Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, October 30, 2013

Dia belajar sebab minat sains

Saya sedang dalam meeting dengan SV tengahari semalam, sedang berserabut dengan skop kerja. Dan seperti biasa, SV akan bercakap banyak yang kadang-kadang saya pun taktau apa hujung pangkal. Dr ni memang suka bercerita tentang bidang dia, NMR adalah bidang yang dia kuasai. Kadang-kadang sesetengah student just bagi alasan nak charge telefon sebab malas nak dengar dia ulang benda yang sama. And he keeps on telling yang belajar bukan setakat untuk mendapat segulung kertas yang menunjukkan kita ada masters tapi belajar dengan semangat untuk gain the knowledge. Hurm, yela. 

Waktu dia tengah cakap-cakap, then ada sorang chinese guy ketuk pintu masuk. Nampak macam 40-an. Dia perkenalkan diri daripada school TI. Ok, ingatkan lecturer sebab dia datang mintak SV ajarkan tentang NMR, on how to understand COSY, NOSY and so on yang memang advanced NMR. Siap buat research background pasal SV saya, so SV pun tanya la balik pasal background dia sebab dia student PhD rupanya.

SV: Terang sikit pasal diri U, dulu belajar kat mana, nampak macam dah kerja ja.

CG: Saya dah 41. I dah kerja dengan satu company (yang dah established) as manager but my interest memang dalam bidang sains. I dah berjaya dah dapatkan result yang bagus pasal organic compound ni tapi still tak puas hati sebab i nak tau konformasi compound ni. But i never learn on NMR before, so bila search saya jumpa Dr memang orang yang ada banyak hasilkan paper pasal COSY NOSY... bla....bla...

SV: ok, tapi buat apa u sambung belajar. U dah ada kerja.

CG: Saya memang minat sains. Sebab tu dah 41 pun nak sambung belaja. Duit bukan masalah.

Nope, saya bukan nak cerita yang SV tu hebat on NMR or chinese guy tu kaya tapi seriusly lepas chinese guy tu blah terus rasa wow. Dia dah sangat stabil dengan gaji dekat 10k tapi sanggup struggling belajar bidang yang tak relate dengan kerjayanya. Dengan satu kata kunci, MINAT. Betulla, bila minat tu sangat mendalam, kita memang sanggup hadapi apa saja kesukaran. Sedangkan sepatutnya result dia dah cukup untuk dia graduate as a PhD candidate tapi dia tetap nak include and learn pasal NMR. NMR is a tough topic in chemistry. Setakat nak interprete simple NMR tu ok lah, tapi nak interprete advanced NMR memang perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Dan dia sanggup hadapi tu semua atas tiket MINAT.


Inspiring for me. Good luck untuk saya dan kita semua.

No comments: