni, kete jem memanjang, kalau tak jem, pun depa tekan horn, apatah lagi time jem, macam la orang nak bagi laluan kalau hang tekan horn... hang ingat hang sapa... hahaha

So, lepas park dekat tempat yang ermmmm  kena charge RM3 untuk sekejap je, kami pun melilau cari meja... So, malam tu saya makan nasi kandar, sup kambeng dan roti serta maggie goreng untuk zuhana... 

Lepas makan, ingatkan nak lepak dekat epot tengok flight depart, sekali...

KAMI TERNAIK BRIDGE DAN TERPATAH BALIK KE SEBERANG JAYA.... kahkahkah

Tu la, sapa suruh menyembang sampai tak perasan jalan... vongok sangat dedua

Haiyaaaaa,,, tak lalu eh, nak lalu jambatan banyak-banyak kali, terus, lepas patah balik masuk pulau, kami decide balik je la hotel and enjoy tengok muvie malam krismas...

---------------------------------------------------------------------------------------

Esoknya lepas dah solat semua, tengok siaran tibi semua tak best, so, kami pikir
"why not kita p early breakfast, nanti mesti ada muvie krismas best pukul 10am"

Since, Kayu Nasi Kandar just few step dari hotel, kami jalan jela.. memang tersangat dekat pun..

And makanan kat kayu memang semua tau, terbaik dalam penang, untuk rate nasi kandar la... roti canai dia sodap... So pagi tu kami makan roti canai, roti telur, tosei, vaddey, and masalodeh serta teh tarik sorang satu... Berbaloi dari bayar breakfast hotel...

Balik hotel, sambung tengok cerita krismas yang ermmmm, entah la sebab daku layan henfon je masa tu.. Zuhana tengok pastu gelak terkekek-kekek, tah apa yang lawak pun taktau

Kami checkout dalam 12.30pm, and teruspergi cari nasi Awet Muda.. sekali tak bukak... eh apahal yang aku teringin semua tak buka

So, patah balik ke area equatorial and we had our lunch at very famous stall nasi pecel in Penang... lama nya tak makan... rinduuuuu.. nasib la awet muda tak buka... Sedap ok makanan kat situ...

Lepas lunch ingatkan nak jenjalan cari buku and shopping sikit dekat Jusco Queensbay, sekali, kereta jem macam apa lagi... OMG.. Semua orang nak masuk JUSCO.. Tak sanggup, so, kami terus naik jambatan kedua untuk ke design village

Sekali dalam design village pun crowded ya amat, tak sampai sejam, kami terus buat keputusan untuk balik kulim 


Lepas ni boleh la selalu buat short getaway macam ni, sensorang pun tak pa, cuma kena pilih hotel yang tak scary.. sebab, lately banyak pulak kisah-kisah scary orang share dalam FB

Chowwwww

Monday, December 18, 2017

Post Mid Thirthy - A drama queen

Bahana bila setiap hujung bulan ada term bercuti dalam hidup... so, untuk bulan ni terpaksa gagahkan diri booking hotel

Hujung September- Lombok
Hujung Oktober- Melaka
Hujung November- Singapore
Hujung Disember- most probably Penang

Saya tengah depress sekarang... thats y la laju jer book hotel kat Penang untuk next week.. Nasib la Zuhana ngikut je cadangan aku, thanks zu... hang memang a good follower sangat.. 

Kakak saya kata saya macam ulat... sebab gemok.. sampai betul hati kutuk adik kesayangan macam ulat... cis
Anak sedara kata, saya fat je... tak kurus, cuma fat... ok, i got it.. thanks for compliment

Harini zilah ajak jogging kat taman, kulim ni dah berminggu tak hujan, nak jadi cerita, harini boleh pulak hujan turun lebat lewat petang tadi... arghhhhhh

Lepas tu, kat opis, ada drama la pulak... arghhhhhhhh... malasnya nak handle drama, selama ni tak pernah ada drama sinetron macam ni... the fiction of life

Kalau lah boleh lari jauh dari drama tu, memang aku pass down je dekat orang lain... hahahaha... rasa macam tak bawak income pun takpela,,,, if this is the price that i need to pay to bring in 50k, cis bedebah betol.... hahahahha... once this drama tamat, i need a super long and nice vacation... lebih molek kalau dapat pergi seorang diri dan tempatnya sejuk namun senang dapat makanan sedap dan halal... anytime nak makan char kuey teow, tadaaaaaaaa.. tiba-tiba lapar satay, "bang, satay daging 10, ayam 10, kuah extra", or nak makan nasi kandar "Ney, teh ais kasi khaw satu".... tapi, sambil naik basikal boleh nampak orang main luncur air atau naik canoe atau ada tram lalu kat sebelah...

Arghhhhh... apa ni

Mungkin ini perasaan nak masuk "middle life crisis"....

Kenapa perlu cepat sangat december came in... resolusi tahun 2017 pun tak capai lagi, dah nak masuk 2020 lagi 2tahun.. kegilaan apakah ini... lagi 2 tahun nak masuk fasa "mid thirthy"... itu frasa orang lagi 10 tahun nak dapat cucu tau dak.... 

Rasanya ini cuma perasaan selingan orang yang masih belum membeli tiket flight ke Jogja patut tahun hadapan. Sedangkan promosi air-asia telah tamat... Kau apa susah bah, naik aja belon udara.. uhuhuhuhuhu...

Sesungguhnya, ini krisis.. 

Tolonglah tuhan,
jaga aku untuk diriku
lorongkan aku jalan yang lurus
seperti jalan-jalan orang yang engkau redhai
bukan jalan orang yang engkau murkai
bukan juga jalan orang yang sesat

lorongkan aku tuhan
redhai aku
tenangkan aku dalam dakapan hidayahmu
mudahkan aku menuju kejayaan hidupku
ringankan setiap derapan kakiku
agar aku tidak tersasar dari landasanmu