Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, August 6, 2024

Emotional rollercoaster

 Lately, emosi aku sangat tak stabil. 

Aku cuba berpaut pada simple-simple things yang aku rasa mampu kembalikan happiness dan keyakinan diri aku. 

1. Staff projek aku dah habis kontrak. Sepatutnya kontrak dia habis pertengahan mei 2024 lagi, tapi aku try mintak supaya dipanjangkan sehingga julai 2024. I need a companion in my days di lab, melallui sisa-sisa menghabiskan projek MOSTI. Bila staff aku habis haritu, the next day tu, aku dah lost. Sedih sebenarnya bila hilang partner sebaya di lab. Budak-budak kat lab tu mostly bawah 30an. Boleh dibuat kawan tapi nak heart to heart atau mintak pendapat tu tak best la sikit. 

Tapi masa Emylia berenti dulu, aku lagi teruk. Aku siap tak boleh tidur masa tu. At least this time semua benda dah achieved, cuma aku nak repeat untuk dapatkan result yang cantik je untuk thesis PhD.

Masa nak ambik Fitz ni (staff yang latest), aku ingat lagi reason kenapa aku ambik dia, masa ni aku bagitau kepada supervisor aku;

"Saya bukanlah nak ada staff sangat, saya lebih kepada nak ada kawan yang saya boleh bertukar fikiran"

Thank you Fitz banyak bantu kadayah.


2. Setiap minggu ada je berita student kat bilik postgraduate department aku lulus viva. Ofcoz i am happy for them. Tapi aku akui peer pressure is so strong. Hahaha. Aku rasa loser.

Last week, sehari selepas Fitz habis contract, aku jumpa supervisor untuk bentang secara formal buat pertama kali nya semua result aku. Aku rasa sangat stupid. On my very last minute, aku akui, result aku sangat cacamerba. Writing aku ke laut. Semua tak terurus. 

Betapa teruk nya aku manage projek aku. Arghh. But, i am lucky sebab aku sedar diri. 

Selama ni aku tenggelam dalam keegoan konon-konon aku hebat. I know what i am doing. 

Rupanya aku silap. I am far far from perfect. Banyak gila flaws kerja PhD aku. Aku rasa nak menjerit, nak menangis and i am afraid my anxiety will come back. Please, shooo away. 


3. The traumatised after surgery. 

Tempat pembedahan dan sekitarnya developed fat necrosis, berdasarkan carian google aku ia adalah sejenis effect selepas lemak dipayudara mengalami kerosakan akibat pembedahan. 

Aku dah lama rasa the harden lump dekat sekitar tempat pembedahan dan the bruise on it. Tapi since masatu aku ada di USM, aku anggap, alah anything happen aku just few meters away from Bestari. 

Tapi bila aku kat kampung, with all the worried dalam kepala otak aku ni pasal projek dan PhD, suddenly aku become stressful dan restless. I couldn't sleep and thought if the hardened lump adalah cancerous. And i am away from Bestari. Masa tu macam tak sabar nak tunggu siang nak balik ke kelantan. Padahal aku baru sampai dari kelantan. 

Aku try cool down. Aku bawak mak aku jenjalan. And do a lot of searching. And share the situation with my supervisor. 

Alhamdulillah aku berjaya jumpa sebab nya. Besar kemungkinan ia adalah sejenis fat necrosis. 

Selesai satu bab. 

But balik USM nanti aku akan immediately telefon Bestari dan tanya apa patut aku buat to soften the lump. 

Aku pernah pegang tempat kanser kak aku, and keadaan dia sebiji macam harden lump aku, i just cant live with it. 


4. The thought of having to leave USM Kelantan this October.

Aku sendiri tak sangka aku akan ada emotional attachment dengan kelantan, at the very last minute. Having the thought of leaving USM Kelantan, pun dah buat aku menangis. OMG, how lonely I am. Maybe sebab aku rasa aku balik Kulim nanti akan stay sorang and tak boleh bayang bekerja di group baru. Balik dengan nothing in hand. 

Aku rasa aku ada unresolved feeling dengan kelantan. Ya, aku yakin that feeling terbawak dari 12 tahun yang lepas. 

And the experienced of staying at surgery ward make it more worst. 

Aku harap sangat aku dapat jumpa surgeon aku, sebelum aku tinggalkan Kelantan for good. Aku cuma jumpa dia a day before surgery masa dia datang periksa aku dan on the surgery day. Dia just tengok aku sekilas without saying a word. And after surgery aku menunggu untuk saying a thank you tapi sampai ke harini, aku x jumpa-jumpa dia. Muka dia pun aku taktau macam mana sebab dia pakai mask masa aku jumpa dia kat ward dulu. 

Please doakan one day aku dapat jumpa face to face dengan Dr Alex.


5. This unresolved feeling.

Biarlah aku simpan di tempat paling rahsia. 

Gitu.


For time being, biarlah aku emosi sorang-sorang. hahaha