Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Thursday, March 29, 2012

Weken yang bermakna











Semalam adalah kenangan!!!!!!









Saya sekarang hampir setiap hari kol yon (dua sepupu saya
menurut kak nina yang kawen last week). Saya pun taktau pasaipa, tapi tiap hari
saya rindu. Haha. Ayat gedik nak mampos. Dulu sebelum dia kawen, suka hati saya
la nak kol dia time bila pun, samada saya nak kol dia sebelum subuh, sesudah
tengah malam or time dia tengah berak, i dont mind, tapi sekarang saya terpaksa
pikir banyak kali dan saya kena bayangkan dulu dia tengah buat apa time tu.
Tapi, last weekend memang saya sangat tersangat lah bizi. Dari Kulim-pokok
sena-Kuala Lumpur-Kulim. Jauh perjalanan, ramai yang saya jumpa, ramai juga
yang terjatuh hati..haha











23 Mac 2011





Malam sebelum tu, shira dan norita tido kat rumah saya. Saya
dah pesan awal-awal esok pagi kena bangun awal sebab saya nak kena kerumah kak
nora choc sesudah subuh (menurut kak nora) untuk ambik coklat yang saya order.
Saya order coklat tu sebagai hadiah kepada yon. Sengaja saya taknak beli
barangan untuk rumah sebab saya tau dia takkan duduk rumah sendiri lagi. For
this time being, dia akan duduk dengan famili dia atau famili mertua.





Petang tu, habis ja ofis hour, saya terus blah. Sampai
kampung dah nak magrib (time standard). Lepas isyak malam tu, saya berjalan
melenggang mak limah ke rumah yon. Dahramai dah orang kat situ. Menu yang lazat
(nasi arab lauk daging kambing) sangat menaikkan nafsu saya untuk melantak.
Wah, sodap eh. Lupa yang saya tengah dalam misi nak diet. Lepas makan, lepak2,
gosip2 dengan penantin terus kami mula berinai. Saya ni konon2 malu2 nak tolong
inaikan penantin, dok menyendeng kat sebelah penantin. Si penantin pulak, dok
sengeh2 kat saya dok suruh saya bubuh sekali. Saya kan pemalu, mana mau nak sua
tangan kat orang suruh tolong bubuhkan inai. Last sekali, saya cubit inai dari
jari penantin sikit letak kat jari saya. Dapat 3 jari. Ok la tu kan. Malam tu
dekat tengah malam jugak la, dalam 12 lebih baru saya jalan kaki balik rumah.









24 Mac 2012







Esok pagi selepas subuh, dah lepas cuci inai kat jari, saya
sibuk dok telek inai di jari. Dalam hati "bila la aku nak dapat pakai inai
full di jari tangan dan kaki". haha. Pukul 8.30 am, Qama kol sembang2
terus saya tak jadi sambung tido. Pukul 9 am saya dah start mandi dan bersiap
sebab pagi ni saya nak bawak penantin pi mekap. Pukul 10 lagi saya dok tunggu
penantin kol suruh bawak dia pi mekap. Last sekali pukul 11.45 am baru dia kol
saya nak suruh bawak dia pi mekap. Bayangkan dah nak dekat time makan baru dia
nak pi mekap. Haishhhh. Penantin ni. Dalam kereta, sibuk saya dok bersyarah kat
dia. Saya dok berleter sebab dia dah la penantin tapi sibuk dok nak sapu sampah
la, nak kemas rumah la, mengada betol. Tapi, salute la dengan pak andam tu.
Bapok tu mekap tak sampai setengah jam. Siap. Lawa lajugak, tapi sebab baju dia
kaler kelabu makanya, tak berapa nak naik sangat.









Pukul 1.00 pengantin perempuan sampai rumah. Kelakarnya,
time kereta saya nak sampai rumah pengantin, ada sorang pakcik naik moto dah
nak blah lepas makan kenduri, punya la dia terpegun tengok pengantin, mulut
ternganga luas macam dia sebut 'wwwwoooooooo'. Haha. Saya dengan pengantin
gelak macam nak pecah perot dalam kereta.







Pengapit yang cantik lagi bestari ini, menjalankan tugas
dengan sungguh dedikasi. Seminit pun saya tak duduk dengan pengantin, saya sibuk
entertain tetamu. haha. Tipu ja, saya sibuk dok jaga mekap saya takut cair.
haha. Yela, ramai tu dok usha2 saya. Maklumla, orang solo and available. Takpa,
yang penting apa yang saya nak buat, tercapai.





Tapi, dalam pukul 4 saya dah kalut-kalut nak bertolak. Pukul
3 lagi saya dah salam-salam dengan pengantin ala-ala syahdu sebab petang tu
saya nak tolak ke kl pulak untuk kenduri sahabat se uni saya. Sedih la, nak
tinggal majlis yon sedangkan majlis belum habis sepenuhnya, pastu esoknya waktu
majlis hantar pengantin saya tak dapat turut serta. Sedikit terkilan tapi yon
faham sebab dia pun kenal sahabat saya yang sorang lagi.







4.40 petang saya bertolak ke penang untuk kaut syana, meme
dan eju. Pukul 7 kami bertolak dari juru. Pukul 8.30 sampai tapah untuk kaut
yanie. Laju nak mampos syana pecut. Tapi takpa, kena speed trap dia yang akan
bayar. haha. Saya senyap je. Tapi dalam kereta memang hapening. Sampai pekan
rawang awal lagi, dalam pukul 10mlm, tapi malangnya, kami tersesat dalam bandar
rawang. Pusing2 u turn semua, patah balik ketempat yang sama. Si anem, yang dok
tunggu kami kat kl bagi arahan yang kurang tepat. Patutnya dia arah kami ikut
lebuhraya LATAR tapi maybe dia pun taktau samapaikan kami terpaksa mintak
tolong sorang brader tu tunjukkan jalan. Sib baik brader tu pun memang nak pi
ke pekan selayang maka, dia suruh kami folo dia. Tapi vios mana boleh ikut
moto, lepas dia selit-selit, hilang, tak sompat nak ucap thank. Kalau bro baca
ni (cewah, bajer retis) kami gadis-gadis jelita ucap terima kasih. Around 11
jugak la kami dapat jumpa anem kat wira damai. Dah jumpa, pegi makan kat area
gombak. boleh la belasah sebab dah kebulur sangat. Pukul 12 lebih jugak kami
blah dari restoran thaqwa.





Tengah malam tu, punya la havoc, bersembang tak ingat dunia
sampai pukul 3 pagi. Masuk bilik, saya bantai bergelak ketawa dengan yanie and
syana sampai pukul 4 pagi. Bersembang tak ingat dunia.







25 Mac 2012





Pagi esok, lepas subuh saya tido balik. Tapi tak lama, pukul
8 setengah bebudah ni sibuk dok bergelak ketawa menyebabkan kami bertiga pun
nak kena bangun join the korum. Lepas
bekfes semua, sambung gelak-gelak sikit lagi pastu bersiap. Pukul 12 kami dah
nak kena check out. Oh, kami dijanjikan akan duduk di homestay oleh anem dan
pengantin, sampai2 saya tengok bukan homestay tapi rumah flat. Malam saya
sampai tu, lepas ja tengok rumah waktu on the way nak pegi makan kat thaqwa terus
saya text anem yang naik kereta satu lagi “woit, ini bukan homestay..ini flat
ok..flat.. its not our taste” .. haha





Kampung pengantin, Kuala Lumpur.. its hard to explain. Nice place
but hard ti find if you are not orang kl sejati..bolehla.. tapi tempat dia
mantap. Kenduri sedap sebab makan nasi dan lauk yang maveles. Sedap siot. Tapi,
sure la kami ni sibuk nak bergambar sakan. Jumpa azrul n sahak. Sahak ja yg ok,
bagi saya azrul mcm non ok. Maybe sebab dia datang dengan someone dia kot.
Senyap seribu bahasa. Tak kisah la, asalkan masing2 bahagia.





By 3 pm, kami bertolak balik. Melalui rawang semula, tanpa
sesat. Sampai tapah semayang dan makan for the second round sebab dah kebuluq
semula... Saya sampai kulim dah pukul 10.30 mlm sebab pegi hantar vios adik
syana kat rumah adik dia dulu.. Penat tapi best..







p/s: lepas ni saya dah takmo jadi tukang makan kenduri
orang, saya nak jadi pengantin pulak..pls doakan yer



2 comments:

Cantiknyapurple said...

dua pupu lah.. bukan dua sepupu :D dayang mengongs :p

Norhidayah said...

adoiiiii, dah betolkan pun salah lagi...