Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, March 15, 2012

Innalillah

Semalam, sewaktu saya sedang bersantai-santai dengan mashira tergolek depan TV lepas solat isyak, saya mendapat panggilan telefon dari kakak housemate saya, shima. Dengan riang ria seperti selalu, saya seksaited ja menjawab kol tersebut. Dalam pada masa yang sama saya terfikir yang maybe kakak shima ni nak datang hantar resit visa yang dia nak claim melalui sirim. sangat positif fikiran itu, suci dan murni.
Kakak shima dalam nada yang sebak minta saya dapatkan nombor telefon korea elida kerana bonda shima baru sahaja meninggalkan keluarga dan dunia ini. Sedey, saya sendiri terkedu. Maka, sebagai seorang yang tiada henfon yang hebat, kehadiran mashira pada saat dan ketika itu adalah sangat dihargai.
Buat Shima,
Mak awak memang wanita yang baik dan istimewa, kelakar dan saya masih teringat saat dia minta saya pakaikan pin pada tudung dia. Walaupun saya agak gementar pagi tu, tapi saya cuba sebaik mungkin untuk pakaikan pin pada arwah mak awak yang vogue tu. Semoga awak tabah dan cekal menghadapi kehilangan ini. Saya tau, walaupun awak nampak kuat tapi awak simpan rasa awak. Jangan simpan sorang2 dan saya agak terkilan kerana saya tak boleh ada dengan awak macam mana awak ada dengan saya ketika saya sendiri 'kehilangan'. Teruskan perjuangan awak di Korea, itu juga sebahagian harapan arwah mak awak.
Saya,
Melihat kawan kehilangan, saya bersyukur mak dan bapak saya masih ada disisi saya... Semoga Allah merahmati kedua ibu bapa saya..

2 comments:

Nadiah Sidek said...

terkejut juga akak masa dapat tahu mak shima meninggal. ujian buat shima di korea sana. moga shima tabah hadapi ujian ni..ameen..

Norhidayah said...

Itu la, saya pun sangat terkejut. Mak dia nampak sangat sihat waktu dia datang sebulan sebelum shima kekorea. Mak dia meninggal takda sakit apa2.