Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, September 30, 2012

Kisah hati

Kalau sebut kisah hati, yang terlintas kat kepala adalah lagu alyah.. 

Semalam, saya pegi melawat anak kawan sekolah menengah dahulu.. kalau ikutkan saya cuma sekelas dengan dia time form 2 and form 3 sahaja.. Dan dia adalah seorang cina buddha yang sangat taat kepada agama pada waktu itu.. now, nama dia dah bertukar menjadi Tanya Safiyyah dan nama babyboy nya adalah Aidan Naqib.. yup, dia convert dan husband dia memang sangat hensem.. hahaha.. serius.. haha


first time saya tau dia convert, macam erkkkk.. but bila saya stalk fb dia mmg dia dah convert time nak kawen.. Dia kenal suami sekarang waktu sama-sama belajar kat Korea. Dan saya yakin lelaki tu insyaAllah boleh membimbing dia walaupun kekadang saya pikir apasal la husband dia tak pilih wanita melayu..hehe.. Tapi, maybe dia memang nak berdakwah.. Masih banyak yang kawan saya tu perlu belajar.. Comel ja bila dia still cuba nak adapt dengan Islam.. Pakai kain batik dalam berpantang, walaupun sepanjang dia berpantang dia dijaga oleh bidan cina.. Semoga Tanya istiqamah dengan apa yang dia dah pilih.. 


Well, hati manusia ni lain-lain kan?? kita manusia yang lemah ni memang tak boleh nak pegang hati orang, hanya Allah ja yang boleh ubah.. Dan semakin hari saya kerap mendengar tentang scandal antara suami orang- isteri orang.. Sebagai orang bujang, saya rasa ini sangat tak sihat.. Takut pun ada, benda berdosa memang orang suka nak buat kan.. hish, melalut pulak.. Pandai-pandai la pikir sendiri, pilihan di tangan kita..

Macam saya, ego tu kena lowered kan.. sebab ego tinggi sangat.. hahaha.. walau apapun, saya akan sentiasa ingat, "sabar dan solat itu senjata orang islam, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat" Berdoa kan senjata orang mukmin.. Saya selalu tanya soalan yang saya dah tau jawapan kat orang, just tanya untuk sedapkan hati sendiri.. tah pape saya ni...

Friday, September 28, 2012

Bekelah Waterfall, Maran, Pahang

Wassapppp..  pejam-celik-pejam-celik, dah masuk jumaat dah.. dah hampir seminggu after bekelah' trip. owesome.
 
 
Seriusly, trip ni menarik. bekelah memang owesome. nice n fantastic view. a recommended place untuk orang yang sukakan ketenangan dan putus cinta. haha. nope, bab putus cinta tu saya tak tau la sesuai ke tak, takut karang dia buat aksi tiruk atas batu, innalillah la pulak. Seksaan yang nyata untuk trip ni adalah jarak perjalanan dari kulim ke maran, pahang.. muntah hijau beb. 9hours. Hampir sama dengan masa perjalanan dari KLIA ke Jeddah. Sakit badan toksah cakap la. Kalau ingat pengalaman berada atas seat kereta 9jam tu, agak serik la nak pi lagi. But, nasib baik, jiwa yang terseksa diubati dengan kehijauan dan kedinginan bekelah.
 
 
Trip bekelah agak santai cuma keselamatan memang sangat-sangat perlu diutamakan. InsyaAllah takda la penat mana pun, tapi slippery. make sure kena betul2 hati-hati. Licin sebab jalan atas batu dan nun jauh dibawah sana ada air terjun yang berbatu. if tergolek kalu, pecah kepala.. Kami mula berjalan 5pagi, sebab jambatan runtuh so start awal. Tunggu sampai subuh pun cuma menambahkan keseksaan di dada ja. Ketidaksabaran memang tengah melanda. Tak sabar dah den nak tengok air terjun yang dikatakan sangat cantik ni. Kami berhenti solat subuh n brekfes kat telaga 2. Khabarnya, kami akan naik sampai ke telaga ke tujuk n it will take 2 hrs. tak kisah la. Janji sampai n boleh mandi-manda. So, around 10, kami pun sampaila ke telaga 7. Eh, kolam kot not telaga. Apa lagi, mandi la. Syok2. Behave lagi, tak boleh tunjuk taring sangat.
 
 
Then, dah tukar2 baju, start memasak. Makanan tengahari kami adalah gulai ikan kering dengan nenas dan ayam masak black papper, if im not mistaken. Lupa da la, da seminggu pun. Sedap. Lepas makan, sambung tido. Ingatkan duduk kat dalam hutan atas pulak tu, sejuk la. Oh, damn. Panas siot. Terbakar muka den. Tidoq pun tak tenteram, kejap2 terjaga. Dah la den tido di tengah laluan pejalan kaki lelaki tak tau malu pakai boxer sahaja. Cit, rosak mata. Kesian mata saya, tak pasal-pasal kena tengok benda tak sepatutnya. Oit lelaki, malu la sikit. Then, dah pukul 3 camtu, panas punya la menyengat, tak tahan la saya. Bangun, makan cekodok ke apa tah.. Then, dengan semangat waja, apa lagi tukar baju n mandi.. heaven2. panas tu kat maran. Kami main apa kat atas tu?? jeng-jeng-jeng.. kami main flying fox. haha. So, pasni dah kurang la impian wa nak ke skytrex sebab wa dah main kat bekelah. Saya ni memang suka xtiviti mcm tu, walaupun orang akan nampak macam saya taknak main, tapi dalam hati ni, oh cepatla sampai giliran aku nak fly.
 
 
Seronok2, pas flying fox, kita main buai2 dalam air atas pelampung yang bed tu. Pendek kata, aktiviti hari tu memang best. Sekali ambik kau, malam tu hujan selebat-lebatnya. Keluar khemah time nak makan ja. Makan malam plak, wa tak tau samada makanan tu memang sedap atau wa yang tersangat lapar sebab sejuk. Habis ja dinner, terus berdesup masuk khemah buat tahi mata. Takda la pulak geng nak berborak ramai-ramai. Apa da, tak sampai kul 10 lagi dah membuta.
 
 
Esok nya, kami sambung main tali sampaila terjadinya tragedi yang uhhhhhh, menakutkan. stop serta merta. Sib baik mamat tu jatuh pas aku dah selesai beraksi. Lebam tu biji mata, sib baik tak pecah. Itu la, kami ni seronok sangat bermain. Tak pikir sangat benda tu sebebnarnya bahaya dan tak ikut safety rule. Bila pikir, memang la bahaya sangat apa yang kami buat tu. Then, semua bersiap kemas tapak khemah, makan2 cekodok, take group photo then blah turun. Ha, otw nak turun tu la. Kejadian yang oh, sedey berlaku. Wa tergelincir tuh. Kaki ni, kaki ini terkehel menyebabkan minggu ni wa 3 hari dah berehat kat rumah, MC. Ni pun dok berdenyut lagi. Dah la mak dok menakutkan, "tu kalau tak berurut, sampai kesudah jalan tak betoi".. waaaaaa takut, dah la saya ni jalan tak da lenggok. haish, susah hati tapi nak pi berurut takut sakit. lain la kalau tukang urut tu usap-usap ja kaki ini. Yang tu saya nak la. Ni buatnya dia tekat kuat-kuat, takut karang saya tersepak pulak muka dia.
 
 
3 hari saya dok rumah bertemankan TV3. Busan. Dok terbayang, macam mana la saya nak jadik suri rumah sepenuh masa nanti. Mungkin saya perlu jadi blogger sepenuh masa dan jadikan dunia blog sebagai sumber income. er, jauhnya la berangan. Tapi, sejak berumur 27 tahun ni, saya dah berazam untuk menjadi suri rumah sepenuh masa... hurm.
 
 
Terlalut la pulak, btw, for those yang stay kat pahang, pi la bekelah. Naik yang kolam 7. Menarik dan tertarik. Yang penting jaga pakaian anda dan pikirkan keselamatan anda.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Banyak lagi gambar, next time den upload...

Friday, September 21, 2012

kita berehat sebentar...

Yeay.. malam ni another getaway.. hopefully, trip kali ni menarik.. tah kenapa, hati tak berapa teruja sangat untuk trip ini.. arghhh, kenapa ni?? selalu kemain seksaited lagi..
 
Doakan kami bertujuh selamat, dah la hujan2 ni..
 
Jom, kita ke air terjun bekelah pulak kali ini.. semoga lebih santai...
 
 
p/s: jerawat semakin melata, kurang keyakinan.. hormon tak berapa stabil mungkin..

Friday, September 14, 2012

Masa (Al-Asr) - sekadar berkongsi

hai everybody..
 
Just nak randomly share something:
 
jalan itu banyak sekali
sedang jalan kebenaran itu hanya satu
ramai orang yang berangkat pergi
tetapi yang melalui jalan kebenaran hanya satu-satu (jarang)
mereka tidak tahu
yang dituju pun tidak diketahui
mereka terus kelihatan maju
jalan perlahan ke arah yang mereka tahu
mereka itu lalai
terhadap apa yang mereka inginkan
manusia itu tidur terkulai
hinggakan jalan kebenaran dilupakan
 
adakah "hidup semata-mata mahu hidup"??? hurm, tepuk dada tanyalah iman.. selagi nafas belum terhenti, peluang sentiasa ada.. sebab itu saya sangat tak setuju bila orang kata, "ok la, sebab sayang aku bagi peluang kedua, kalau lepas ni buat hal lagi, no more chances.." WTH.. ok, out of topic.. saya bukan nak cakap pasal peluang tapi saya nak share some quote hasil tulisan penulis buku yang saya sedang baca..
 
Jangan di tangisi masa lalu - ini bukan tajuk buku, just a subtopic
 
Mengingati masa lalu dan bersedih hati kerananya, adalah satu tindakan yang bodoh dan gila. Mengapa? kerana boleh mematikan keinginan dan membinasakan masa depan seseorang. Bagi orang yang cerdik, kenangan yang melibatkan kekecewaan, kesedihan dan kegagalan sepatutnya dilipat dan disimpan sahaja, bukan dibuka dan dipersoalkan. Simpan dan kurunglah ia di dalam penjara kelupaan.
 
Imam al-Ghazali pernah menannyakan soalan kepada anak-anak muridnya:
"Apakah yang paling jauh?" Pelbagai jawapan diberikan, kemudian beliau menjawab, " Yang paling jauh adalah masa lalu (yang telah berlaku)"
 
Masa Hadapan Adalah Kepastian, Masa Lalu Adalah Pengalaman
 
Yakin, setiap kesedihan dan kekecewaan jika kita hadapi dengan sabar dan reda, Allah akan menyediakan kesudahan yang terbaik kepada kita.
 
Hidup kita sentiasa dipenuhi dengan janji. Sekali-kali Allah tidak akan memungkiri janji-Nya.
 
Melangkah ke hadapan bersama tuntutan terbaik yang Allah sediakan untuk kita. Kegagalan, kekecewaan dan kesedihan itu jadikan sebagai motivasi bagi kita supaya terus bergerak ke hadapan. Terasa indah saat kita melepasi ujian tersebut. Tetapi menjadi mimpi buruk saat kita terus dihantuinya..
 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatau padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jua yang Maha Mengetahui (semua itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya" - Surah al-Baqarah ayat 216
 
 
Ya, setiap orang ada pengalaman dan masa lalu. Kerana siapa kita hari ini ditentukan oleh apa yang kita lalui dalam masa lalu.. Saya pun, menjadikan diri semakin *****. Oppss.
 
 
Sebelum terlupa, selamat berangkat kepada para tetamu Allah. Selamat menunaikan ibadat haji dan umrah, dan semoga Allah mengurniakan haji yang mabrur. Seronok dan tumpang cemburu, cemburu siot.. Kepada mak kawan saya yang akan ke sana juga nanti, doakan yang terbaik untuk saya dan anak makcik (semoga kami pun akan ke sana juga maksud saya) ;);) 
 
 
Happy earlier birthday for me.. semoga penambahan usia ini akan membawa sinar kebahagiaan dalam hidup saya.. mengkala kata saya akan pulang ke kampung petang ini dan semestinya tiada internet connection, saya minta maaf eh, kalau sepanjang saya sehingga berumur 27 tahun ada buat salah.. seronok tak terkata nak pulang ke kampung.. hehehe.. ;) Ada papa ke eh 
 
One more thing, kawan saya juga share something, tentang surah Al-Asr... kalau korang nak tau lebih lanjut, pls go to linguisticmiracle.blogspot.com ... semoga perkongsian yang sedikit ini memberi makna yang besar kepada kita..

Tuesday, September 11, 2012

Selamat Hari Raya -6

Selamat Hari Raya..
 
 
Seronok raya?? erm, boleh lah ..
 
 
Actually, saya raya hari ni.. wah, happynya.. berakhir penantian bila nak raya dengan selamat.. Hari ini datang jugak akhirnya.. haha.. Punya nak ligan masa, sabtu baru-baru ni, even saya ada di USM time tu, pulun jugak puasa.. Kalau nak diikutkan, memang la lambat sikit nak beraya 6, orang lain minggu terawal raya dan boleh raya-6, saya dah nak habis syawal baru nak raya-6.. Tak merasa la nak makan lemang hasil bakar sendiri.. 2 minggu lepas waktu mak saya raya-6, abang ipar bermurah hati bakarkan lemang dan kakak masak rendang ayam, sedangkan mak just request nak makan ketupat.. tak adil.. Itu la padan muka sendiri, lambat-lambatkan puasa.. Tapi ada kawan saya kata, ermmmm "SLOW AND STEADY WIN THE RACE" hehe.. ok la, dah win dah...
 
 
Raya aidilfitri, semua blogger buat entry.. saya punya lebih kurang diorang cuma saya pegi satu rumah ja raya ni pastu balik tengok tv and tido.. Apa kes?? Ada ka patut sorang pakcik tu buat ayat " ni dayah yang tak jadi kawen dengan anak tut tut tu kan? ada ganti dah ka la ni".. OMG.. seb baik saya tak terlekat kaki ayam.. Pakcik,-nak ja saya bagitau- mamat tu dah bertunang dengan orang lain dah pakcik.. Tolong jangan nak sebut-sebut benda-benda yang kurang memberi erti.. past is past..life must go on.. Tak kisah la sapa dumped kan sapa, yang penting saya happy dengan apa dan siapa yang saya ada sekarang...
 
 
Ok, selamat hari raya..

Tuesday, August 28, 2012

kadang-kadang saya lupa

People come and go.. eish, what im trying to say.. wallaweh
 
 
Sometimes, i just stand and wait for good things to come
yup, no efforts at all
oh, silap
wishing without trying is like wishing in vain
betapa useless nya la time tu
tapi, itula kenyataan yang telah dilalui
wishing all good things to happen
wishing all sweet dreams to become reality
without any smart effort
just a huge mistake
 
 
Saya tidak hidup di zaman Rasulallah s.a.w,
Saya tidak hidup di zaman para sahabat
Saya tidak hidup di zaman imam syafi'e, imam malik, imam hambali
Saya hidup di zaman ulama tersohor Dr Yusuf Al-Qaradawi
Namun masa, jarak dan kewangan membataskan pertemuan kami
Sekurangnya di tanah air saya ada ulama dikagumi dunia
Datuk Nik Aziz Nik Mat
Tapiiiii,
Akan diusahakan juga untuk saya sempat mengikuti tazkirah beliau
Ruginya saya hidup sezaman dengan beliau, tapi tak pernah mengikuti kuliahnya
 
Sekuranya nanti boleh la cerita kat anak-anak (berangan tak salah),
Saya hidup sezaman dengan ulama yang hebat
Saya pernah hadir dalam majlis ilmu yang dihadiri beliau
Mudah-mudahan saya berjaya
 
 
 
1. Jom sapa nak join.. boleh makan nasi kerabu dan kepok lekor... syoknya walaupun taktau bila akan menjadi kenyataan..
2. Saya sedang baca buku karangan Datuk Nik Aziz, "MUHAMMAD BUKAN NASIONALIS"
3. Saya cadangkan anda beli buku SYAMAIL MUHAMMADIYAH, berkenaan adab, perilaku, fizikal Rasulallah. Highly recommended. Tak mampu kalau, meh la pinjam.
 

Friday, August 17, 2012

Ustaz Zahazan yang super cool!!

Wah2, kemain lagi datang ofis pagi ni, ada kah patut pakcik guard suruh gua ambik cuti ja.. Pakcik, cuti saya tinggal ciput ja.. Pakcik yang baik hati telah mengoffer supaya saya ambik ja timeoff.. Bernas dan bijaksana sekali cadangan pakcik.. Namun siyapa mau sign bilamana bos-bos besar sudah coti... Ah, gimana sih...


Lengang dan kangkung sahaja parking lot pagi ni. mood nak masuk keja dan terus membaca jurnal pudar sama sekali bila pintu bilik ofis pun masih berkunci.. Tekanan ni.. Tak pernah seumur bekerja ni gua paling awal datang masuk bilik ni sedangkan time punch kad tadi dah pukul 8.32am. Hish, tak boleh jadi.. Keputusan yang tepat perlu di ambil.. 12.30 kena cabut.. itu cuma idea paling bijak sekali untuk waktu sekarang tapi kalau tetiba pukul 10 karang aku rasa nak pulang, harus aku ambik cuti sehari terus ni.. Dah macam jenglot dok sorang-sorang dalam bilik ni..


Sapa tengok Tanyalah Ustaz pagi tadi, kemain lagi siaran yang mungkin antara yang terakhir untuk ramadhan 2012.. Kalau tak tengok sila lah cari siaran di youtube. Ustad zahanan memang cool, walaupun tak putih tapi berseri.. Bila bercakap, meresap sampai meremang bulu roma.. Antara kupasannya, yang paling saya ingat, isteri, anak-anak dan harta adalah ujian.. Sakit, kaya, miskin, sihat, pandai, cacat itu bukan balasan Allah tapi ujian untuk kita.. Ujian supaya kita menilai adakah kita lalai dan alpa.. Part paling saya tersentuh adalah bila ustaz baca doa penghabis tu, doa yang dalam bahasa melayu tapi menjentik hati.. Terleleh jugak, tambah pulak pagi jumaat yang terakhir ramadhan, pakcik-pakcik tu pun meleleh..


Ya Allah, janganlah kau jadikan ramadhan ini ramadhan yang terakhir kami.. Dan kau tambahkan lah ketakwaan kami berkat ramadhan ini...


Saya pun manusia biasa.. Banyak dosa yang tak terhitung.. malunya teramat kalau nak diingatkan.. Ustad kata, haram kita menceritakan dosa-dosa kita kepada orang.. Ampun dan maaf sekali lagi..

Thursday, August 16, 2012

Raya bakal tiba

Assalamualaikum,


Lagi sehari lebih ja, pastu ramadhan bakal melabuhkan tirai dan syawal bakal menjelma (ayat skema nak mampos)


Jadi, nak mohon maaf andai ada ayat yang mengguris perasaan sesapa.. andai ada patah-patah perkataan yang bisa mematahkan hati sesapa..
Kepada yang beraya di Kedah, jemput la datang ke pokok sena (tempat yang indah dan nyaman)


Tahun ni persiapan raya saya takda apa sangat, just simple preparation for parent.. dan duit raya for anak-anak kecil.. juga sedikit cenderahati untuk kaum kerabat.. (ambik mood untuk masuk keluarga diraja)


Juadah di pagi raya, taktau lagi cemana.. bergantung kepada kepulangan kekanda yang tercinta.. kalau tiada kekanda yang pulang beraya, nampaknya saya terpaksa sediakan lebih wang raya dan air ribena sahaja.. ah, inilah yang menggulaukan hati saya.. sapa nak sediakan juadah pagi raya??? aishhhh, risau den


Semoga raya ini lebih bererti dan semoga dapat meriahkan puasa enam syawal tahun ini dengan lengkap.. 


Korang, hati-hati ya pulang ke kampung.. nak masuk lorong atau simpang tu, jangan lupa bagi signal.. bagi yang lalu lebuhraya UtaraSelatan, kat terowong nak sampai ipoh tu jangan lupa nyalakan lampu kenderaan anda.. Pada yang gunakan PLUS, jangan la pandu slow nak mampos, kurangkan tahap kelajuan anda supaya anda selamat dimaki hamun, pahala anda mungkin boleh bertambah..  Kepada yang tak berpuasa, nak minum dalam kereta tu tundukkan sikit kepala, jangan la menonjol sangat nak sedut air F&N stawberi tu, nikmat tau dak minum stawberi tengahari rembang...


Ok la, selamat hari raya... doakan yang baik-baik yang malam raya nanti.. bukan untuk saya.. untuk kamu-kamu semua.. tapi kalau ingat kat saya, doakan la untuk saya jugak.. sedihnya nak ucapkan babai kat korang...


BABAI...



p/s: kata ustad dalam semanis kurma tadi, perginya ramadhan bukan untuk kita bersedih kerana syawal juga patut diraikan.. entahla, macam mana nak fahamkan, tapi aku paham la tadi.. Yang paling penting kata ustad, KETAKWAAN kita.. sedih lebih2 tapi kurang takwa pun tak guna juga... Yang penting kita berusaha menjadi  yang terbaik.. untuk yang moody macam saya ni,. semoga lepas ni kurang la mood swing tu..


Cerita novel lepas raya maybe ada kembali... erm, tunggu jela..

Saturday, August 11, 2012

oh, malaysia dan dugaan

    
Tinggal sederap lagi, ramadhan akan berlalu.. sibuk status FB dengan persiapan raya, yang jual barang raya sibuk dok promote, yang baik2 bermurah hati post kan tentang lailatulqadar dan yang masih bujang sibuk invite ke kenduri kawen diorang (sentap!!!!)


Banyak isu2 yang timbul, bila difikirkan menjadikan saya bersyukur berada di Malaysia yang mempunyai parti kerajaan dan parti pembangkang. Isu kekejaman kerajaan Burma sangat menggeramkan hati.. saya pernah terbaca kenyataan dari ulama Indonesia, Abu Bakar Basir yang dihantar kepada emel PM Myanmar "sekiranya kerajaan myanmar tidak menghentikan apa yang sedang mereka lakukan kepada orang Islam di sana, orang islam akan menjatuhkan kerajaan myanmar".. kagumnya saya dengan beliau. Sangat berani. 


BTW, saya ada satu lagi buku, TUHAN SEDANG MENGUJI KITA by ustad kazim elias.. 


ok, selamat berpuasa.. kek batik dan popia nestum saya taste good.. erm, nak jadikan sebagai kueh raya la.. 


Selamat berpuasa.. semoga bertemu dengan lailatulqadar.. jangan lupa doakan untuk saya jugak..


Tuesday, August 7, 2012

Baiklah, kita baca buku pulak

Assalamualaikum,

Wah2, kata saya mcm budak2 yer.. oh lupa!! kamu mungkin terlupa, saya masih lagi muda remaja, single lagi. takpa, sempena hari baik bulan baik ni, saya terima la kata2 penulis novel dengan arteri jantung yang terbuka..


OK. sempena bulan pesta ni, saya ada 4 buah buku untuk dipinjamkan, tu pun kalau kamu keja sekali la. Buku yang bagi saya sangat memotivasikan dan saya sangat terinspirasi.

1. Travelog Dakwah by Prof Kamil. 
2. Travelog Haji by Prof Kamil.
3. Haji Muda by Dr. Ridwan Bakar.
4. Kuasa Kepimimpinan Al-Fateh by Ust Syaari.


3 buku yang pertama saya dah ada sejak hampir 2 tahun lepas. Highly recommended. Sangat memotivasikan. Prof Kamil sangat pandai menyusun kata dan pandai membuatkan hati saya melt. Saya yang juga seperti orang lain, memikirkan rukun islam itu hanya ditunaikan oleh orang tua. Tapi, ulasan dan panduan dari Prof Kamil dan Dr Ridwan sangat bagus. Maybe sebab mereka menulis dari pengalaman dan dari hati yang betul-betul ikhlas sebagai panduan kepada masyarakat.


Well, buku Al-fateh pulak, dari segi penyampaian biasa2 sahaja, from 5, i give 3.9* je kot. TAPI, isi dia sangat bagus untuk dijadikan inspirasi. Bagaimana, Al-Fateh yang bukan dari kalangan bangsa Arab, bukan dari susur galur Rasulallah, dilahirkan hampir 800 tahun selepas zaman Rasulallah tapi beliau adalah pemimpin yang telah disebut sebagai pemimpin yang terbaik oleh Rasulallah. RasulAllah menyebut ketika sedang menggali parit Khandak bahawa, "konstantinopel itu akan dibebaskan oleh sebuah kerajaan dimana rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera".

Apa yang paling menyentuh hati saya bilamana, setelah ditakhluk konstantinopel, Al-Fateh ingin mencari imam untuk solat Jumaat pertama di Masjid Hanges Sophea, maka beliau memanggil semua tentera dan bertanya,

1. Siapakah dikalangan kamu semua yang tidak meninggalkan solat sejak akil baligh?
"semua tentera dalam keadaan berdiri" - membuktikan tenteranya adalah yang terbaik yang tidak pernah meninggalkan solat.

2. Siapakah diantara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak akil baligh?
"hampir separuh daripada tentera duduk"

3. Siapakah diantara kamu yang tidak pernah meninggalkan tahajud sejak akil baligh?
"hanya Al-Fateh yang masih berdiri" - membuktikan beliau adalah yang tidak pernah meninggalkan tahajud, terbaek.


Buku yang menarik dan terbaek untuk dibaca. Nak? Tapi saya bukan nak let go. Saya just nak bagi pinjam kepada sesapa yang nak tumpang membaca.


Waa, puasa sudah 18 hari.Tapi, belum kurus-kurus jugak.




p/s: hari ni anak2 saya behave well pulak, so tiada cerita yang menarik untuk dikongsi. Anak2, sila lah buat perangai supaya ibu kamu ni boleh kutuk2 kamu kat sini.



Thursday, August 2, 2012

Hari ini dan semalam

Yuhuuuuu

Wah, lamanya tak update.. salam ramadhan.. ramadhan sudah hampir ke pertengahan.. pantas betul masa berlalu, sangat tanpa disedari. Daripada anak bulan sabit hingga kini anak bulan dah hampir separuh, cepatnya la hai detik demi detik, saat demi saat berlalu seperti pelari pecut.. tak larat den nak ligan. Den dah la lagi sebulan lebih umur nak bertambah, berat pun bertambah (wah, bangga nya).. berat adalah satu jenis indicator untuk menggambarkan kebahagiaan hati den.. eh, bukan hati saya sudah dicuri tapi den rasa hati den ada tarikan elektrostatik la.. hai la hati, kamu sangat kimia, macam tahu-tahu ja yang den ni chemist sejati. Bukan macam filem dejavu tu, apa tah kaitan jantung dengan tarikan elektrostatik..

Untuk ramadhan ini, saya langsung tidak menetapkan sebarang target.. tiada target berapa juzuk nak dihabiskan, tiada target masjid mana nak diimarahkan, tiada target berapa bajet untuk berbuka, tiada perancangan yang rapi seperti tahun2 yang lepas.. Saya ingin melalui ramadhan ini seikhlas yang mungkin, dan alhamdulillah, saya rasa ramadhan ini sangat menenangkan.. saya melalui seadanya, melawan perasan malas yang sentiasa bermaharajalela, perasaan malas yang dikatakan ibu segala penyakit, penyakit malas yang tiada ubat, bagi menjadikan ramadhan ini kenangan yang terindah.. Mana la tau kot-kot tahun depan saya akan melalui ramadhan ini bukan lagi keseorangan..perrrggghhhh, ayat takmau blah..

Malam 2 malam yang lepas (malam kemarin la), saya, hosmet dan collegue berbuka di nasi kandar pelita, hasil saya mengidam. Mengidam ni nak makan LINE CLEAR.. dulu2 rajin jugak berbuka kat line clear.. nak kena pi nih minggu last ramadhan..Then, saya dan shira ke masjid kulim. Habis ja solat isyak sebelum bangun untuk solat terawih, imam umumkan “rakaat pertama ini akan ada sujud sejadah”.. berdebar pulak rasa hati nak mulakan rakaat pertama.. sebab: LUPA dah macam mana sujud sejadah.. TAHU tapi tak pandai..

Mengingatkan saya pada solat jemaah pertama saya di masjidil haram.. saya dan jemaah lain disambut pada pagi subuh itu dengan sujud sejadah. Betapa jahilnya diri. Kata agen agensi, “ingat nanti imam baca surah dan ayat apa, kerana itu adalah reflek kepada diri kita. Ada sebabnya kita disambut dengan ayat yang imam baca, sebagai peringatan kepada kita”.. dan pagi itu, saya terasa sangat la jahil.. TAHU tapi tak pernah buat.. last buat sujud sejadah zaman sekolah menengah kat asrama, waktu solat subuh pagi jumaat.. Ya, itulah ingatan yang sangat sadis untuk saya.

So, semalam memori 2 bulan yang lepas kembali menggamit memori. Semoga Allah menjemput saya lagi. Eh, dan kamu juga..

Oh, lama nya saya abondoned kan blog ni. Semua sebab masalah teknikal. Gerammmmm..grrrggghhhh.. tak sempat la nak update pasal perjalanan yang indah ke gunung yellow-pass.. pendakian yang mungkin terakhir saya bersama dia.. lepas ni, andai kata ada kawan perempuan yang nak pegi, baru la saya boleh join.. haish la kawan, bergembiralah kamu bersama pemilik sebahagian lagi pelengkap hidup kamu. Doakan saya juga ditakdirkan melalui fasa yang indah dalam hidup ini bersama insan yang sangat istimewa. haha.. vocabulary saya semakin bagus ni, nak tulis novel la pasni.


Semalam berbuka kat rumah saya.. menu utama yang saya masak adalah murtabak megi special,.. dah lama nak masak tapi takut takda orang makan, rupanya ditakdirkan saya masak benda tu untuk menjamu orang berbuka.. Sebabkan kita masak bulan puasa, sedap ka tak sedap ka mesti la orang kena puji sedap.. hehe.. tak puji sedap, siap la kamu2 semua tu.. Agaknya dah jadi tradisi akan ada jamuan berbuka dirumah saya.. 


Apa lagi eh, erm.. cukup cukup sudah, cukup sampai disini saja... haha.. suka la lagu tu.. eh, dah cukup la.. bye...


Salam Ramadhan Al-Mubarak, semoga beroleh barakah semua.. ya, saya tujukan untuk kamu, tak payah la nak toleh kiri kanan, memang khas untuk kamu... kamu la...


Wednesday, July 11, 2012

Hiking vs Tido atas tilam empuk

woottt.. wooottt...


Bila ingat hiking, senyum ja memanjang.. tah la..


Actually, saya memang dah berniat taknak pegi hiking dah after balik umrah.. Kat mekah, beria-ria ja dok pikir, "perlukah aku tak hiking lagi pasni".. namunnnnnnnn


Bila naik gua hira', terpikir betapa hebatnya rasulallah dan para sahabat serta saidatina khadijah dan anakanda baginda zainab mendaki..


Maka, bila pulang, hati terbuka untuk ikut hiking semula..


Waktu tengah hiking, memang menyesal beb, pasaipa la bongok sangat nak ikut hiking,penat siot...
Tapi bila dah sampai puncak, aduuuhhhh, seronok.. seronok wehh, tak tergambar dengan kata2 terutamanya time pas subuh waktu remang2 subuh.. angin nyaman siottt..


Jom, nak pi mana plak pasni????

Monday, July 9, 2012

Gunung Yellow Pass - Cameron Highland

Suatu ketika dahulu, CH adalah tempat yang sangat la saya teringin nak pergi.. teringin nak mampos pergi CH.. Sampai bulan 7 2011, akhirnya pertengahan bulan 7 2011 saya sampai CH.. Tahun 2012, amik kau, hampir 3 kali saya ke CH.. seronok sangat. 2 kali saya pergi memanjat gunung.. Minggu ini, saya ke Gunung yellow pass... best.. best.. best...




Tiada apa yang boleh dikatakan, walaupun gambar tak berapa nak banyak (itula sapa suruh tak cun!!!!), tapi memori sewaktu mendaki dan sewaktu di atas gunung akan kekal menjadi memori terindah dalam hidup saya.. Hiking adalah satu terapi untuk saya.. Bila hiking, saya release tension..




Mood masih lagi di atas akar-akar pokok yang berlobang dan berlumut serta angin dingin bertiup... Arrgggghhh, nyaman bangat...




bergambar kenangan sebelum memanjat




takda mood nak cerita dan upload gambar.. next time k...

Friday, June 29, 2012

umrah-finale

Sudah part terakhir.. semoga part sebelum ini berguna untuk sesiapa yang akan kesana untuk umrah dan saya nanti untuk ibadat haji..Amin


Part ini saya nak share tentang persediaan barang.

Jangan bawa barang terlalu banyak. Saya pun mula2 bawak baju banyak, takut tak sempat nak basuh, tapi lastly, mak saya datang dan keluarkan banyak barang. Tapi, xpa, kat sana semua ada, kalau tak cukup barang beli ja kat sana. Apa yang perlu bawak-mengikut pemerhatian saya.

1.       Bawak baju kurung 2 pasang dan jubah 2 pasang. (dah cukup banyak dah) tapi kalau korang nak selesa lagi, bawak ja t-shirt muslimah dengan slack kaler gelap. tak salah pun asalkan menutup aurat. Kat sana kemana-mana pun dalam telekung, so, pakai jela apa pun kat dalam tu.

2.       Bawak 2 seluar panjang untuk pakai kat dalam.

3.       Bawak 2 baju inner lengan panjang dan hantar tailor suruh dia jahit poket depan.

4.       Telekung 2 pasang

5.       Kasut untuk bergerak ke masjid- 1

6.       Kasut untuk perjalanan jauh dan mendaki -1

7.       Stoking secukupnya dan handsock 1 pasang

8.       Mask muka atau purdah buat sendiri

9.       Pakaian keperluan ehem2...

10.   Baju tido satu pun cukup.

11.   Gunting untuk tahalul. Bawak sendiri-sendiri dan sentiasa pastikan ada dalam beg.

12.   Bawak la ma’thurat.

13.   Vaseline jangan lupa.

14.   Ubat adalah wajib. Panadol, ubat batuk, strepsil bawak banyak sikit, dan ubatan yg sesuai.

15.   Plastik kasut.

16.   Sejadah kecil.

17.   Botol spray. Ini adalah keperluan, terutama sekali di masjidil haram. Dalam flight pun sangat perlu. Toilet flight kan sangat kecil, susah nak ambik wudu’.

18.   Barang mandian jangan lupa. Bawak sekali sabun basuh dan hanger. Hanger sangat penting.

19.   Kalau anda peminat kafein tegar seperti saya, pastikan bekalan nescafe 3 in 1 atau radix adalah mencukupi.

20.   Duit sangat perlu.

21.   Kalau anda masih bujang trang tang tang seperti saya, bawakla NAMECARD secukupnya. Hahahahaha

22.   Paling penting, bawa la sekeping hati kesana untuk beribadat.



Kalau pegi tak bawa apa2 pun takpa, kat sana berlambak semua tu.. yang penting bawak diri dan hati.



Passport jangan lupa ya..., bawak beg besar adalah bonus, nanti kat sana korang akan paham.



Sila rancang jadual, saya berkali-kali diingatkan supaya merancang jadual oleh Dr Istiqama. Tapi saya sendiri taktau apa yang perlu dirancang. Bagi saya, ia bergantung kepada jadual aktiviti travel agency. Namun, sebagai persediaan peribadi, saya mencadangkan:

  1. Belajar sujud tilawah. Mana tau tetiba imam buat sujud tilawah
  2. Belajar sujud sajadah
  3. Solat jenazah
  4. Solat sunat rawatib
  5. Solat taubat
  6. Solat tahajud
  7. Solat hajat
  8. Solat tasbih
  9. Ingat bahawa di madinah dan mekah tiada doa Qunut. Ikut jela imam buat apa. Pastu kat masjidil haram tak payah buat solat tahiyatul masjid sebab kita akan buat tawaf, tawaf dah menggantikan solat tahiyatul masjid dan kat situ juga takda waktu yang diharamkan untuk solat. Anytime.

Kat masjid nabawi atau masjidil haram, quran berada di mana-mana sahaja. Nak bawa dari malaysia boleh, taknak bawak pun boleh. Kalau bawak lagi bagus kot, sekurangnya kita boleh baca terjemahan. Tapi toksah la bawak yang gedabak (walaupun saya bawak yang gedabak), ada ja quran yang kecik tu yang user friendly.


Pastikan juga datang awal ke masjid. Datang awal yer, sejam sebelum masuk waktu solat, pastikan dah berada di masjid. Masuk jer, minum air zam-zam sejuk, wah nikmat gila...



Wah, dah tamat..



Anybody nak pegi palestine??? do contact me, mau folo..

Tuesday, June 26, 2012

umrah -7

Sebulan yang lepas, ketika ni saya sedang di KLIA menunggu SAUDI AIRLINES untuk ke Jeddah.. wahhh, cepat siot masa berlalu..


Persediaan diri untuk ibadat tawaf dan saie juga sangat penting. Untuk ibadah umrah, kita disunatkan untuk memakai pakaian berwarna putih. Tapi kalau pakai jubah kaler apa pun takpa. Saya tak pakai jubah, saya Cuma pakai baju kurung berwarna putih. Takpa pakai apa pun, yang penting kita kena tau dari mana nak start tawaf, berapa pusingan, dari mana nak start saie dan berapa pusingan. Kena la baca dan belajar betol2. Daripada apa yang ustaz ajar, umrah adalah perbuatan yang dilakukan dengan pengertian. Bacaan adalah nilai tambah. Dan tiada bacaan khusus.



Tawaf

Saya biasanya lakukan tawaf sorang2. Hanya tawaf pertama sahaja saya buat beramai-ramai. Kemudian untuk tawaf umrah atau tawaf sunat saya lakukan sendiri. Saya akan berjalan di belakang jemaah Malaysia atau berdekatan dengan jemaah Malaysia. Saya pilih sendiri waktu yang saya rasakan sesuai untuk tawaf. Biasanya selepas solat subuh saya akan balik hotel untuk brekfast, dan tido selama sejam. Kemudian kembali ke masjid untuk solat zuhur. Saya tak balik selepas zuhur dan tunggu solat asar. So, kalau nak boleh la tawaf sunat time tu. Selepas asar saya akan balik hotel untuk perbaharui wudu’ (mana tau nak terkucil). Kembali semula ke masjid untuk solat magrib dan isyak. Kemudian balik untuk makan malam dan cek jadual aktiviti. Biasanya saya tido pukul 1 dan pukul 2 dah bangun untuk ke masjid. Subuh di madinah adalah pada pukul 4 pagi dan di mekah adalah pada pukul 3.30 pagi.



Bacaan untuk tawaf adalah terpulang kepada kita. Ada orang bawa buku. Saya simpan buku dalam beg. Saya banyak berzikir, istighfar, baca surah pendek dan baca la apa2 yang kita paham maksudnya. Niatkan dalam hati. Kalau nak baca buku pun takpa. Saya tengok ramai ja yang baca buku. Tapi pastikan kita tak tolak orang dan bacaan kita tak mengganggu orang lain. Juga kena pastikan bahu kiri kita sentiasa mengadap ke arah kaabah. Satu lagi, saya pastikan saya membaca ummulkitab surah Al-Fatihah untuk satu pusingan tawaf dan surah Alam Nasyrah untuk satu pusingan.



Namun pastikan sewaktu tawaf, kita sentiasa dalam wudu’. Dan pastikan juga aurat tidak terbuka. Dalam ihram, jangan la gatal-gatal nak pegi dekat kaabah, sebab kaabah berbau wangi. Takut bau kaabah melekat pada pakaian kita. Dan juga jangan tetiba kaki kita melangkah masuk ke hijir ismail andaikata time tu tiada orang dihijir ismail. Batal la nanti sebab hijir ismail adalah termasuk dalam kawasan kaabah. Tawaf adalah di luar kawasan kaabah sahaja. Lepas tawaf, sembahyang sunat tawaf belakang makam ibrahim dan lakukan sujud syukur. Kemudian pegi minum air zam-zam, itu adalah sunat.





Saie

Saie nampak mudah tapi penat dan meletihkan. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jarak anatara bukit safa ke bukit marwah agak jauh. Sebenarnya tiada bacaan yang khusus untuk dibaca, zikir pun dah cukup baik. Saya pernah baca yasin sewaktu saie. Tapi waktu saie, kita dah takda pantang larang, takda wudu’ pun takpa. Kalau nak berenti minum dan berehat sekejap pun takpa. Pernah sekali waktu umrah kali ke-3, saya banyak berenti rehat sebab letih sangat. Memang pengorbanan siti hajar sangat besar. Kasih ibu. Jadi bila tiba di bukit marwah, naik la ke atas bukit marwah dan berdoa. Kalau saya, saya minta supaya saya juga menjadi ibu yang terbaik seperti siti hajar, isteri yang taat, dan hamba yang yakin dengan penciptaNya.



Tahalul



Bawa gunting dalam beg. Gunting kecik ja. Kalau kita belum bertahalul, kita jangan guntingkan rambut orang lain. Dan jangan bagi orang guntingkan rambut kita selagi dia belum bertahalul, nanti tak sah.



Yeay!!! Selesai lah umrah.. bebas lah kita dari ihram. Berada dalam ihram, ada 13 pantang larang. Kena baca dan fahami betul2. Nanti kena bayar dam kalau kita langgar pantang larang. Terutama untuk lelaki, korang lagi la kena betul2 jaga.