Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Wednesday, October 30, 2013

Dia belajar sebab minat sains

Saya sedang dalam meeting dengan SV tengahari semalam, sedang berserabut dengan skop kerja. Dan seperti biasa, SV akan bercakap banyak yang kadang-kadang saya pun taktau apa hujung pangkal. Dr ni memang suka bercerita tentang bidang dia, NMR adalah bidang yang dia kuasai. Kadang-kadang sesetengah student just bagi alasan nak charge telefon sebab malas nak dengar dia ulang benda yang sama. And he keeps on telling yang belajar bukan setakat untuk mendapat segulung kertas yang menunjukkan kita ada masters tapi belajar dengan semangat untuk gain the knowledge. Hurm, yela. 

Waktu dia tengah cakap-cakap, then ada sorang chinese guy ketuk pintu masuk. Nampak macam 40-an. Dia perkenalkan diri daripada school TI. Ok, ingatkan lecturer sebab dia datang mintak SV ajarkan tentang NMR, on how to understand COSY, NOSY and so on yang memang advanced NMR. Siap buat research background pasal SV saya, so SV pun tanya la balik pasal background dia sebab dia student PhD rupanya.

SV: Terang sikit pasal diri U, dulu belajar kat mana, nampak macam dah kerja ja.

CG: Saya dah 41. I dah kerja dengan satu company (yang dah established) as manager but my interest memang dalam bidang sains. I dah berjaya dah dapatkan result yang bagus pasal organic compound ni tapi still tak puas hati sebab i nak tau konformasi compound ni. But i never learn on NMR before, so bila search saya jumpa Dr memang orang yang ada banyak hasilkan paper pasal COSY NOSY... bla....bla...

SV: ok, tapi buat apa u sambung belajar. U dah ada kerja.

CG: Saya memang minat sains. Sebab tu dah 41 pun nak sambung belaja. Duit bukan masalah.

Nope, saya bukan nak cerita yang SV tu hebat on NMR or chinese guy tu kaya tapi seriusly lepas chinese guy tu blah terus rasa wow. Dia dah sangat stabil dengan gaji dekat 10k tapi sanggup struggling belajar bidang yang tak relate dengan kerjayanya. Dengan satu kata kunci, MINAT. Betulla, bila minat tu sangat mendalam, kita memang sanggup hadapi apa saja kesukaran. Sedangkan sepatutnya result dia dah cukup untuk dia graduate as a PhD candidate tapi dia tetap nak include and learn pasal NMR. NMR is a tough topic in chemistry. Setakat nak interprete simple NMR tu ok lah, tapi nak interprete advanced NMR memang perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Dan dia sanggup hadapi tu semua atas tiket MINAT.


Inspiring for me. Good luck untuk saya dan kita semua.

Sunday, October 20, 2013

Cahaya Di Atas Cahaya

Salam pagi!!

Nampak perempuan cantik kat cover buku tu.. Ha, itu la Oki, kalau mau ditonton Ketika Cinta Bertasbih kok dikenali Mbak Oki.. Cantik, single, berkarisma, dan muslimah. Bagi saya, yang membuatkan dia diterima adalah kerana imej muslimah selain nama besar sebagai Anna Althafunnisa. Well, dia muda, bertahun muda dari saya tapi setakat ni dah ada 3 buku. Saya tak berkesempatan lagi nak baca buku pertama beliau, Melukis Pelangi. Buku Cahaya diatas cahaya dengan Sejuta pelangi pun hasil ihsan kawan yang berkunjung ke bumi ilmu, Indonesia. Tak pasti, kat Malaysia ada jual ke tak buku-buku ni semua. Bahasa yang digunakan masih lagi bahasa Indonesia, tak dialih bahasa ke Malaysia, kecualilah kalau masuk malaysia maybe ada yang di alih bahasa. Kadang paham, kadang tak paham tapi terpaksa buat-buat paham. Ingatkan bahasa Indonesia ni mudah tapi agak menguji minda.

Buku ni mengisarkan sekitar sebulan perjalanan umrah dan mencari ilmu Oki bersama ibu dan bapa sedaranya ke Mekah. Sebulan? Lama deh macam orang pegi buat haji. Kat sana Oki diterima belajar di Ummul Qura. Saya sendiri taktau ada Uni. yang mahsyur di mekah. Yang selalu dengar cuma Uni. Islam Madinah. Banyak cerita tentang pembelajaran di Ummul Qura yang dikongsi dalam buku ni. Boleh belajar asas bahasa Arab di Ummul Qura. Dalam buku ni juga, Oki sangat menekankan tentang peri pentingnya belajar bahasa Arab.  Terdapat banyak hadis dan ayat-ayat Quran yang dikongsi tentang kewajipan mempelajari bahasa Al-Quran ini. Saya takda basic langsung, taktau pun apa itu Fushah dan apa itu Amiyyah. Rupanya bahasa arab yang digunakan dalam Al-Quran dan sepanjang proses pembelajaran adalah bahasa Arab Fushah manakala yang digunakan seharian adalah Amiyyah. 

Banyak peristiwa menarik yang dikongsi dalam buku ni. Contohnya tentang perjalanan umrahnya bersama ibu, pengalaman Oki menaiki Jabal Nur, pengalaman di Madinah, pengalaman bertalaqi bersama Moona-hafidzah di Masjidil Haram, pengalaman melawat sekolah tahfiz al-Quran di darul Ullum dan paling menarik hati adalah pengalaman berharga di Ummul Qura. Ada la serba-sedikit perbualan dalam bahasa arab yang dikongsi dalam buku ni.

Menarik. Makanya kalau ke Indonesia, selain membeli kain sebagai bisnes, beli la buku jugak. Saya belum pernah lagi ke sana, mungkin hanya akan ke sana sekiranya diperlukan atas urusan kerja- perghhh. Buku pun pinjam kawan punya.


Sunday, October 13, 2013

Kerja dan kerja part time

Haloooo..its 2.00am dan otak tengah memikirkan result projek master yang tak correlate with each other... arghhh.. 

Seorang researcher perlu banyak membaca, faham apa yang dibaca, cuba fikirkan jalan terbaik untuk dapatkan result dengan cara termudah (bahasa mudahnya 'simplify the method'), rajin buat labworks dan pandai menggoreng result bagi menghasilkan paper yang berkualiti. Saya dah kerja almost 5-6 years dan bekerja in this field buatkan hati tak puas. Seronok buat research yang kita paham dan kita tau apa yang kita  nak hasilkan tapi masalah saya adalah saya tak tau sebenarnya apa contribution diri sendiri untuk orang lain. Research line sangat slow untuk saya rasakan kepuasan. Kadang-kadang merangkap selalu saya rasa macam buat keja syok sendiri, tah apa-apa yang kawan-kawan lain impress sangat dengan keja saya ni. Agaknya kalau bos saya baca ni ada harapan saya nak kena tarbiyah dak? hahaha.. 

Thats why saya sentiasa mencari peluang untuk mengaja tuisyen. Saya suka dengar or baca status kawan-kawan yang pasal student depa nak ambik PMR or SPM. Agaknya bila tengok students yang berjaya dalam exam cikgu rasa kepuasan dan bila ada students yang gagal, kita tau kita kena berusaha lebih supaya the next batch semuanya doing well in their exam.

Actually before masuk keja kat tempat sekarang, saya dah cuba mintak DPLI, dah sampai stage interview yang kena mengaja kat depan examiners. But, keputusannya sangat mengecewakan. Sampai hati depa cakap macam ni kat saya,

"Kami rasa awak sememangnya tak layak untuk mengaja. Cuba cari kerja lain yang sesuai dengan diri awak"

Choi sangat. maybe sebab saya tak buat persediaan, pi dengan berbekalkan kabel dalaman. Tapi time tu takda la rasa kecewa sebab mengaja bukan passion saya lagi. Balik tu senyum sampai telinga sebab tak payah masuk belajaq setahun before boleh graduate pastu jadi cikgu berijazah. 

Then dapat keja sekarang. After 1yr kerja, saya join kawan-kawan mengaja secara percuma kat rumah anak yatim. Saya mengaja budak form 2, ajar matematik. Seronok tapi penat sebab ada yang asik mengadu nak balik rumah, ada yang ada masalah keluarga. seribu satu macam masalah depa tapi best sebab doa anak-anak yatim ni berkat. Time tu saya baru dapat intevew permanent kat tempat kerja dan saya mintak adik-adik tu doakan saya. Ahamdulillah, berkat doa semua orang. Tapi, taun depannya saya dah tak boleh mengaja sebab adik-adik tu dikatakan sangat bz. kawan-kawan lain pun dah tak boleh bagi komitmen. so, kehidupan saya cuma berkisarkan kerja semula. Bosan.....

Tahun ni, saya dah start balik mengaja adik-adik form 4 subjek kimia. Tough jugak kimia ni. Time belajar dulu rasa macam relax ja, tapi bila mengaja payah rupanya. Mengaja senang tapi bila nak buat soalan, hazab jugak la. Cikgu berpeluh. kadang-kadang 2 malam stadi before gi kelas. Students datang salin jawapan ja. Jenuh cikgu ni membebel, kome tu dah la bayar untuk tuisyen, datang minggu ni amik kertas soalan, datang minggu depan salin jawapan, kome ingat kome datang kelas latih tubi ke? 

Ada yang kata, banyak la duit dayah, keja lagi mengaja tuisyen lagi. Takdenya kaya. Ada bulan dapat 50hengget, ada bulan dapat 80 hengget, harga minyak mahal der, berulang ke kelas tuisyen pun dah lebih daripada tu. Cikgu ni dah la rajin terlebih, minggu yang tak payah ganti pun nak buat kelas ganti. Seronok mengaja, kepuasan sangat. Sekarang ni dah sampai final stage sebab nak habiskan satu bab je lagi dan tak sampai sebulan student batch pertama saya ni nak ambik SPM. 

Student: Cikgu dulu SPM, Kimia dapat apa?
Cikgu: A la.
Student: Yaka cikgu dapat A.
Cikgu: Eh, betulla. (padahal tak dapat A pun, lagi satu markah nak dapat A agaknya). 

Saya cuba jadi cikgu yang best. Kelas takda la skema, kami gelak-gelak, ada makanan lebih bawak ke kelas makan sama-sama, kadang-kadang kutuk-kutuk takpun gosip pasal slot akasia. Drama sangat cikgu ni. Rasanya esok-esok, kalau ada rezeki lebih, kalau pengalam dan kepercayaan orang dah baik, teringin hati mempunyai pusat tuisyen sendiri. Nak buat macam mana, nak jadi cikgu dikatakan tak layak, jadi cikgu tuisyen je la. Doa-doakan..




Thursday, October 10, 2013

Alkisah sepasang stokin kaki dan tangan

Assalamulaikum... (sambil kopek kulit kuaci)

Minggu lepas saya pergi berniaga, ehemmm, baru nak start sikit-sikit. Program tu buat betul-betul sehari lepas saya balik dari berkampung di Shah Alam. Actually saya bukanlah tau sangat pogram ni untuk apa tapi sebab semangat nak merasai pengalaman berniaga punya pasal,walaupun letih tetap gagah bangun pagi drive dari SP ke Masjid Seberang Jaya. Saya pergi berdua je denga sorang anak sedara, tapi kat sana saya joint venture dengan sorang lagi kawan. Kami share meja berdua. Mentalah kata buat kat masjid, pogram pulak anjuran IKRAM, mestilah pompuan-pompuan yang datang tu muslimah sopan pakai tudung labuh gelak sopan kukik kukik... Then kawan saya tanya


"Dayah, macam mana nak istiqamah pakai stokin"
Mencabar gila soalan.. Bukan senang nak menjawab. Lain la kalau saya ni memang dari kecik-kecik 5 taun dah pakai stokin handsock bagai. Tak....Saya ni baru berjinak-jinak. Kadang-kadang kuat ja hati ni,

"ala dayah, pi duduk dalam keta je pun, satgi turun bukan orang nampak pun, tak payah la pakai stokin, penat ja nak kena basuh pasni"

Haaaa, gitu. Bukan mudah. Nak pakai memang senang tapi nak teruskan pakai dengan istikamah perlukan mujahadah yang kuat. Tambah-tambah pulak kalau kita ni bukan dari latar belakang yang memang menitik beratkan menutup aurat secara sempurna ni. 

Salah satu tips saya nak kekalkan momentum pakai stokin adalah dengan beli stokin singgit kat giant or tesco banyak-banyak. Kekadang kalau ke rumah sedara yang dekat or ke kedai dekat pekan pokok sena, tak kuasa eh nak pakai stokin then balik nak basuh. Stokin saya dah la panjang sampai ke lutut, malas den. So, kita pakai la stokin kaler-kaler tu, nampak la funky sikit. Haha. Penah kakak saya tegur,

"hang ni dah macam budak tadika pakai stokin ni"

Tak kisah la kan macam budak tadika ka, macam ustazah mengaji malam ka, atau macam bini ustad akil Hai ka, yang penting bila lapar kita kena "makan". 

Saya pakai stokin bukan sebab nak pakai sebab ini memang tuntutan agama. Tak. Tapi sebab pada satu hari yang hening 2 tahun lepas, saya balik keja, buka pintu bilik, then nampak ada satu kotak indah atas katil. Rupanya hosmet saya hadiahkan stokin 3 pasang ka 2 pasang tah. Dia nak saya pakai stokin, terharu kot ada kawan yang macam tu. Tapi time tu kalau rajin ja saya pakai. Kalau tetiba saya rasa, "kaki aku cantik la harini" takdanya saya nak pakai stokin. Sampai la saat saya nak mengerjakan umrah taun lepas, waktu tengah belajar kursus umrah tu la, terdetik dalam hati saya nak jadi lebih baik bila balik dari mekah nanti berbanding sebelum tunaikan umrah. Sebab tu bila balik, terus rasa seram sejuk kalau keluar tak pakai stokin. Serius, memang rasa nak demam kalau keluar tak pakai stokin.

Tapi kalau ikutkan pemahaman saya, tak pakai stokin pun takpa kalau kain kita labuh dan kita yakin takkan ternampak kaki kita. Atau kalau kita pakai kasut bertutup, erk rasanya kalau pakai kasut bertutup lagi la nak pakai stokin sebab takut melecet. 


"Handsock pulak bila hang pakai dayah?"

Saya pakai kandsock sebab tangan saya ada parut akibat jatuh motor. Parut dah la buruk pulak tu. So, kalau pakai baju kurung or t-shirt 3/4, malu doh kalau orang tetiba tanya

"Dayah, apa kena dengan tangan hang tu? Hang goreh tangan dengan kaca ka?"

Sebab taknak bagi orang asik bertanya makanya saya pakai la handsock. Tapi bila dah selalu pakai, dah jadi suka dan tak comfort kalau pakai baju kurung tangan biasa yang boleh terselak sampai siku tu kalau tak pakai handsock. So, sekarang ni, kita just teruskan apa yang kita dah mulakan walaupun niat kita dah berubah. Tapi kalau dah tangan baju kurung tu tangan cekak yang letak butang klip tu, tak pakai handsock pun takpa. Senang, suruh je la tailor jahit tangan baju CT, yang jenis jerut tu. Kalau tangan baju besa, suka beno dia melurut sampai ke siku. 


Saya ni bukan baik beno. Jahat, eh bukan jahat tapi nakal sikit la. Sikit je. Benda-benda gini kena ada something yang tarik kita ke arah tu, Sebab tu la, kalau nak jadi baik, berkawanlah dengan orang yang baik-baik. Saya tak tau la orang lain, tapi alhamdulillah saya dikelilingi oleh orang-orang yang terbaik. Orang-orang yang sentiasa buatkan saya cemburu dengan depa dan nak jadi terbaik macam depa jugak. Allah temukan saya dengan kawan-kawan yang jaga pemakaian, yang rajin belajar ilmu agama dan kawan-kawan yang berusaha menjadi yang terbaik. Contoh, ada kawan yang aktif usrah, ada kawan yang gigih belajar kelas agama malam-malam, ada kawan yang aktif dengan kerja amal, ada kawan yang akan tegur kalau kawan pakai tak ikut syariat, ada kawan yang cakap lemah lembut manja tapi pandai jaga diri. Serius, orang-orang macam ni buatkan hati saya melt nak jadi macam depa. 


Nak berubah menjadi baik senang tapi nak istikamah tu perlukan kekuatan yang luar biasa. Cakap kena serupa bikin. Kita tau kena pakai pakaian yang longgar tapi hati ni tetap nak jugak pakai peplum. huhu. Apa, peplum ada yang longgar??.. Sukati la. I pun ada peplum kaler ijau konon2 nak pakai time mengundi. Bye



P/S: 

1. Kali ni p shah alam seronok betoi, Dapat pi makan meatball Ikea yang dah lama kempunan tu sebab pi sebelum ni takdan nak makan, pastu dapat makan meatball dan burger bakar abang burn (meatball dia sedap sebab rasa daging and gravy dia pun cukup rasa sedap sampai licin pinggan), pastu makan burger yazid (sedap eh daging dia) dan last but not least, dapat tengok lampu cantik kat I-City. Tapi kempunan sebab tak dapat makan nasi ayam kampung kat Cyberjaya... huhu. Ada orang tu promote kaw-kaw tapi apa pun takdak...

2. Meniaga takda la untung pun, balik modal dan dapat tambah pengalaman. Tapi saya dah daftar course dengan Dr Azizan Osman. Wah, tak sabar ni nak attend. Nak dengar, apa la yang dia cakap sampai semua orang semangat sangat. 

3.  Tahun ni saya sambut korban kat kemboja.. haha. Feeling obesi sangat. ada orang tu kata kat saya " Kalau tak dapat training kat UK, cari la somi yang nak pi sambung PhD kat UK"... Baik, mari mencari.. lepas ni boleh buat bisnes Tefal pulok. ahaha.