Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, October 20, 2013

Cahaya Di Atas Cahaya

Salam pagi!!

Nampak perempuan cantik kat cover buku tu.. Ha, itu la Oki, kalau mau ditonton Ketika Cinta Bertasbih kok dikenali Mbak Oki.. Cantik, single, berkarisma, dan muslimah. Bagi saya, yang membuatkan dia diterima adalah kerana imej muslimah selain nama besar sebagai Anna Althafunnisa. Well, dia muda, bertahun muda dari saya tapi setakat ni dah ada 3 buku. Saya tak berkesempatan lagi nak baca buku pertama beliau, Melukis Pelangi. Buku Cahaya diatas cahaya dengan Sejuta pelangi pun hasil ihsan kawan yang berkunjung ke bumi ilmu, Indonesia. Tak pasti, kat Malaysia ada jual ke tak buku-buku ni semua. Bahasa yang digunakan masih lagi bahasa Indonesia, tak dialih bahasa ke Malaysia, kecualilah kalau masuk malaysia maybe ada yang di alih bahasa. Kadang paham, kadang tak paham tapi terpaksa buat-buat paham. Ingatkan bahasa Indonesia ni mudah tapi agak menguji minda.

Buku ni mengisarkan sekitar sebulan perjalanan umrah dan mencari ilmu Oki bersama ibu dan bapa sedaranya ke Mekah. Sebulan? Lama deh macam orang pegi buat haji. Kat sana Oki diterima belajar di Ummul Qura. Saya sendiri taktau ada Uni. yang mahsyur di mekah. Yang selalu dengar cuma Uni. Islam Madinah. Banyak cerita tentang pembelajaran di Ummul Qura yang dikongsi dalam buku ni. Boleh belajar asas bahasa Arab di Ummul Qura. Dalam buku ni juga, Oki sangat menekankan tentang peri pentingnya belajar bahasa Arab.  Terdapat banyak hadis dan ayat-ayat Quran yang dikongsi tentang kewajipan mempelajari bahasa Al-Quran ini. Saya takda basic langsung, taktau pun apa itu Fushah dan apa itu Amiyyah. Rupanya bahasa arab yang digunakan dalam Al-Quran dan sepanjang proses pembelajaran adalah bahasa Arab Fushah manakala yang digunakan seharian adalah Amiyyah. 

Banyak peristiwa menarik yang dikongsi dalam buku ni. Contohnya tentang perjalanan umrahnya bersama ibu, pengalaman Oki menaiki Jabal Nur, pengalaman di Madinah, pengalaman bertalaqi bersama Moona-hafidzah di Masjidil Haram, pengalaman melawat sekolah tahfiz al-Quran di darul Ullum dan paling menarik hati adalah pengalaman berharga di Ummul Qura. Ada la serba-sedikit perbualan dalam bahasa arab yang dikongsi dalam buku ni.

Menarik. Makanya kalau ke Indonesia, selain membeli kain sebagai bisnes, beli la buku jugak. Saya belum pernah lagi ke sana, mungkin hanya akan ke sana sekiranya diperlukan atas urusan kerja- perghhh. Buku pun pinjam kawan punya.


No comments: