Assalamualaikum semua..
Dah lewat tengah malam, tapi tak boleh nak
tidor sebab tengah usaha nak habiskan satu mug nescafe.. Harini memang hari
nescafe, dari breakfast lunch dan sekarang supper. Harap esok boleh pergi kerja
awal sikit as esok pagi ada meeting.. Hari-hari meeting, be it meeting within
sirim staff or dengan kampeni luar.. Nasib baik la bukan jadi bos.. Tapi jadi
bos pun best jugak, cakap je, yang kena deliver anak buah..
Hey Zu, jangan nak cerita dekat bos pulak..
Bos kita tu baik ok.. Sopan dan berdiplomasi, mana nak cari bos minta maaf kat
staff padahal staff tak terpikir langsung pun nak terasa hati dekat soalan
bos..
Sebenarnya banyak benda nak cerita kat
sini.. Banyak sangat sampai tak tahu nak mula dari mana.. Ni kang, ada jugak
isu yang aku tertinggal nak hapdet kat sini.. Tapi kali ni nak letak gambar
raya di SIRIM.. Sebab ada gambar kita kan, walaupun gemok, ku tempek jua
disini.. Dah lama sangat takda gambar menarik nak dikongsi.. Semua gambar yang
ada gambar muka tak pakai lipstick, mana best nak tempek… Dah la jerawat tumbuh
bak cendawan kat area dagu.. Sampaikan colleague google apa kah kaitan jerawat
didagu.. Rupanya masalah hormone.. Kena kahwin ni dayah!!!!!
Ok.. kita ikut yang paling utama la eh..
I ni bukanlah ahli politik or pakar
ilmuwan, tapi, sebagai anak jati negeri kedah… I ni dah melalui zaman Kedah
Maju 2010… 2010 yang telah ditinggalkan hampir 7tahun.. Setelah 7tahun, masalah
air di Kedah semakin kronik.. Kita ambik satu jela, AIR.. Bertahun tahun isu
air.. 7 tahun setelah maju pun tak setel..
Dari sekolah rendah lagi kita dah start
menyanyi lagu Wawasan 2020.. Waktu sekolah tak sabar nak tunggu umur 35tahun,
sebab akan melalui tahun 2020..
Waktu tu dah terbayang, anak dah sekolah
rendah, pakai kereta Volvo, rumah bangle 3 tingkat, ada bibik setiap tingkat,
and macam-macam la yang indah permai.. Bahagia macam dalam syurga dunia la
kengkononnya tahun 2020.. Futuristik gila..
Dulu kalau kelas lukisan memang cikgu akan
suruh lukis dunia pada zaman 2020.. Satu Malaysia membayangkan kita akan naik
kereta terbang, bangunan semua jenis pencakar langit, manusia pelik-pelik, kira
canggih tak terkata la tahun 2020..
Cer tengok sekarang, less than 2.5years nak capai 2020, masalah social meruncing, ketegangan politik yang ketara, isu morality yang sangat tak bertamadun, kepincangan kereta kesayangan negara, Felda yang disalahguna, dan terlalu duniawi lagi la isu yang ada…
I umur 65tahun semasa agenda ini akan dipost mortem, entahkan sempat hidup ke tak.. Agaknya masa 2050 tu, ada beratus parti
yang bertanding waktu pilihanraya.. Lepas ni kena lebih terbuka nak
melihat negara pada 2050.. Maybe masa tu seorang PATI menjadi
pemerintah..hahahahahaha… Who knows
2. SADA
Macam biasa lah SADA ni, katanya nak maju dah bulan OGOS ni.. Tengoklah mampu ke tak nak maju..
Makcik saya punya la pertahankan SADA, kengkonon air SADA akan kembali normal bulan OGOS, siap bagitau lagi itu kenyataan rasmi dari SADA..
Dah ler makcik, korek jela telaga.. At least tak merasa air teh ais sekali sekala... Air dah la jernih, sedap pulak bila mandi, rasa fresh sangat.. Minum pun sedap (bergantung kepada tahap ketebalan lidah individu)
Raya keberapa tah, saya dah masuk opis dah masa tu, kawan masih dok bercuti di Alor Setar.. Tetiba dia mesej bagitahu yang dia tak pernah tahu SADA ada building office yang gah dan besar ditengah bandaraya Alor Setar..
Balas saya,
"Harapkan bangunan je gagah megah perkasa kat tengah bandar, servis hampeh.. Umpama perempuan cantik yang pengotor".... nampak tak betapa marahnya dengan SADA...
I harap lepas raya haji ni, SADA dah insaf dan tak kencing kitorang lagi.. Cukup-cukuplah...
I tahu pasal penyanyi LP ni mati sebab
nampak David Beckham update kat newsfeed dia.. Mula-mula tak tahu pun sapa,
lepas tu nampak kawan-kawan ramai yang update siap tulis kronologi kenangan
mereka membesar dengan LP..
I ni bukan peminat lagu mat saleh, saya kan melayu pop balada.. I dengar lagu kumpulan zaman 80an.. I tak kenal langsung LP and tak pernah dengar and minat LP.. Kumpulan nsyn and BSB tahu sikit-sikit lagu depa sebab zaman asrama dulu kakak-kakak senior selalu nyanyi ramai-ramai time berkumpul morning walk. Seronoknya menyanyi aka miming pagipagi dengan tak mandi itu, hahahahaha.. Tak pernah tahu apa itu busuk zaman sekolah dulu.. kahkahkah
Nasib la tak minat lagu-lagu sakit telinga
takdak masa depan ni, so, aku tumpang kesian bila kawan-kawan sedih si vokalis
LP ni meninggal… Yela, kita kena menghormati minat semua orang, macam mana
sesetengah orang tak boleh digest bila tau saya suka lagu melayu tahun
70-80an..
Asalkan masing-masing bahagia, hentam
sajalah labu
4. My Friend
is getting married
Yes… kalau you rasa status ni refer kat
you, congratulation… Im soo happy
Kalau Allah dah kata inilah akhirnya,
sebagai kawan, I tumpang gembira.. Kita ni, tak boleh tersenyum duduk
bersanding, dapat tengok kawan baik duduk bersanding pun dah senyum lebaq..
Bak kata kakak saya, kita tak boleh dapat
semua benda.. kena la belajar menerima ujian masing-masing..
Yon pun nak kahwin hujung tahun ni, bulan
Disember.. Untung la, dah kali ke-2 kahwin, hahahaha..
Kuang jaq sangat dayah ni …
5. Belajar menjadi lebih COOL
Betol la orang kata, perempuan tak kawen
bila umur 30an ni cepat emosi..
Depends la jugak, kekadang terlebih cool
sampai semua benda lupa nak buat, kadang terlalu emosi sampai silap sekecik
kuman pun nak naik angin…
Dayah, kena lebih diplomasi lepas ni..
Jangan biar emosi control perlakuan and tutur kata.. be COOL ok.. relax, jangan
stress and eat more, ehhhhhh
Lepas ni, update blog lebih sikit
Hai sayang... rindunya budak debab ni |
Ni group Powerpuff Girls.. Tapi ada sorang mak gegirl kat situ |
Kawan sekolah menengah sampai sekarang |
Ini geng BFF sekolah rendah |
Kawan sekolah menengah.. Lama tak jumpa Azer, after form 5 terus masing-masing bawak diri.. |
Geng Sokmo Makan yang masih tinggal.. hihi |
Geng Projek QD Huda.. dengan adik-adik praktikal |
Geng Sensor Kulim |
Geng Georgeous Smartfon Gurls.. the only yang hadir masa jamuan raya.. |
Menteri Sains and Teknologi datang ke Kulim.. |
Raja segala raja.. Yang bertakhta dihatiku |
No comments:
Post a Comment