Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Tuesday, March 13, 2012

weekend yang bermakna

Salam Pagi selasa..
Aman kan pagi selasa datang ofis time cuti sekolah. Actually saya dari kampung pagi ni. Cuti 3 hari, memang menghiburkan dan mengamankan perot la kali ni. Dari kenduri kahwen, tengok baby and last sekali kenduri kawen semula. Musim cuti sekolah, musim orang kahwen, pastu nanti musim orang timang baby bersama-sama. Untuk yang bujang macam saya ni, jadi tukang hepi bersama pun dah cukup seronok dah.







First sekali aktiviti sabtu tu, saya konvoi balik alor setar dengan marni and izzati (down from Ipoh). Kenduri sahabat baik saya, Doktor Sairah (medical Dr). Sahabat baik semenjak dari sekolah menengah. Teman belajar dan bergaduh kat sekolah dan asrama. Minah ni sangat gangster kat sekolah. Geng kami selalu dapat sticker merah dari kakak senior sebab diorang tak puas hati dengan sairah (tapi satu geng dapat note amaran tu, mana aci kan). Sairah ni ketua kadet polis yang hebat daerah alor setar, pastu pengawas sekolah yang digeruni dan macam2 la jawatan dia yang orang nak bagi tapi biasa la, orang low profile mana pandang jawatan2 macam tu. Haha. Tapi sebagai seorang sahabat dia, saya tau dia adalah seorang yang dalam hati ada taman. Mana taknya, saya kalau tengah bersedih atau terkilan akan senyap ja dan lama2 rasa tu akan hilang, tapi kalau tiba2 minah ni datang hug lama2, memang air mata tak boleh berenti. Saya tak boleh kalau orang tunjuk simpati, kuat dan tabah tera mana pun, mesti jadi sangat lemah. Dia ni suka la nak tunjuk simpati lebih2. Walaupun zaman sekolah dulu orang cakap kami lesbian, haha, tapi itu Cuma gosip-gosip liar untuk pelajar sekolah perempuan semua. Semua orang pun tau, dia memang antara top scoorer zaman kat sekolah lagi. Kami tetap stay kat Sultanah Asma even result PMR masing2 straight As sebab nak ambik SPM sama. SPM dia 10As, tapi saya takda la sehebat dia. Pastu saya ambik kimia kat USM dan dia just nak sambung medic kat UM. Malas nak gi oversea katanya. Bila dah bekerja, boleh plak dia menyesal ambik medic dulu sebab kerjaya sebagai seorang doktor amat memenatkan dan gaji tak selebat mana menyebabkan gaji tu tak mampu nak bayar semula kepenatan tu. Maka, dia mula menjadi doktor dan menjadi businesswoman. Hebat gila doktor ini. Setakat ni dah ada perniagaan cyber cafe dan tengah berniaga pasir. Husband dia engineer, sebaya dengan kami tapi dah benti kerja sebab nak tumpukan pada business diorang. Dia dah benti kerja sebelum diorang bertunang lagi, sebab tu sairah ni setia gila kat mamat tu. Banyak pengorbanan si Ayie ni untuk melihat sairah gembira.

So, MEDICAL DR + ENGINEER = BUSINESSMAN + BUSINESSWOMAN

Anak-anak korang nanti, suruh la pilih nak jadi yang mana satu.. pening kot nanti anak nak tulis mak and bapak dia keja apa. Haha

For Dr Sairah Zahir, semoga perkahwinan hang kekal selamanya dan ia takkan menjarakkan ikatan persahabatan kita. Thank you for this 15 years of friendship. Aku sangat menghargai.

Then esoknya, hari ahad tu, saya ke pendang. Melawat anak Dina dan Zahir. Boboy nama dia, saya yang bagi. Nama betul Ahmad Zikri bin Ahmad Zahirani. Bakal anak doktor phD. Boboy kalau lahir lepas abah dah konvo baru boleh letak nama Ahmad Zikri bin Dr. Ahmad Zahirani. Kesian kat boboy, kena jaundice yang tinggi. Terpaksa stay kat hospital lebih kurang 8 hari. Tapi takpa, mama Dina sanggup tunggu kat sepital walau lama macam mana pun. Macam anak jepun kot. Comel gilos. Just bagi baju yang tak seberapa tanda kenang-kenangan dari saya dan Dr Istikamah. Saya Cuma ada gambar baju ja, gambar baby tak capture plak aritu sebab terlupa henfon dalam kereta comel kesayangan. Haha. Teruk kan auntie ni. Takpa, auntie sayang zikri.




Then isnin (ponteng kerja), saya bawak mak and kakak ke felda teloi, dekat dah dengan ofis. Ada kenduri sedara yang saya pun takda la kenal sangat. Tapi menurut parent saya, ini adalah sedara dekat. Ada 2 pasang pengantin. Barakallah. Semoga nanti dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Saya tak sempat nak bersalam dengan pengantin, sebab biasalah, semua orang nak bergambar dengan pengantin. Makanya, pengantin adalah teramat sibuk melayan kerenah paparazi dan mamarazi.




p/s: untuk mama Qama, nenek kedah dah buatkan tilam baby, bantal peluk baby dan bantal tidur baby. Dah siap. Kena sampai ke tangan tuan empunya baru boleh upload gambar. Paling lambat semua tu akan sampai ke shah alam next week. Nanti uncle mizi bagi yer. Semua nenek yang buat, kakak Cuma tolong sikit2, satu bantal kepala dan bantal peluk yang bulat sebab terlalu banyak kekabu tu kakak la yang buat tau... peluk cium untuk mama baby..hehe

2 comments:

istiqamah said...

tak sabar nak tunggu hadiah dari kakak dayah, hahaha...kakak ye, hehehe

Norhidayah said...

kakak la..