Everything Happen For A Reason

Everything Happen For A Reason
Powered By Blogger

Monday, January 1, 2018

Business cum leisure trip to Singapore (26/11-1/12/2017)

Untuk trip Singapore ni, sebenarnya bos memang dah bagitahu akan kena ke Singapore cuma date tak dapat lagi.. And tak konfem akan ada peruntukkan ke tak??? Habis cemana nak setel documentation and ticket kan???...
Since dah begitu kejadiannya, kita pun buat tak tahu menahu je ler
Sampai la selepas seminggu saya balik dari site-visit Melaka, Zuhana kesayangan SIRIM tu bagitahu yang kami nak kena ke Singapore by end of November... Masa zuhana bagitahu tu adalah minggu pertama November, tak silap saya .. Kan Zuhana, ke minggu kedua???

Jadinya, kami kena la setelkan permohonan berkursus luar negara, duit advanced and so on... Minah tu (read as zuhana) dengan passport pun dah expired.. hurrm
Tapi, since Zuhana kan famous di SIRIM dan disayangi semua orang, segala urusan berjalan lancar dan on time... Permohonan lulus, duit masuk, ticket konfem, and I uruskan hotel... Masing-masing tunggu nak angkut beg drop kat kaunter drop luggage je.. Cewah, pastu goyang bontot masuk flight

No, no, no... tak semudah itu... Seminggu sebelum berangkat, saya dah kena pi bermastautin di Shah Alam untuk repeat the experiment yang akan kami transfer ke singapore tu, untuk make sure its workable.. Adat ada kawan baik di sana, kena la tumpang rumah kawan baik kan... Kata kawan baik gaji RM5400.. Ehhhh
So, angkut la segala bantai, bolster, tilam (sampai famili tanya kawan hang tu miskin sangat ka sampai takdak toto, terpaksa tipu habaq kata zuhana tu kedekut taik hidung masin, selalu bagi kawan-kawan tidoq atas lantai), bedsheet and berpasang-pasang baju... Siap bawak buah tangan dereyan tepen hat Zati belanja... kalau bos Shah Alam tak sayang jugak, tak tau la nak kata apaaaaaaa.. terjun blok 5 ler jawapnya


Nak dijadikan cerita lagi, hari saya bertolak ke Singapore tu adalah hari yang sama kakak sulung, maksu sefamili, dan makcik sefamili bertolak untuk menunaikan umrah (depa pi 10 orang, backpackers trip, hebat gila maksu as ketua rombongan).. Kami akan naik flight ahad pagi, so sabtu malam tu depa dah sampai KLIA2


Sabtu (25/11/2017)



Saya bangun very early in the morning sebab nak pergi morning walk dengan kawan since sekolah menengah (Timah!).. Kami dah janji nak pergi Taman Botani.


Awesome sangat sebab dah lama tak berjalan naik bukit.. Kami naik bukit sapu tangan, sambil sapu peluh

Malam tu, lepas late supper around 11pm, Zuhana hantar saya ke KLIA.. I almost nak tido sensorang jek kat KLIA sebab tak dapat contact maksu or kakak or makcik.. Givap sangat sebab tak pasti depa akan tidor dekat KLIA2 atau KLIA.. Dah lost contact... So, by 1.00am masa saya dok merayau sebab team KLIA dok nak cuci seat kat entrance, saya cer la tolak troli ke area belakang... MasyaAllah, patut la team cuci tu asyik suruh saya ubah tempat, famili saya ada kat belakang tu... 
By 1.10am camtu reunited dengan all of them.. ada 10 orang famili members saya yang pergi umrah... So, kami tidor ramai-ramai kat kaki lima... Tak tidor pun, kejap-kejap bangun, sembang, makan dan budak-budak asyik main kat playground... 


Ahad (26/11/2017)

Lepas subuh semua get ready.. By 6.30 am depa start check in luggage.. Lembab sungguh MAB pagi tu.. Zuhana sampai airport by 7.30am, masa famili members nak pergi kastam check, so, kami terpisah... Lepas saya setel check in bag, dah tak jumpa depa semua.. Sebab kemain ramai orang nak lepas kastam tu..
Terpaksa la saya dan Zuhana naik aerotrain ke terminal satu lagi... Tak sempat pun nak salam-salam, just lambai-lambai sebab depa dah check in security... Jumpa nanti jek laaaa

Saya dan Zuhana touch down Changi Airport dalam pukul 12pm camtu.. Boleh pulak luggage saya yang check-in tu zip terbuka, so, serum muka dah hilang.. Kena la buat report.. Punya la belambak manusia yang ada masalah dengan MAS.. luggage hilang la, luggage rosak la... Dah la masalah luggage, waktu kat dalam flight depa just sediakan jus oren... Saya mintak jus epal, boleh depa kata takdak... Dah la tu, straw pun tak bagi... Ayaq oren masam tu tumpah atas t-shirt putih saya waktu tengah godek-godek nak koyak plastik dia tu... EEEEEEEE, SAKIT HATI INI....

Bos dah tunggu kami dekat sejam kat Changi.. Sebabnya bos naik Firefly, saya dan zuhana naik MAS.... 

Untuk ke hotel, kami naik cab and was charged SGD18. We stayed at Village Hotel Bugis by Far East Hospitality... best okay duduk sini sebab berdepan dengan segala mala kedai yang best-best tu.. Dekat je dengan bugis street, bugis station, dan paling the best berdepan dengan the very famous Restoran Zam-Zam...

Lepas solat zuhur, kami keluar lunch and terus shoot ke Mustafa Centre.. Hahahahahaha.. Hari first ni kami bagi chance dekat boss shopping untuk dia dan suami terchentaaaaa... kami hat bujang ni akan extend our stay lagi nanti.. boss akan balik dulu, sebab dia tak boleh tinggal sang suami lama-lama

Malam ni kami hanya jalan-jalan dan makan-makan sekitar area bugis street, dekat area hotel


























Isnin-Rabu (27-29/11/2017)

Isnin hingga selasa kami training di Fusionopolis manakala rabu kami training di NTU building SIMTech... Sebenaqnya kami ke singapore adalah lebih kepada for deep discussion and better understanding on our partnership project.. Sebabnya, kami akan develop a new product, dimana idea dan konsep dari team kami dan akan di produkkan oleh team singapore... menurut boss, sepatutnya dia nak pilih partner dari Jerman, tapi bila pikiaq kos dan exchange rate, team singapore yang menang... Zu, kalau dak mesti kita dok bonjour kat Jerman masa ni kan... Pastu singgah main salji kat mana-mana ski-park.. berangaannnnnn je la sekarang yang kita mampu

Tapi, seriously, sikit pun tak rugi pilih Singapore... Sebab Singapore sangat laaaa mengujakan.. OMG, i never thought Singapore tersangat wonderland macam tu, patut la madoka duduk sana 6tahun... I terjatuh chenta sudah... 

Team kami dari malaysia bukan sekadar saya, zuhana dan boss saja, 
Tapi turut serta adalah Dr Hanim (HUSM), Dr Hisham (UTP) dan Dr Jaafar (UPM)... Ini adalah national project and invoved ramai team dari pelbagai institusi

































Khamis (30/11/2017)

Pagi lepas breakfast dekat Restoran Hajah Maimunah yang sedap itu, bos ajak tapau murtabak rusa pasai dia nak bagi laki dia rasa jugak.. Sedap okay!!! Paling laku deraih katanya.. Memang recommended!!!!



Kami tumpang teksi boss ke Hotel 81.. Boss pulak terus ke Changi Airport untuk terbang pulang..

Hotel 81 ni horror lah jugak.. Padan lah dengan harga dia SGD81 ataupun setelah convert jadi RM260 termasuk tax segala mala... Bilik muat-muat bontot saya dan zuhana, toilet pun luas sikit dari almari baju saya.. hebat tak perumpamaan.. tak padan dengan gaji RM5400, nak bilik macam hotel bugis... cettt

Lepas check in, saya ajak zuhana jalan kaki ke Mustafa Centre, sebab tak jauh pun, dalam beberapa minit dah sampai.. harini kami borong segala perfume dan menatang alah kecik-kecik sebagai gift. Tapi still consider gift kat singapore murah la berbanding gift yang sama di malaysia... ini fakta okay!!!! singapore ni murah la, kecuali rumah je mahal.. Lain-lain kalau tak convert memang consider very cheap....



Lepas habis shopping, balik hotel, rest kejap, lunch makan megi yang belambak lagi tu, mandi tukar baju and kami keluar balik... kali ni nak pergi Garden by the bay... impian sangat nak sampai sini, sebab tengok gambar profile FB madoka adalah gambar kat situ...
Tapi kami tak mampu nak naik ke bahagian observation deck apatah lagi ke pool sebab pool hanya untuk customer hotel.. takpa, one fine day, akan naik jugak... observation deck tu tak mampu sebab tak prepare cash and tak sangka akan kena charge, ingatkan percuma...

So, sepanjang petang kami merendek kat area merlion, dan sekitar garden tu.. Hajat di hati nak tunggu sampai malam.. Namun apakan daya, kami lapaq nasi... Takpa la, lampu tu sentiasa ada, tapi cacing-cacing ni semua perlu dijaga hati dan perasaan depa.. Tak gitu??.. Kami patah balik ke Bugis street untuk makan di Zam-zam kali terakhir before we bid goodbye.. Entahkan datang lagi ke tak next year nanti... sedih pulak



































Malam tu, kami naik bas balik hotel dan tidoq dalam senyuman.. senyuman sebab dapat gambaq cantik dekat garden tu.. (senyuman jugak sebab madoka hantaq emel) kihkihkih


Jumaat (1/12/2017)

Lepas bangun pagi and breakfast makan megi (zuhana ugut suruh habiskan semua stok megi hat bawak pi singapore, kalau tak habiskan dia tak bagi naik keta dia balik shah alam dari KLIA), baru la zuhana bagitau flight kami pukul 3pm..
OMG
Saya sangkakan flight kami pukul 12pm.. kahkah
kelam kabut bersiap and check out... 
Kami kena la gunakan masa yang ada dengan sightseeing naik bas dua tingkat..







Mula-mula mati kutu jugak nak pergi mana dalam masa yang singkat.. Pusing pusing then terpikir nak pergi area office madoka dulu dekat biopolis.. malangnya, kami tak sempat sampai biopolis walaupun kami dah sampai dekat the nearest station, masa sangat mencemburui kami..
Kami terpaksa berpatah balik ke hotel untuk collect luggage dan terus ke airport..
Sampai terlupa la kata nak ambik resit teksi... hurmmm


Kami selamat sampai Shah Alam pukul 8pm...


Alhamdulillah.. 
Still, if ada rezeki dan diizinkan, kami still berbaki 15days of training di singapore untuk tahun 2018
im so grateful to be part of the team....

And im really looking forward untuk ke singapore lagi... sebab ada orang tu kata nak turun lagi ke singapore kan... so, lets wait and see 


Adios!!!!

No comments: