Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason

Thursday, July 27, 2017

Madah Berhelah



Assalamualaikum semua..

Dah lewat tengah malam, tapi tak boleh nak tidor sebab tengah usaha nak habiskan satu mug nescafe.. Harini memang hari nescafe, dari breakfast lunch dan sekarang supper. Harap esok boleh pergi kerja awal sikit as esok pagi ada meeting.. Hari-hari meeting, be it meeting within sirim staff or dengan kampeni luar.. Nasib baik la bukan jadi bos.. Tapi jadi bos pun best jugak, cakap je, yang kena deliver anak buah..
Hey Zu, jangan nak cerita dekat bos pulak.. Bos kita tu baik ok.. Sopan dan berdiplomasi, mana nak cari bos minta maaf kat staff padahal staff tak terpikir langsung pun nak terasa hati dekat soalan bos..

Sebenarnya banyak benda nak cerita kat sini.. Banyak sangat sampai tak tahu nak mula dari mana.. Ni kang, ada jugak isu yang aku tertinggal nak hapdet kat sini.. Tapi kali ni nak letak gambar raya di SIRIM.. Sebab ada gambar kita kan, walaupun gemok, ku tempek jua disini.. Dah lama sangat takda gambar menarik nak dikongsi.. Semua gambar yang ada gambar muka tak pakai lipstick, mana best nak tempek… Dah la jerawat tumbuh bak cendawan kat area dagu.. Sampaikan colleague google apa kah kaitan jerawat didagu.. Rupanya masalah hormone.. Kena kahwin ni dayah!!!!!

Ok.. kita ikut yang paling utama la eh..

1. TN50
 
I ni bukanlah ahli politik or pakar ilmuwan, tapi, sebagai anak jati negeri kedah… I ni dah melalui zaman Kedah Maju 2010… 2010 yang telah ditinggalkan hampir 7tahun.. Setelah 7tahun, masalah air di Kedah semakin kronik.. Kita ambik satu jela, AIR.. Bertahun tahun isu air.. 7 tahun setelah maju pun tak setel..

Dari sekolah rendah lagi kita dah start menyanyi lagu Wawasan 2020.. Waktu sekolah tak sabar nak tunggu umur 35tahun, sebab akan melalui tahun 2020..

Waktu tu dah terbayang, anak dah sekolah rendah, pakai kereta Volvo, rumah bangle 3 tingkat, ada bibik setiap tingkat, and macam-macam la yang indah permai.. Bahagia macam dalam syurga dunia la kengkononnya tahun 2020.. Futuristik gila.. 

Dulu kalau kelas lukisan memang cikgu akan suruh lukis dunia pada zaman 2020.. Satu Malaysia membayangkan kita akan naik kereta terbang, bangunan semua jenis pencakar langit, manusia pelik-pelik, kira canggih tak terkata la tahun 2020.. 

Cer tengok sekarang, less than 2.5years nak capai 2020, masalah social meruncing, ketegangan politik yang ketara, isu morality yang sangat tak bertamadun, kepincangan kereta kesayangan negara, Felda yang disalahguna, dan terlalu duniawi lagi la isu yang ada… 

I umur 65tahun semasa agenda ini akan dipost mortem, entahkan sempat hidup ke tak.. Agaknya masa 2050 tu, ada beratus parti yang bertanding waktu pilihanraya.. Lepas ni kena lebih terbuka nak melihat negara pada 2050.. Maybe masa tu seorang PATI menjadi pemerintah..hahahahahaha… Who knows


2. SADA 

Macam biasa lah SADA ni, katanya nak maju dah bulan OGOS ni.. Tengoklah mampu ke tak nak maju..

Makcik saya punya la pertahankan SADA, kengkonon air SADA akan kembali normal bulan OGOS, siap bagitau lagi itu kenyataan rasmi dari SADA..
Dah ler makcik, korek jela telaga.. At least tak merasa air teh ais sekali sekala... Air dah la jernih, sedap pulak bila mandi, rasa fresh sangat.. Minum pun sedap (bergantung kepada tahap ketebalan lidah individu)

Raya keberapa tah, saya dah masuk opis dah masa tu, kawan masih dok bercuti di Alor Setar.. Tetiba dia mesej bagitahu yang dia tak pernah tahu SADA ada building office yang gah dan besar ditengah bandaraya Alor Setar..

Balas saya,
"Harapkan bangunan je gagah megah perkasa kat tengah bandar, servis hampeh.. Umpama perempuan cantik yang pengotor".... nampak tak betapa marahnya dengan SADA... 

I harap lepas raya haji ni, SADA dah insaf dan tak kencing kitorang lagi.. Cukup-cukuplah...


3. Linkin Park
 
I tahu pasal penyanyi LP ni mati sebab nampak David Beckham update kat newsfeed dia.. Mula-mula tak tahu pun sapa, lepas tu nampak kawan-kawan ramai yang update siap tulis kronologi kenangan mereka membesar dengan LP..

I ni bukan peminat lagu mat saleh, saya kan melayu pop balada.. I dengar lagu kumpulan zaman 80an.. I tak kenal langsung LP and tak pernah dengar and minat LP.. Kumpulan nsyn and BSB tahu sikit-sikit lagu depa sebab zaman asrama dulu kakak-kakak senior selalu nyanyi ramai-ramai time berkumpul morning walk. Seronoknya menyanyi aka miming pagipagi dengan tak mandi itu, hahahahaha.. Tak pernah tahu apa itu busuk zaman sekolah dulu.. kahkahkah

Nasib la tak minat lagu-lagu sakit telinga takdak masa depan ni, so, aku tumpang kesian bila kawan-kawan sedih si vokalis LP ni meninggal… Yela, kita kena menghormati minat semua orang, macam mana sesetengah orang tak boleh digest bila tau saya suka lagu melayu tahun 70-80an..

Asalkan masing-masing bahagia, hentam sajalah labu


 4. My Friend is getting married
 
Yes… kalau you rasa status ni refer kat you, congratulation… Im soo happy
Kalau Allah dah kata inilah akhirnya, sebagai kawan, I tumpang gembira.. Kita ni, tak boleh tersenyum duduk bersanding, dapat tengok kawan baik duduk bersanding pun dah senyum lebaq..

Bak kata kakak saya, kita tak boleh dapat semua benda.. kena la belajar menerima ujian masing-masing..

Yon pun nak kahwin hujung tahun ni, bulan Disember.. Untung la, dah kali ke-2 kahwin, hahahaha..
Kuang jaq sangat dayah ni …

 
5. Belajar menjadi lebih COOL
 
Betol la orang kata, perempuan tak kawen bila umur 30an ni cepat emosi..
Depends la jugak, kekadang terlebih cool sampai semua benda lupa nak buat, kadang terlalu emosi sampai silap sekecik kuman pun nak naik angin…

Dayah, kena lebih diplomasi lepas ni.. Jangan biar emosi control perlakuan and tutur kata.. be COOL ok.. relax, jangan stress and eat more, ehhhhhh

Lepas ni, update blog lebih sikit


6. GAMBAR TERKINI…. hihihihihi

Hai sayang... rindunya budak debab ni

Ni group Powerpuff Girls.. Tapi ada sorang mak gegirl kat situ

Kawan sekolah menengah sampai sekarang

Ini geng BFF sekolah rendah

Kawan sekolah menengah.. Lama tak jumpa Azer, after form 5 terus masing-masing bawak diri..

Geng Sokmo Makan yang masih tinggal.. hihi

Geng Projek QD Huda.. dengan adik-adik praktikal

Geng Sensor Kulim

Geng Georgeous Smartfon Gurls.. the only yang hadir masa jamuan raya..

Menteri Sains and Teknologi datang ke Kulim.. 

Raja segala raja.. Yang bertakhta dihatiku

Post a Comment