Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Sunday, January 7, 2018

Coffee, Care-less, Listener

Im watching temperature of love.. Drama ni dah habis lama dah kat tivi tapi baru berkesempatan nak tengok.. Menarik sangat food presentation dia, ish, kalau dekat memang dah pi dah Good Soup tu waktu depa tengah shooting.. #beranganpercuma


COFFEE

Saya seorang hard-core lover of coffee, i boleh minum coffee/caffeinated drink sepanjang hari even sebelum nak tidur. And i takda masalah susah nak tidur, kalau kata minum coffee tengah malam. Not at all. I boleh tidur beberapa second setelah minum coffee atau sewaktu tengah minum coffee seperti semalam waktu minum nescafe time tengok muvie korea.. Sedar-sedar dah nak subuh.. See

Saya ingatkan majoriti orang sukakan coffee. When i was in japan last time, i bought a bottle of coffee every month and a bottle cost me nearly rm100. So sepanjang duduk dekat sana i habiskan almost RM200 untuk beli serbuk coffee. Sebabnya serbuk kopi depa awat taktau rasa light sangat, so, nak kena letak banyak sudu untuk bagi rasa coffein.. I tak boleh minum kopi tak rasa kepahitan kopi tu, dan kaler kopi juga memainkan peranan penting dalam menaikkan mood sang peminum kopi macam i.. I tak boleh minum kopi kaler ayaq kencing lembu, paham!!!!

Saya juga ingatkan mostly lelaki suka minum coffee, and tersangatlah surprised bila saya tanya Tiar coffee yang sedap, boleh dia jawab dia tak minum coffee... OMG... I ingatkan lelaki macho macam dia seorang hardcore coffee jugak.. hahaha... sangkaanku salah belaka.. How come meh!!!! 

Nampak tak, sebenarnya tulis pasal coffee sebab nak tulis perkara kat atas ni je.. 
Ada rupanya lelaki yang tak minum kopi. I terkesima sekejap.. 


CARE-LESS

Saya pun taktau la apa yang telah, sedang dan akan berlaku dengan diriku ini..
Last 2 months, saya kena saman parking selang beberapa hari je selama 2kali, satu dekat melaka dan satu lagi dekat pekan kulim. OK, i admit la salah sendiri sebab tak tunjuk sticker parking and kat melaka tu, sebab tak perasan kata kena letak sticker, and since kami kat situ sekejap je for 30minutes (after keluar hotel, on the way nak balik ke shah alam, singgah beli belacan kat pekan melaka for less than 30minutes, cis, efficient sangat depa buat kerja, please folo keefficienan depa)... If i tahu begitu kegiatannya, then, i takkan beli belacan tu, baik la beli belacan kuala perlis je.. 

Sebulan lepas tu, saya termesin voucher aeon sampai hancur and nilainya adalah RM100 (menangis la air mata darah tengok habuk-habuk putih melekat dekat baju)... I sangat clueless masa ni

Seminggu lepas tu, saya terhilangkan kad kredit.. Ini lagi kelakar... OMG.. Waktu tu, kami (saya dan anak-anak sedara) tengah on the way balik dari kuala perlis. Singgah ler petronas nak isi minyak, and untuk weekend memang saya akan isi guna kad kredit sebab nak dapat extra point. Lepas isi, saya letak kad dekat ruang dekat area dashboard, pastu drive ke depan petronas sebab nak belikan air dan jajan untuk budak-budak tu. Saya just keluar bawak beg duit dan kad petronas. I clearly remembered the situation. Then, dah setel tu, masuk kereta and drive macam biasa.. Tak sampai 50meter, saya stopped and searched for the card. And kami carik macam orang gila tapi tak jumpa.. Semua orang godek segala beg yang ada tetap tak jumpa.. I rasa nak marah sangat masa ni tapi taktau nak marah sapa sebab obviously saya kena la marah diri sendiri kan.. So, bila duduk sorang-sorang memang keje aku adalah marah diri sendiri.
Esoknya i called maybank to report and mintak depa replaced semula and they charged me RM50 (walaupun i got 10 others card yang dapat secara mudah tak payah bayar apa-apa goyang kaki kad sampai dekat rumah, tetap tak boleh lawan loyalty i dengan maybank), maybank should treated me better, ada ka patut call suruh ambik dekat bank, hantar terus ke rumah tak boleh ker!!!!! haishhhh
After 2 weeks buat report, saya keluar dengan adam ke Penang.. Mula-mula adam main dekat seat belakang, lepas dah penat kedepan-kebelakang dia decide nak rest kat seat belakang.. And, magic sekali, tetiba dia angkat card credit maybank tu dekat tempat alas kaki seat belakang.. Sedangkan, sebelum tu dia cakap dia tak nampak pun kad kat situ.. And saya dak beberapa kali kibas alas kaki tu... Misteri sangat kan!!!!!

Paling best sekali, semalam saya carik anklet, tak jumpa.. carik kat tempat selalu letak pun tak jumpa.. Anklet yang cost me nearly RM2k, lost... 
I tak pasti ada orang ambik atau i yang tercicirkan... 
My feeling??? I tak rasa apa-apa... 
Seriously
Taktau la kemana perasaan ni semua pergi.. 
Belajar redha je la.. Kalau ada rezeki, panjang jodoh kami, jumpa la balik
I tried my best la not to pressure myself.. I tried hard to be calm... And I hope i can win.. 
(Ya Allah, tolong la jumpakan balik gelang kaki itu)

So, i renung balik, maybe ada kifarah yang Allah nak bagi..
I tried to be as positive as i can be
I cuba bersangka sehabis baik dengan apa yang terjadi
Even tho, i cuma nampak segala yang negative..hahahahaha
Maybe Allah nak hantar selori duit lepas ni kat saya, who knows kan!!!!!
Atau ada jejaka ganteng kaya cuba nak tekel saya lepas ni...kihkihkih .... #beranganpercuma
Atau, Allah akan permudahkan saya travel ke negara idaman saya secara percuma paid by sirim lagi pasni... i okay je.. 
So, i tried not to blame diri sendiri... #padahalsendiriyangsalah.. hashtag kena win okay!!!


LISTENER

For those yang tahu tu, tahu la kan, bahawa saya ada kawan yang unemployed. And, since, i pun takda kawan single lain yang i suka nak hangout sesama (i kan memilih dengan sapa nak hangout), i tetiba boleh baik dengan dia la bila dia dah unemployed.. Dulu waktu dia bekerja sekali, kami tak baik pun, and i tak pernah berperasaan nak keluar bersama-sama... So, sekarang ni, once in a week, kami akan keluar breakfast or dinner sesama.. Walaupun dia unemployed, tapi dia berduit okay!!! 
And im so grateful sebab dia seorang listener yang baik... Sebab nya, bila keluar dia akan cakap "cepat lah cerita masalah hang kat opis",,,, hahahahahhaha..
Tapi, takde la haku nak cerita semua benda kan... kesian pulak kawan, dah kata unemployed... Kang dengar cerita macam-macam terus selamanya duduk rumah goyang bontot...
Lagipun taknak la macam mengambil kesempatan di atas keadaan dirinya yang konon-konon tiada kehidupan yang menarik itu, padahal dia yang paksa aku suruh cerita hal-hal kat opis.. mungkin itu adalah kegembiraan untuk dirinya, ada jugek orang begini

Dulu-dulu, i pun listener yang baik jugak.. #perasan
Tapi, ini memang serius.. Ada je orang yang bagitahu bahawa i listener yang baik.. Kalau tak, takkan la orang ada masalah rumahtangga pun nak cerita kat aku kan..hahaha

And i memang listener yang sanggup dengar orang dok promote credit card with all the gift tu and sanggup sign up and after 6months, sanggup called bank semula untuk terminate.. bongok kan!!!!


Okay la..
Entah apa aku merepekkan ni
Ni la jadiknya kalau takda perkara penting nak pikirkan, merepek kat blog je la
Dulu supervisor master kata "you ni gemok sebab takda masalah nak pikir, hidayah!"
Nampak dak, orang gemok ni either dia memang banyak masalah atau takdak masalah
Macam aku, gemok sebab takdak masalah nak kena handle.. 
Masalah yang ada setiap hari adalah "nak makan  apa, nak makan kat mana"
Simple ...
Easypeasy sangat hidup orang bujang ....
Marah orang bujang lain dengan statement bajet anak PM ni..
kahkahkah


One more,
Saya tengah menanam satu hobi
Mewarna... adult coloring hobby
Mula-mula beli buku coloring yang harga dia tak murah sangat tu, beli pencil color 2 jenis
Lepas 3 hari, terus pergi upgrade beli pencil color faber castell yang 48batang tu, mahei ya ampun
Lepas beli tu, tiba-tiba jadik malas nak color pulek
Hampeh kan
Hang ingat hang anak PM ka dayah!!!!!
Sekarang ni semua benda duduk bawah katil... 
Lantok la kat situ sampai mood anak PM ni mai semula

Kita tengok la appa nak jadi lepas balik dari pulau tuba nanti

Pulau Tuba, hang tunggu aku mai!!!!!! 


No comments: